Blog
0
sebentar...

Dulu Stress, Kini Lega dan Bahagia




Bekerja dalam industri hiburan tampak hebat dan seronok. Itulah persepsi kebanyakan orang kita, namun yang menghadapinya sahaja tahu betapa stressnya menguruskan kerja dalam seharian. Bagi seorang bekas Pengurus Besar di sebuah agensi Kementerian Wilayah Persekutuan, stress pekerjaan seperti sudah sebati dengan dirinya, namun siapa pun tidak mungkin bertahan tanpa perubahan yang besar. Roliza Abd Kadir berkongsi kisah perubahannya untuk inspirasi semua.


Penjagaan kesihatan bukan hanya bermula dengan amalan diet yang seimbang semata-mata. Aspek penggunaan produk berasaskan bahan semulajadi juga menjadi trend yang semakin dititik beratkan. Buktinya, produk penjagaan diri yang alami dan organik semakin mendapat tempat di kalangan pengguna terutama golongan wanita. Maka tidak hairanlah, semakin banyak produk penjagaan diri muncul di pasaran.


Faktor ini bukan kerana penjagaan diri itu penting, tetapi penjagaan diri dengan menggunakan produk yang selamat dan semulajadi itulah yang paling penting. Hal ni yang membuatkan pengasas Liscents Bath & Body, Puan Roliza Abd Kadir atau mesra disapa Puan Lis menceburi bidang penghasilan produk penjagaan diri yang bersumberkan bahan yang natural dan organik.




Minat Datang Ketika Masih Berkhidmat Makan Gaji

Ketika mewawancara seorang aromatherapist semasa berkhidmat sebagai penerbit rancangan di sebuah agensi di bawah Kementerian Wilayah, Puan Lis sangat berminat dengan produk yang dihasilkan. Saat beliau cuba menggunakan produk tersebut secara rutin, ia berhasil meringankan sakit yang dialami. Ketika itulah Puan Lis berazam untuk menghasilkan sendiri produk penjagaan diri berasaskan bahan semulajadi dan organik.

Puan Lis berusaha untuk mengumpul duit sebelum kontraknya di agensi tersebut tamat. Selain itu, minatnya untuk terlibat dengan perniagaan ini juga kerana dia berasa letih untuk bekerja di bawah arahan orang lain. Jadi, dia merasakan sudah tiba masanya untuk dia mendapatkan kebebasan dan bekerja untuk diri sendiri.

Setelah berjaya mengumpul duit, maka tertubuhlah Liscents Bath & Body hasil titik peluhnya sendiri. Tetapi, walau sudah dua tahun perniagaannya ditubuhkan, produk Liscents Bath & Body tidak dapat dilancarkan secara fizikal kerana perintah kawalan pergerakan (PKP) pada ketika itu disebabkan Covid-19 yang melanda dunia pada penghujung tahun 2019. Dan kerana itu, beliau hanya memasarkan produknya secara atas talian sebelum berjaya membuka sebuah kiosk pada tahun 2021 yang bertempat di Sogo, Kuala Lumpur.



Dari Idea ke Hasil


Di Liscents Bath & Body, semua produk yang dihasilkan olehnya adalah bersumberkan bahan semulajadi dan organik. Beliau menumpukan kepada penghasilan produk mandian dan penjagaan badan dan kulit yang berasaskan sumber semulajadi, ekstrak botani dan organik. Kesemua produk yang dihasilkan adalah bebas bahan kimia yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada pengguna. Produk dihasilkan di makmal Liscents Bath & Body dan bagi beberapa bahan seperti minyak lavender yang tiada di Malaysia, Puan Lis sendiri mengimport dari Perancis, India, Australia dan Thailand.


Gaya hidup dan cara pemakanan kita menyumbang kepada peningkatan pelbagai penyakit orang moden termasuk kanser. Oleh yang demikian, ramai yang mula kembali kepada alam semulajadi. Tidak hairanlah mengapa Puan Lis gigih untuk meneruskan Liscents kerana sedikit sebanyak, Puan Lis berharap produk beliau akan membantu meningkatkan kesedaran orang ramai kepada kebaikan produk yang berasaskan bahan organik, botanik dan semula jadi.





Dengarkan Naluri Diri

Jenama Liscents bermaksud Listening To Your Scents. Ini membawa maksud kita mendengar dan berinteraksi dengan naluri diri masing-masing dalam penjagaan diri berasaskan bahan semulajadi dan botanik. Pilihan jenama ini digunakan kerana sekaligus memudahkan pengguna mengaitkan produk dengan kelebihan serta kegunaannya. Bagi Puan Lis, penjenamaan sangat penting dalam membangunkan produk atau perniagaan. Malah, nama yang unik dan lain daripada yang lain, akan dapat menaikkan produk atau perniagaan ke satu tahap yang membanggakan.

Puan Lis sendiri mengikut nalurinya untuk memilih industri penjagaan diri kerana manfaat penggunaan produk yang mudah untuk orang ramai.





Murah Hati, Murah Rezeki


Selagi kita berusaha untuk memudahkan hidup orang lain, kemudahan lain akan kembali kepada kita dalam pelbagai bentuk. Oleh itu, Puan Lis berpegang kepada prinsip sedekah bagi memudahkan perjalanan keusahawanan. Maka, antara etika yang beliau pegang utuh adalah kejujuran dalam melaksanakan setiap perkara dan bermurah hati dengan bersedekah atau menaja mana-mana pihak yang memerlukan.


Memberikan diskaun harga pada produk juga memudahkan lebih ramai pengguna mendapat manfaat daripada produk Liscents Bath & Body. Tanpa pelanggan dan pengguna produk, sejauh mana lah sesuatu produk itu boleh bertahan dalam pasaran. Dengan meringankan beban pelanggan, Puan Lis percaya ia cukup menggembirakan pelanggan.




Masa Depan Liscents

Sehingga kini, beliau telah mengeluarkan lebih dari 90 jenis produk dengan enam kategori iaitu penjagaan badan, rambut, muka, aromaterapi, wangian termasuk haruman dan mandian. Kesemua produknya boleh di dapati di kedai serbaneka dan kios jualan seperti di Sogo, Kuala Lumpur atau layari laman web www.liscentsbathbody.com.my. Dalam perancangan Puan Lis, Liscents Bath & Body akan lebih banyak berada dalam kedai serbaneka di seluruh Malaysia dan Puan Lis meletakkan tahun 2023 untuk merealisasikan rancangan ini.


Kata-Kata Nasihat

Puan Lis menasihatkan, untuk memulakan sesebuah perniagaan atau bergelar usahawan, modal yang cukup terutama di bahagian pemasaran adalah amat penting. Tanpa pemasaran yang cukup, sesuatu produk tidak akan dapat bertahan lama. Selain itu, seorang usahawan haruslah rajin menimba ilmu perniagaan serta belajar daripada sifu-sifu berpengalaman dalam kategori yang sama. Ini kerana, penting untuk belajar dari pengalaman mereka supaya dapat mempraktikkannya ketika menghadapi cabaran dan rintangan ketika bergelar usahawan. Beliau juga menekankan aspek kerohanian seperti rajinkan bersedekah kerana apa yang kita beri, akan berbalik kepada diri kita semula.


DDEC Sedia Membantu

Bagi anda di luar sana yang mempunyai cita-cita untuk bergelar seorang usahawan, carilah ilmu melalui apa cara atau platform sekalipun. Dapatkan khidmat pakar dalam industri yang boleh membantu dan memimpin anda untuk merealisasikan impian dan cita-cita. Seperti di DDEC, kami menawarkan pelbagai perkhidmatan yang diperlukan antaranya Pembangunan Usahawan yang meliputi aspek reka bentuk jenama yang seorang usahawan perlukan.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan penjenamaan dan latihan keusahawanan, hubungi kami di Whatsapp atau dapatkan maklumat terkini di Facebook dan Instagram.


MALAYSIA DESIGN DEVELOPMENT CENTRE (DDEC)
NO. 22, JALAN KIA PENG,
50450 WILAYAH PERSEKUTUAN,
KUALA LUMPUR, MALAYSIA

Instagram: @ddecmalaysia
Facebook: fb.com/ddecmalaysia
Whatsapp: 017-680 4679

VIEW
Close