Blog
0
sebentar...

Studio Fotografi DDEC Serba Baharu

Gambar yang cantik menawan hanya boleh disebabkan oleh dua perkara. Pertama, subjek gambar tersebut yang sedia cantik menawan. Kedua, persiapan dan kelengkapan untuk mengambil gambar tersebut yang teratur dan terperinci.

Namun, bukan semua dijadikan cantik dan menarik perhatian. Jika hendak hasilkan gambar yang cantik, banyak persiapan yang perlu dilakukan. Antaranya ialah penyediaan peralatan kamera yang lengkap, kemahiran mengambil pelbagai jenis fotografi, menyusun atur subjek fotografi hingga ke kemahiran berkomunikasi dengan model.

Setiap satunya melengkapi aspek yang lain. Ini supaya gambar yang terhasil dapat menyampaikan cerita atau membangkitkan emosi pengguna atau pemerhati.

Studio Fotografi Lengkap

Kebanyakan gambar yang terhasil daripada setting seperti ini adalah daripada studio fotografi yang lengkap. Studio fotografi begini biasanya mempunyai jurufoto yang berpengalaman, kelengkapan pencahayaan yang terkini, peralatan kamera yang sesuai dengan keperluan penggambaran dan tirai latar yang menambah nilai atau menyokong intipati sesuatu gambar tersebut.

Kini, DDEC mempunyai studio fotografi yang lengkap untuk menawarkan perkhidmatan fotografi dan videografi kepada sesiapa sahaja yang memerlukan gambar professional, untuk diri sendiri atau produk jualan mereka.

Kelebihan Studio Fotografi DDEC

Pada kebiasaannya, usahawan akan memilih studio fotografi yang menawarkan harga yang berpatutan dengan kualiti yang baik. Namun ada juga faktor lain yang menyebabkan usahawan mempertimbangkan pemilihan sesebuah studio fotografi.

Studio fotografi DDEC boleh memudahkan usahawan untuk menjalankan fotografi mengikut kehendak dan keperluan. Dengan lokasi studio fotografi DDEC yang berada di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur (golden triangle), kami mudah diakses melalui Google Maps, Grab, dan tidak lama lagi MRT iaitu Stesyen Conlay (Januari 2023).

Studio kami terletak di ibu pejabat DDEC beralamat di Blok D, No 22, Jalan Kia Peng, 50450 Kuala Lumpur. Studio fotografi kami boleh diakses terus dari pintu masuk utama. Antara kemudahan lain studio fotografi DDEC adalah:

Studio Aras Bawah

Memudahkan usahawan membawa masuk pelbagai barangan seperti produk dan pakaian untuk fotografi fesyen

Ruang Parkir Kenderaan Luas dan Percuma

Pelawat boleh meletakkan kenderaan di ruang parkir yang disediakan secara percuma

Kafe Berdekatan

Ruang makan selesa dengan harga makanan yang berpatutan

Lokasi Fotografi Luar Menarik

Lokasi studio kami berdekatan dengan tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur

Perkhidmatan Studio Fotografi DDEC

Fotografi Dalam Studio

Fotografi dalam studio membolehkan pakar kami mengambil gambar yang pelbagai mengikut kehendak anda. DDEC mempunyai studio fotografi yang mempunyai tirai latar pelbagai warna agar selari dengan tema yang dikehendaki. Pakar jurufoto kami juga akan memberikan khidmat nasihat yang selari dengan kehendak pasaran demi menghasilkan gambar yang menawan pengguna. Fotografi yang boleh kami lakukan adalah:

  • ● Potret
  • ● Korporat
  • ● Komersil
  • ● Makanan atau Menu Restoran
  • ● Katalog Produk
  • ● Katalog Fesyen
  • ● Laporan Tahunan

Fotografi Luar Studio

Adakalanya persekitaran memainkan peranan membangkitkan watak dalam gambar. DDEC mempunyai kepakaran untuk menjalankan penggambaran luar sekiranya terdapat keperluan daripada pelanggan. Fotografi luar studio yang DDEC boleh tawarkan adalah:

  • ● Bangunan & Seni Bina (Architecture)
  • ● Persekitaran
  • ● Korporat
  • ● Udara
  • ● Potret
  • ● Makanan
  • ● Produk
  • ● Fesyen
  • ● Komersil
  • ● Laporan Tahunan


Bank Foto

Mana-mana syarikat yang berhasrat untuk mempunyai bank gambar sendiri boleh menggunakan khidmat studio fotografi DDEC kerana ia menjimatkan masa, tenaga dan kos jangka panjang. Sekiranya syarikat anda memerlukan bank gambar khusus untuk kegunaan syarikat, studio fotografi DDEC menawarkan kepakaran fotografi berikut:

  • ● Potret
  • ● Korporat
  • ● Komersil
  • ● Makanan
  • ● Produk
  • ● Fesyen

Videografi

Bagi mendapatkan video yang bertahap profesional, DDEC perlu merapikan persediaan awal agar mendapat hasil seperti yang diimpikan oleh anda. Dari segi pencahayaan dan bunyi, segalanya perlu sempurna agar dapat mengurangkan keperluan mengulang pengambilan video.

Sudah tiba masanya untuk anda mendapatkan yang lebih baik untuk perniagaan anda, mahupun diri anda sendiri. Transformasikan gambar produk anda daripada yang biasa-biasa kepada yang mengujakan. Gambar yang terhasil daripada studio fotografi DDEC akan membangkitkan emosi dan meningkatkan kesedaran betapa pentingnya fotografi dalam komunikasi visual dan pemasaran.

Bina dan bentuk imej dan identiti jenama anda melalui pandangan pertama. Untuk maklumat lanjut mengenai Studio Fotografi DDEC, Whatsapp kami di 017-680 4679 atau dapatkan maklumat terkini dengan ikuti kami di Facebook dan Instagram @ddecmalaysia.

Kongsikan artikel ini:
Berminat Untuk Mendapatkan Perkhidmatan DDEC? HUBUNGI KAMI SEKARANG!
VIEW
Close