Blog
0
sebentar...

Fotografi Profesional Atau Foto Ambil Sendiri

Bila bercakap pasal fotografi ni, ramai orang kita yang dah mula sedar kepentingan fotografi untuk pemasaran produk atau content. Kadang-kadang sekeping foto dah memadai untuk menceritakan segalanya. Bak kata pepatah, A picture paints a thousand words. Ini bermaksud sekeping foto mungkin direka untuk menggambarkan kisah dan membangkitkan emosi si pemerhati.

Dari dahulu lagi fotografi memainkan peranan penting dalam menyampaikan penceritaan dengan lebih efektif. Malah semasa teknologi fotografi hanya hitam putih, terdapat banyak gambar yang mempunyai nilai-nilai tersendiri yang spesifik pada garis masa itu. Orang-orang dahulu kebanyakannya mengambil gambar di studio atau pun ada pakar yang boleh hadirkan diri mengikut kehendak pelanggan. Dari situ lagi kita boleh andaikan bahawa fotografi oleh profesional lebih dihargai kerana ia berkait rapat dengan pengalaman dan kualiti hasil.

Namun, kita juga tidak nafikan revolusi teknologi sudah banyak memudahkan sesi fotografi bagi banyak pihak. Malah, kini hampir semua telefon mudah alih dilengkapi dengan lensa kamera. Maka banyaklah yang mengaku berpengalaman dalam fotografi dengan semudah menggunakan teknologi kamera dalam telefon mudah alih.

Kamera Dalam Poket

Evolusi teknologi kamera automatik telah banyak berubah sehingga kini boleh dimuatkan dalam telefon mudah alih. Kamera dalam telefon pintar kini boleh membuahkan hasil yang menyerupai fotografi profesional. Malah, saiz telefon pintar yang sesuai dengan genggaman tangan membuatkan lebih ramai meminati fotografi secara tidak langsung. Teknologi pula semakin canggih. Bagi yang meminati teknologi telefon pintar, pasti boleh membezakan kualiti foto dari teknologi terdahulu berbanding sekarang.

Lebih Cepat

Bila ambil gambar guna telefon pintar, anda boleh terus saja mengambil gambar tanpa perlu menunggu. Maka, anda boleh menangkap saat yang diinginkan secepat kilat. Apabila sudah tersimpan banyak foto dalam telefon, nak berkongsi dengan sesiapa pun lebih mudah dan cepat. Hanya perlu pilih foto dan kongsikan. Baik di media sosial atau sesama kenalan. Jika rasa kreatif, edit foto guna aplikasi telefon pintar pun boleh.

Simpanan di Cloud

Bagi nak menyelamatkan gambar yang dah beribu keping di ambil guna telefon pintar, pengguna biasanya akan memindahkan kepada simpanan cloud. Cara ini akan memudahkan pengguna nak akses semula gambar dari mana jua, asalkan ada capaian Internet.


Walaupun fotografi guna telefon pintar ni semakin meluas, ada juga yang masih memilih fotografi profesional iaitu dari studio fotografi. Banyak sebab mengapa ramai masih memilih studio fotografi untuk mengambil gambar bagi pihak mereka. Antara sebab utama adalah kualiti gambar. Sebuah kamera di tangan seorang jurufoto profesional dan berpengalaman akan menghasilkan gambar yang lebih menarik dan mungkin tidak tercapai dengan kamera telefon pintar.

Teknik Yang Tepat

Setiap jenis fotografi memerlukan teknik yang tepat untuk hasilkan gambar yang menarik. Menarik di sini mungkin subjektif mengikut kehendak pelanggan. Namun yang pasti, setiap pelanggan pasti ada inspirasi yang mereka pegang kerana itulah impian mereka. Jurufoto yang berpengalaman dalam pelbagai jenis fotografi seringkali akan duduk bersama pelanggan untuk memahami terlebih dahulu kehendak dan jangkaan mereka. Barulah si jurufoto ini boleh aplikasikan teknik yang tepat. Dan setiap sentuhannya pasti akan membuahkan hasil yang dapat memenuhi kehendak pelanggan.

Komunikasi Jelas

Melalui pengalaman, seorang jurufoto profesional boleh mengenalpasti sudut mana yang sesuai dengan visi sesuatu cerita atau jenama. Jadi, jurufoto profesional boleh memudahkan proses sesi penggambaran dengan komunikasi yang jelas supaya setiap orang yang terlibat faham dan menyiapkan bahagian masing-masing.

Kelengkapan Peralatan

Apabila menggunakan khidmat fotografi profesional, kelengkapan peralatan daripada kamera sehingga ke lighting, tirai latar dan TV, semuanya lengkap. Peralatan ini akan membantu menghasilkan foto serta memudahkan proses sesi penggambaran. Selain itu, kemudahan seperti bilik persalinan, khidmat jurusolek dan props juga lebih banyak dan sentiasa ada jika menggunakan khidmat studio fotografi.

Tiada Had Kreatif

Dengan jurufoto profesional, kreativiti mungkin tiada hadnya sekiranya pelanggan inginkan kelainan dalam hasil gambar. Jika jenama usahawan ingin menonjolkan sifat yang teruja dalam hasil foto mereka, jurufoto profesional pula boleh memberikan nasihat untuk jenis atau sudut gambaran yang sesuai.

Ada banyak lagi kelebihan menggunakan khidmat studio fotografi kerana ia boleh disesuaikan dengan jenama dan objektif perniagaan anda. Para usahawan yang mungkin mempunyai bajet terhad akan rasakan khidmat studio fotografi tidak menepati bajet mereka. Namun kebaikan dan kelebihannya jauh lebih banyak untuk perniagaan mereka dalam jangka masa panjang.

DDEC Bantu Jenama Anda

Di DDEC, pakar jenama kami sedia untuk mendengar dan memahami masalah anda dan menawarkan penyelesaian yang munasabah dan sesuai dengan bajet syarikat. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami melalui Whatsapp di +6017 680 4679. Atau anda juga boleh ikuti kami di Facebook dan Instagram @ddecmalaysia.

MALAYSIA DESIGN DEVELOPMENT CENTRE (DDEC)
NO. 22, JALAN KIA PENG,
50450 WILAYAH PERSEKUTUAN,
KUALA LUMPUR, MALAYSIA

Instagram: @ddecmalaysia
Facebook: fb.com/ddecmalaysia
Whatsapp: 017-680 4679

VIEW
Close