Selamat Datang
loading...

Interior Kedai Ikut Suka atau Ikut Standard

Sejak ekonomi kita kembali rancak, makin banyak pula kita lihat pelbagai jenis kedai muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Itulah lumrah kitaran ekonomi. Bila ekonomi rancak, pelbagai jenis tawaran pembiayaan yang institusi kewangan tawarkan untuk menjalankan perniagaan.

Cerita kita kali ini bukan pasal pembiayaan ye. Kita nak story sikit pasal reka bentuk dalaman kedai yang pelbagai sekarang ni. Kalau dulu sebelum pandemik, banyak kafe ala hipster kan? Masuk je mana-mana pusat beli belah, mesti akan ada kafe hipster ni.

Beza Yang Seragam & Yang Unik

Kalau nak dibandingkan kafe hipster nan satu ni dengan rangkaian restoran famili, apa perbezaan ketara? Selain harga dan menu ye. Dari segi reka bentuk dalaman, restoran rangkaian famili atau francais nampak lebih teratur dan seragam. Jadi kalau kita masuk mana-mana pusat beli belah, kita boleh agak bagaimana rupa dan susun atur dalamannya.

Lain pula kalau nak dibandingkan dengan kafe ala hipster ni. Sekali pandang macam ada tema, tapi bila dua kali pandang macam-macam pula hiasan dalamannya. Ada yang tersusun rapi, ada yang nampak macam nak penuhkan kawasan lapang. Ada juga yang mengatur sudut khas ala sudut kreatif untuk pelanggan yang perlukan persekitaran sebegitu.

Dari luar, kedai sebegini mungkin menyerlah jika dibandingkan dengan kedai-kedai sederetannya. Tetapi, adakah kedai ala hipster atau berasaskan hobi ini menggunakan standard yang sesuai? Standard di sini bermaksud penggunaan ruang secara bijak dan maksimum. Penggunaan ruang bukan sahaja untuk mempamerkan barangan, tetapi patut juga memberi perhatian kepada ruang untuk pelanggan berjalan, berlegar-legar dan meneliti barangan dalam kedai dengan selesa.

Interior Kedai Ikut Suka atau Ikut Standard

Peraturan Pusat Beli Belah

Kini makin banyak juga pusat beli belah yang menetapkan beberapa peraturan ketat agar masih nampak keseragaman kedai dalam kategori yang sama. Contohnya, bagi kafe atau restoran, sesetengah pusat membeli belah menegah untuk meletakkan sebarang promosi besar-besaran di tingkap kedai, walaupun tidak menghalang laluan pejalan kaki. Keseragaman ini adalah hak pusat membeli belah sepenuhnya. Ia juga memudahkan pengguna melihat isi kedai dengan mudah dari luar.

Kadangkala ada juga bahagian luar kedai yang menyerupai taman. Persekitaran begini lebih sesuai untuk kafe ala hipster kerana sifat kafe itu sendiri. Kafe begini lebih menjurus kepada persekitaran yang santai. Namun jika kafe tersebut mempunyai pelanggan muda seperti kanak-kanak, persekitaran begini boleh jadi bahaya dan merugikan si pemilik, kerana faktor keselamatan anak-anak yang pastinya akan berlari-lari dalam dan luar premis kedai.

Oleh itu, jika diteliti, banyak restoran famili berada lebih dalam pusat beli belah, berbanding kafe-kafe unik ini yang mungkin dapat lot premis berdekatan dengan persekitaran luar.

Interior Kedai Ikut Suka atau Ikut Standard

Ikut Suka Hati

Ada pemilik kedai, lebih-lebih lagi yang semangat mempertahankan hobi masing-masing akan bertegas dengan reka bentuk dalaman premis jualan mereka. Demi ingin merealisasikan impian mempunyai pusat jualan berasaskan hobi, kadangkala mereka ini lupa atau tak endah untuk mendapatkan khidmat nasihat pakar reka bentuk dalaman kedai. Nama pun pakar, pastinya boleh mereka bentuk dalaman kedai mengikut standard tertentu dan menyesuaikan hobi tersebut.

Mungkin ada yang berpendapat, menggajikan pakar adalah terlalu mahal sekadar untuk susun atur tempat membayar, membelek barangan dan perletakan barangan. Setiap satu aspek tersebut ada peranan masing-masing, malah peranan tersebut sangat penting apabila disusun menurut standard yang digunakan ramai.

Interior Kedai Ikut Suka atau Ikut Standard
Interior Kedai Ikut Suka atau Ikut Standard

DDEC Ada Pakar Reka Bentuk Dalaman

Sebagai pusat sehenti reka bentuk pilihan usahawan Malaysia, DDEC turut menawarkan kepakaran dalam bidang ini. Bukan reka bentuk dalaman kedai sahaja, pakar kami turut boleh menghasilkan reka bentuk kiosk kedai yang bersesuaian dengan jenis perniagaan. Untuk maklumat lanjut, layari www.ddec.my/perkhidmatan atau ikuti laman media sosial ddecmalaysia di Facebook, Instagram dan YouTube.

Kongsikan artikel ini:

Berminat Untuk Mendapatkan Perkhidmatan DDEC?

Share with:
VIEW
CLOSE