Dari Seorang Pembekal Bahan Bakeri Kepada Seorang Pengasas Produk.
INOVASI SNEK WARISAN
Produk yang dihasilkan oleh Binarich Enterprise adalah Pop Rice yang disaluti pelbagai perisa dan Oregano Rice Chips. Keunikan produk ini ialah merupakan salah satu snek warisan yang telah diinovasikan dari segi bentuk dan rasa supaya sesuai dengan permintaan semasa dan mengikut trend terkini.
Dalam menghasilkan produk berkualiti, pemilihan bahan utama iaitu pulut dan bawang putih adalah sangat penting. Proses dimulakan dengan pulut dimasak menggunakan kaedah pengukusan dan seterusnya proses pembentukan saiz dan pengeringan di dalam ketuhar. Selepas melalui proses-proses ini, barulah produk tersebut digoreng dan disalur dengan rasa pilihan.

STRATEGI PENJENAMAAN
Puan Sally berpendapatan penjenamaan dalam pemasaran sesuatu produk adalah sangat penting kerana strategi penjenamaan akan memberi kelebihan kepada produk tersebut. Selain itu, pelanggan lebih mudah mengenali sesuatu produk dan mesej mengenai kebaikan serta kelebihan produk yang dizahirkan melalui pembungkusan, logo dan promosi. Penjenamaan juga dapat membezakan produk kita dengan pesaing serta dapat menambah bilai produk kita.

KERJASAMA DENGAN DDEC
PAHIT MANIS BERGELAR USAHAWAN
Bagi Puan Sally, pengalaman pahit sepanjang bergelar usahawan adalah semasa musim pandemik, yang menyebabkan pasaran menjadi lesu, serta kekangan kakitangan pada waktu itu.
Walaubagaimanapun, bila produk yang dihasilkan mendapat sambutan luar biasa serta diterima baik di pasaran dalam dan luar negara menjadikan detik-detik tersebut sebagai pengalaman paling manis buat Puan Sally sebagai seorang usahawan.

ETIKA DALAM PERNIAGAAN
Puan Sally sangat mementingkan etika dan pegangan dalam perniagaan. Beliau percaya bahawa kredibiliti syarikat yang baik adalah dari segi kewangan, pengurusan dan perancangan yang teratur. Selain itu, majikan dan pekerja hendaklah saling bekerjasama dalam melaksanakan tanggungjawab serta saling menyokong dalam membangunkan syarikat.
IMPIAN DAN PESANAN UNTUK USAHAWAN
Jika diizinkan dan diberi peluang, Puan Sally berimpian untuk mengembangkan pasaran produk sedia ada dengan lebih baik dan konsisten agar dapat bersaing dengan produk nasional serta terus kekal di pasaran.
Bagi usahawan yang ingin mula berniaga, Puan Sally ingin berkongsi pengalaman yang telah ditempuh sepanjang beliau bergelar usahawan. Menurut beliau, semua orang boleh menjadi usahawa jika mempunyai dana serta keinginan. Yang membezakan adalah bagaimana caranya untuk terus mengekalkan perniagaan serta mampu bersaing di dalam pasaran tempatan sehingga menjadi satu legasi dan seterusnya dapat menembusi pasaran global. Untuk menjadi seorang usahawan nerjaya yang dapat mencipta satu legais perniagaan, perlunya perancangan yang tersusun selain pengurusan yang tepat bagi membolehkan operasi syarikat tidak terganggu. Jika pelan syarikat tidak disusun dengan baik, pasti agak sukar untuk mencapai sasaran perniagaan yang diinginkan. Itulah kata-kata nasihat oleh beliau.