Blog
0
sebentar...

Hanya Bertegur Sapa, Kini Rakan Kongsi Niaga


Daripada berniaga secara sambilan dan kecil-kecilan, En Abdul Malek bin Manap mula berjinak dalam keusahawanan. Walaupun hanya hobi, tetapi sedikit sebanyak ada hasilnya. Walaupun pada ketika itu En Abdul Malek masih bekerja tetap sebagai seorang jurutera. Betul orang kata, jika rezeki sudah tertulis, pasti tak salah alamat.

Semasa En Abdul Malek sedang mengerjakan umrah, beliau bertegur sapa dengan Ustaz Muniff bin Ahmad, yang juga dalam jemaah yang sama dan dari situlah tercetusnya idea untuk menubuhkan Muniff Hijjaz Marketing Sdn. Bhd. Kini, Ustaz Muniff merupakan Pengarah Syarikat dan En Abdul Malek adalah Pengarah Urusan Muniff Hijjaz Marketing.

Ramuan Istimewa,
Kebaikan Untuk Semua

Pada yang baru mengenali nama Muniff Hijjaz, antara produk keluaran mereka antaranya adalah minuman pracampuran, minuman coklat malt, dan minuman tanpa gula seperti kopi dan teh, yang mempunyai ramuan istimewa. Kelainan ini adalah keunikan produk keluaran Muniff Hijjaz di lambakan pasaran minuman pracampuran. Ramuan istimewa ini terdiri daripada gam arab, barli, ubi bit merah, habbatussauda, susu kambing dan banyak lagi. Ramuan tambahan ini dipanggil istimewa kerana kebaikan setiap satu yang diketahui umum.

Namun, syarikat yang telah beroperasi selama 11 tahun ini tidak menyatakan kelebihan khasiat ramuan ini secara berlebihan. Itulah salah satu prinsip perniagaan yang dipegang oleh dua rakan kongsi ini. Produk minuman kopi dan teh keluaran Muniff Hijjaz juga menggunakan stevia sebagai pengganti gula. Kita sedia maklum bahawa stevia mempunyai kebaikan tersendiri dan mesra kesihatan. Namun semua itu juga tertakluk kepada tubuh masing-masing. Sebaik-baik pengambilan apa jua makanan adalah dalam kuantiti sederhana.

Penjenamaan Mengikut Arus Zaman

Mana-mana usahawan pun perlu ada strategi penjenamaan. Munif Hijjaz beranggapan penjenamaan bermula dengan memperkenalkan dan mempromosikan produk kepada umum melalui saluran pemasaran sedia ada. Jika sekadar memasarkan seadanya melalui kiosk tersendiri tanpa promosi, payah juga bagi pengguna atau pelanggan untuk mengetahui kewujudan produk. Selagi ada produk untuk dijual, setiap usahawan perlu berusaha untuk memberitahu kepada semua sasaran pelanggan tentang wujudnya produk tersebut. Di kala ini, sudah banyak saluran promosi yang mudah dan murah.

Muniff Hijjaz juga kini lebih banyak terlibat dengan pemasaran agresif melalui platform dalam talian. Taktik ini perlu memandangkan rata-rata pengguna sentiasa membaca berita, dan mencari maklumat menggunakan telefon atau media digital. Maka tidak hairan jika produk Muniff Hijjaz boleh dijumpai di hampir semua platform e-dagang terkenal di Malaysia. Selain itu, produk Muniff Hijjaz juga boleh di dapati di kedai-kedai serbaneka seluruh Malaysia. Dengan meletakkan produk di banyak tempat, lebih ramai orang akan mengenali produk keluaran Muniff Hijjaz.

Reka Bentuk Premium

DDEC berbesar hati dapat berkhidmat dalam mereka bentuk pembungkusan yang lebih baik untuk salah satu produk keluaran Muniff Hijjaz, Better Cafe. Produk ini didatangkan dalam bentuk kotak dan pek mudah guna. Syarikat Muniff Hijjaz telah bekerjasama dengan DDEC untuk memperbaharui pek mudah guna pembungkusan Better Cafe.

Berdasarkan keperluan dan sasaran pengguna Better Cafe, DDEC telah pun mereka bentuk pembungkusan yang lebih menarik dan menonjolkan ramuan istimewa sebagai bintang utama bagi produk tersebut. Sepanjang program kerjasama bersama DDEC, Muniff Hijjaz mengagumi sikap mesra pelanggan yang diberikan oleh DDEC. Setiap progress reka bentuk dirujuk dan dibincangkan sehingga pihak Muniff Hijjaz berpuas hati dengan hasil reka bentuk tersebut.

Susah Senang Diharungi Bersama

Setiap usahawan pasti ada kenangan manis dan pahit. Antara kenangan pahit yang syarikat Muniff Hijjaz alami adalah ketika trend minyak wangi mulai menurun. Pihak syarikat pula tiada pelan kedua untuk menampung ketiadaan jualan pada ketika itu. Sehingga pengarah urusan pun hanya mengisi minyak kereta dengan wang yang amat sikit. Begitulah peritnya saat tersebut.

Namun sejak dari saat itu, pihak syarikat kini lebih berwaspada dalam mengikut trend dan sentiasa meneliti pelan perniagaan agar kekal relevan. Bagi kenangan manis pula, produk keluaran Muniff Hijjaz telah mendapat sambutan dari Brunei Darussalam. Pada tahun 2018, Muniff Hijjaz mula mengeksport ke Brunei sehingga ke hari ini.

Pegangan Perniagaan

Usaha yang dilakukan dengan jujur akan membuka lebih banyak peluang rezeki, dengan izinNya. Oleh itu, Muniff Hijjaz menerapkan konsep jual beli seperti yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW. Pihak syarikat juga tidak menjanjikan kata-kata manis dalam produk semata-mata untuk menarik minat pelanggan. Muniff Hijjaz percaya setiap pelanggan mempunyai sebab dan pilihan tersendiri untuk mencuba produk keluaran Muniff Hijjaz.

Pada setiap bulan, Muniff Hijjaz memperuntukan dana untuk diagihkan kepada NGO dan orang yang memerlukan agar lebih ramai lagi yang dapat menikmati kemudahan di dunia dengan saksama. Secara tidak langsung, setiap jualan bakal disalurkan kepada membantu pihak yang memerlukan.

Nasihat & Perancangan

Perancangan selanjutnya bagi Muniff Hijjaz adalah untuk meneruskan momentum mengeluarkan produk yang berkualiti dari masa ke semasa. Dengan pengeluaran produk yang berkualiti tinggi, Muniff Hijjaz berharap jenama mereka dikenali di seluruh pelosok dunia. Bagi seseorang usahawan untuk meraih manisnya keusahawanan, perlu ada hati yang kental. Cabaran demi cabaran akan muncul untuk membentuk peribadi yang hampir sempurna dan sesuai dengan perniagaan tersebut. Selain itu, pihak Muniff Hijjaz juga percaya kepada networking yang boleh membantu membuka peluang dan pasaran baharu untuk mana-mana usahawan. Jadi, ringan-ringankan mulut bertegur sapa. Siapa tahu, giliran anda pula mendapat rakan kongsi niaga untuk sama-sama berjaya.

DDEC Sedia Membantu

Bagi usahawan yang baru berjinak-jinak di dalam perniagaan, pentingnya membuat perancangan dan sentiasa menitik beratkan soal kualiti sesuatu produk bermula dari reka bentuk pembungkusan sehinggalah ke ramuannya. Ini bagi menjamin kelangsungan jenama anda di pasaran yang semakin terbuka.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan penjenamaan dan latihan keusahawanan, hubungi kami di Whatsapp 017-6804679 atau dapatkan maklumat terkini di Facebook dan Instagram @ddecmalaysia untuk mengetahui dengan lebih lanjut akan perkhidmatan yang kami tawarkan.

Kongsikan artikel ini:
Berminat Untuk Mendapatkan Perkhidmatan DDEC? HUBUNGI KAMI SEKARANG!
VIEW
Close