Blog
0
sebentar...

Sukakan Cabaran Menjurus Jadi Usahawan


Pada masa kini, lebih ramai belia menceburi bidang keusahawanan. Seperti mana inisiatif Kerajaan untuk menggalakkan keusahawanan dalam kalangan belia, Naomi Nazlyn pengusaha Yusa Food Products atau lebih dikenali dengan produk Yusa Cookies, berkongsi bagaimana beliau menurut jejak langkah ibunya dalam menjadi seorang usahawan.

Bermula Dari Bawah

Walaupun sebagai seorang anak usahawan, Cik Naomi Nazlyn tidak melalui jalan mudah untuk berada di mana beliau berada sekarang. Tujuh tahun lalu ketika baru tamat belajar, ibu Naomi memerlukan tenaga orang muda untuk membantu dalam perusahaannya. Ketika itu perniagaan ibunya sedang rancak berkembang dan bermula saat itulah Naomi memulakan kerjaya sebagai seorang usahawan biskut.

Naomi memulakan kerjayanya ini dengan bermula dari bawah, mengikut setiap peringkat yang ada dalam mengetahui selok belok perniagaan. Daripada mengenali resepi pelbagai jenis biskut hingga dapat mencipta resepi baharu untuk keluaran produk baharu yang lebih menepati citarasa generasi masa kini.

Jika semata-mata menolong ibunya, tak mungkin Cik Naomi boleh terus mengembangkan Yusa Cookies sehingga hari ini. Minat beliau datang setelah beliau perlu menghadapi pelbagai cabaran dalam perniagaan. Daripada menguruskan kertas kerja, pekerja, penghasilan biskut sehingga kewangan, setiap cabaran yang datang, dihadapi dengan kecekalan. Daripada saat menghadapi masalah yang pelbagai itulah datangnya minat untuk meneruskan kerjaya ini. Melalui penyelesaian masalah begini, Naomi yakin beliau boleh menjadi lebih matang dan pintar. Jadi, minat tersebut hadir bersama peluang yang tersedia di depan mata.

Kudapan Biskut Bila-Bila Masa

Bila sebut saja tentang biskut, ramai yang menyangka manisan ini hanya banyak didapati semasa musim perayaan. Itulah stigma yang Yusa Cookies ingin ubah dengan menyediakan pilihan biskut yang biasa didapati ketika musim perayaan juga boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja. Konsep pembuatan dan jualan biskut sebagai snek harian atau bila-bila masa berasal daripada ibu Naomi. Dan kini giliran Naomi pula untuk melebarkan sayap Yusa Cookies ke peringkat yang lebih tinggi, dengan masih menggunakan konsep yang sama.

Walaupun ramai pesaing dalam industri ini, Naomi yakin prinsip dan konsep Yusa Cookies sebagai snek manisan harian tetap mendapat tempat di pasaran. Ini kerana, setiap hari ada pembuatan dan penghasilan biskut dan pelbagai jenis biskut boleh didapati di outlet mereka setiap hari. Yusa Cookies juga sentiasa mengemaskini dan menawarkan pelbagai jenis cookies untuk peminat cookies. Yang terkini dalam pasaran adalah Cookies in a Tub, di mana saiz tub cookies lebih kecil yang membolehkan peminat cookies mencuba pelbagai resepi cookies berlainan dalam satu pembelian.

Direka Oleh DDEC

Mengikut kata Naomi, Cookies in a tub juga tertumpu kepada empat jenis produk yang paling laris. Ramai juga pelanggan membeli cookies untuk dijadikan sebagai hadiah. Maka konsep cookies in a tub yang berkuantiti kecil lebih sesuai dijadikan hadiah kerana ia didatangkan sekali dengan pemegang bekas.

Yusa Cookies berpeluang menerima geran daripada UPEN untuk menambahbaik reka bentuk pembungkusan produk. Di saat inilah Yusa bertemu dan dapat berbincang banyak tentang idea-idea reka bentuk pembungkusan dengan DDEC. Khidmat nasihat tentang menambahbaik reka bentuk pembungkusan daripada DDEC juga sangat berguna dan reka bentuk yang dihasilkan pula adalah yang terkini. Yusa berpeluang bersama DDEC dalam mereka bentuk pembungkusan Cookies in a tub bersama pemegang bekas yang digunakan kini.

Ada Pahit, Ada Yang Manis

Sebaik-baik guru adalah pengalaman yang dihadapi. Dalam perniagaan pun begitu juga. Bagi Naomi, pengalaman pahit yang benar-benar mencabar adalah ketika pandemik berlaku. Tanpa outlet fizikal, jualan produk mula bergantung kepada media sosial melalui promosi yang agresif sehingga tidak menang tangan. Namun, bukan itu sahaja. Apabila pihak Yusa Cookies mula mengepos produk kepada pelanggan, maklumbalas yang diterima sangat mengecewakan kerana banyak cookies yang hancur bila sampai ke tangan pelanggan.

Pengalaman begini yang banyak mengajar menyelesaikan masalah pembungkusan produk dengan rapi dan selamat hingga menjurus kepada pengalaman manis pula. Lepas satu, satu perkara baharu yang dipelajari sampailah pihak Yusa Cookies dapat mengeksport produk mereka yang pertama ke pasaran Vietnam! Bagi Naomi, tiada kata-kata dapat diucapkan waktu itu kerana itulah pertama kali mereka menguruskan eksport.

Yakin dan Percaya

Dalam menjalankan perniagaan hanya dua perkara yang menjadi pegangan Naomi. Keyakinan terhadap produk sendiri dan keunikannya. Jika kita sendiri tidak yakin, keyakinan itu tak akan terpancar semasa bercerita dengan pelanggan. Bila hendak meyakinkan pelanggan untuk membeli produk kita, kita pasti perlu yakin dengan keunikan dan kelebihan produk kita sendiri. Naomi juga percaya rezeki berniaga itu ada untuk perniagaan kita walaupun kita dikelilingi oleh penjual yang menjual produk yang serupa. Tanpa kedua-dua ini, mana mungkin Yusa Cookies boleh berjaya sehingga ke tahap sekarang.

Oleh itu, Naomi merancang untuk membawa produk ke lebih banyak pasaran global dan membuka lebih banyak cawangan di luar negeri.

Nasihat Dari Usahawan Belia

Buang rasa takut dan bermulalah dengan berniaga kecil-kecilan. Tidak semestinya perlu ada produk tersendiri, Naomi percaya, walaupun permulaan berniaga jual produk orang lain, bila sampai masanya, kita boleh jual produk tersendiri.

DDEC Sedia Membantu

Bagi anak-anak muda di luar sana yang mempunyai cita-cita untuk bergelar seorang usahawan, pengalaman serta sentiasa ingin belajar adalah guru terbaik. Dapatkan khidmat pakar dalam industri yang boleh membantu dan memimpin anda untuk bergelas seorang usahawan. Seperti di DDEC, kami menawarkan pelbagai perkhidmatan yang diperlukan antaranya Pembangunan Usahawan yang meliputi aspek reka bentuk jenama, usahasama sehingga manfaat dana yang seorang usahawan perlukan.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan penjenamaan dan latihan keusahawanan, hubungi kami di Whatsapp 017-6804679 atau dapatkan maklumat terkini di Facebook dan Instagram @ddecmalaysia untuk mengetahui dengan lebih lanjut akan perkhidmatan yang kami tawarkan.

Kongsikan artikel ini:
Berminat Untuk Mendapatkan Perkhidmatan DDEC? HUBUNGI KAMI SEKARANG!
VIEW
Close