Selamat Datang
loading...

Asas Reka Bentuk Kedai Usahawan Malaysia

Pelajari bagaimana anda boleh meningkatkan pengalaman pembelian bagi pelanggan di kedai anda.

Setelah setahun lebih tiada pembelian secara fizikal (tak termasuk membeli barangan keperluan), sektor ekonomi Malaysia akhirnya dibuka. Sesetengah masyarakat kini lebih suka membeli-belah dalam talian sebab kemudahannya, manakala yang lain bersemangat untuk mengunjungi kedai-kedai di pusat membeli belah. Kedai-kedai di seluruh negara juga lebih peka untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah. Maka, tibalah masanya untuk pemilik kedai-kedai memahami reka bentuk dalaman runcit dalam Malaysia.

Jom kita teruskan dengan perkara asas terlebih dahulu. Barulah kita boleh mulakan di landasan yang tepat.

Tarik Perhatian (walau dari jauh)

Walaupun kedai-kedai terlalu banyak dan hampir serupa, tidak semua pun mendapat perhatian pelanggan. Nak pelanggan masuk kedai kita? Mesti ada tarikannya kan? Jika bajet yang dirisaukan, perlu lebih risau jika kedai kita orang tak nampak lalu kita pun menjurus ke arah tiada jualan. Haa, mana satu lagi merisaukan.

Anggaplah ia sebagai pelaburan jangka panjang atau kalau betul la bajet sangat-sangat, tetapkan tempoh tertentu untuk menarik pelanggan nampak kedai, masuk kedai dan membeli di kedai. Yang paling mudah untuk dilaksanakan, adalah paparan visual.

Pelanggan yang lalu lalang perlu melihat kedai anda. Jika anda mempunyai paparan visual yang hebat, pelanggan dari seberang laluan pejalan kaki pun boleh tertarik untuk tahu lebih lanjut. Jadi, jadikan kedai anda sentiasa dahagakan perhatian agar pelanggan dapat melihat anda.

Interior Kedai Ikut Suka atau Ikut Standard

Perjalanan & pengalaman pelanggan

Baik, sekarang anda dah berjaya menjemput pelanggan ke kedai. Apa seterusnya? Apa yang anda akan buat jika masuk sesuatu kedai? Mesti anda akan melihat-lihat dahulu apa yang menarik di pintu masuk. Pintu masuk, mestilah dah masuk, ye tak? Tak semestinya.

Tarikan yang sebesar alam dari jauh dah nampak tadi, perlu kekalkan momentum tarikan tersebut di pintu masuk, atau lebih lagi. Pengalaman pelanggan juga bermula di sini. Setidak-tidaknya, anda boleh buat pelanggan anda selesa. Keselesaan dan ketenangan pelanggan adalah yang paling utama ya dalam pengalaman pembelian.

Pencahayaan, aliran kedai, peletakan produk, warna dalaman neutral dengan sedikit jenama korporat, ruang interaktif dan iklim semuanya memainkan peranan dalam menghasilkan suasana yang kondusif untuk pelanggan anda secara kolektif. Pastikan pandu mereka dari bahagian hadapan ke belakang dan sehingga ke pintu keluar dengan papan tanda yang betul & berfungsi. Jika ada produk hero yang dipamerkan, serlahkan di tengah-tengah kedai tetapi hanya ada tanda harga mini berdekatan. Secara amnya, di mana mata terpaku, kaki akan mengikuti. Pastikan ada tanda harga untuk semua item jualan dalam kedai ya. Nanti jadi isu pula.

Interior Kedai Ikut Suka atau Ikut Standard

Komunikasi Jenama Bijak

Apabila anda mempunyai kedai runcit, anda ingin menampilkan jenama anda sebanyak mungkin. Mungkin memaparkan seluruh kedai dengan identiti jenama nampaknya sesuai. Tidak semestinya. Pelanggan masih manusia dan jika setiap butiran di kedai anda berwarna oren, pastinya sedikit sebanyak menyakitkan mata.

Penjenamaan adalah penting untuk memastikan pelanggan anda dapat mengenali dan mengingati jenama anda. Identiti jenama anda mungkin muncul melalui paparan visual barang dagangan, suara jenama mesra melalui papan tanda atau tempat interaktif dan sorotan misi jenama anda dalam titik sentuhan pelanggan. Gunakan warna jenama dengan bijak untuk meningkatkan lagi kesan jenama anda melalui kedai anda. Kedai berjenama biasanya menjadi tempat pelanggan menilai lebih lanjut nilai jenama anda dan sama ada ia sepadan dengan nilai pelanggan.

Interior Kedai Ikut Suka atau Ikut Standard
Interior Kedai Ikut Suka atau Ikut Standard

Ruang Bernafas

Kedai yang sesak mungkin hanya mempunyai dua makna: tiada perancangan peletakan produk atau jualan murah secara besar-besaran. Walau bagaimanapun, ruang yang luas di kedai tidak semestinya bermakna premium. Walaupun itu telah menjadi amalan bagi jenama premium dan mewah, reka bentuk dalaman kedai untuk usahawan Malaysia harus mengambil iktibar dan mula melaksanakannya juga.

Agak payah untuk usahawan bajet kerana mereka terhad untuk memaksimakan produk untuk ditayang dan dijual. Berdasarkan gelagat pengguna, pelanggan biasanya mengelak kedai yang sesak kerana mereka mungkin terserempak dengan pelanggan lain semasa menyemak imbas. Ini akhirnya mengganggu tumpuan mereka dan mungkin meninggalkan kedai sama sekali.

Rekaan Dalaman Runcit untuk Usahawan Malaysia

Tidak kira saiz, kedai fizikal adalah barisan hadapan perniagaan. Lebih mesra dan semula jadi pengalaman membeli-belah, lebih baik peluang pelanggan untuk mula mengalir masuk. Terdapat banyak aspek reka bentuk dalaman runcit yang boleh membantu meningkatkan pengalaman membeli-belah. Di DDEC, kami menawarkan reka bentuk dalaman runcit dari idea hingga pembinaan. Jika anda memerlukan bantuan atau ketua kreatif untuk membantu dengan kedai runcit anda, hubungi kami dan kami akan menyediakan semua yang diperlukan.

Kongsikan artikel ini:

Berminat Untuk Mendapatkan Perkhidmatan DDEC?

Share with:
VIEW
CLOSE