Selamat Datang
loading...

Setelah anda berusaha untuk menghasilkan dan mewujudkan jenama syarikat atau produk yang efektif, kini anda perlu berusaha untuk melindunginya pula. Yelah, ibarat bayi yang dilahirkan sempurna, perlukan perlindungan menyeluruh agar jenama ini boleh berkembang dengan pesat.

Menghasilkan reka bentuk jenama saja sudah memerlukan kos pelaburan berkaitan strategi jenama dan reka bentuk hasilnya. Apatah lagi untuk melindungi jenama? Pasti akan ada kos yang terlibat, bukan? Ya, memang benar ada kos yang terlibat dalam melindungi jenama anda.

Jika anda terlalu yakin jenama anda tiada saingan atau ancaman, fikir masak-masak. Mana ada perniagaan yang tiada ancaman atau persaingan. Alangkan jual nasi lemak pun kadang-kadang perlu bersaing dengan beberapa gerai lain dalam kawasan yang sama jarak dekat. Tak ke sengit tuh?

Baik, berbalik kepada perlindungan jenama anda. Bagaimana nak mulakan? Kita huraikan satu per satu.

Perhubungan Awam

Antara cara untuk mengekalkan jenama anda dalam keadaan yang baik adalah dengan mengupah perhubungan awam yang profesional. Mereka ini mempunyai kemahiran yang memang ditumpukan untuk membantu syarikat seperti anda memupuk dan kemudian mengekalkan reputasi jenama yang baik dengan berinteraksi dengan komuniti dan menghubungkan anda dengan media dengan cara yang positif.

Selalunya, mereka boleh melihat jenama anda dari perspektif orang luar dan membantu mengenal pasti kelemahan dan kekuatannya sambil turut memberikan nasihat dan pelan tindakan tentang cara melindungi jenama anda daripada perangkap yang akan dialaminya.

Kos Undang-undang

Sisi praktikal untuk memiliki jenama melibatkan tanda dagangannya. Selain melaburkan masa untuk mendaftarkan tanda dagangan, ia juga melibatkan kos tertentu. Ini pun perlindungan supaya tiada pihak lain sewenang-wenangnya ambil peluang menggunakan jenama anda. Setelah didaftarkan, tak berhenti di situ ye.

Sekurang-kurangnya pastikan segala dokumentasi mengenai penggunaan jenama anda di ruang awam diteliti oleh peguam yang pakar dalam perundangan bidang ini. Faham, kos peguam bukan murah. Tapi anggaplah ini pelaburan jangka panjang agar anda tak menyesal di kemudian hari. Ada juga teknologi yang boleh membantu anda mengenal pasti entiti dalam talian yang mengeksploitasi hasil dan reputasi syarikat anda. Seperti ramai yang boleh dan mengeksploitasi perniagaan dalam talian, perbelanjaan ini berbaloi dengan perlindungan yang diberikan kepada nilai jenama anda.

Kos Pemasaran

Pemasaran tidak tertakluk hanya kepada membeli iklan dan menyiarkan di media sosial. Untuk melindungi jenama anda, anda perlu berbelanja bukan sahaja pada kekerapan anda memasarkan, tetapi kualiti dan keistimewaan kandungan pemasaran yang digunakan. Pemasaran jenama bukan semata bergantung pada logo sahaja tau. Ia termasuk menyampaikan maklumat dan kepentingan jenama dalam kehidupan pengguna anda. Paling penting sekali, pemasaran jenama patut berhubung secara emosi dengan pengguna.

Jadi, luangkan masa, tenaga dan perbelanjaan untuk menyusun strategi pemasaran anda dan buat matlamat jangka panjang. Apabila pelanggan sudah mula membeli produk anda, pasti mereka membeli kerana ada hubungan yang anda cipta antara anda, si pemilik produk dengan mereka, pengguna produk. Walhal masing-masing tak mengenali antara satu sama lain. Ajaib kan?

Perbelanjaan Kenderaan

Bagaimana pula perbelanjaan kenderaan ada kena mengena dengan perlindungan jenama? Jika syarikat anda turut terlibat dalam logistik produk anda, pastinya anda ingin meletakkan jenama pada kenderaan syarikat kan? Jadi, perkara begini nampak remeh sebab ia seakan pemasaran sampingan. Kalau ada bajet lebih, buat. Kalau tak ada, abaikan. Salah. Peruntukkan perbelanjaan khusus untuk setiap cabang pemasaran. Kita tak tau di mana jenama anda akan dicam, dari atas jalan atau di bangunan atau di iklan digital semasa layari Internet. Dan pastikan untuk paparan jenama dan maklumat pada kenderaan, gunakan bahan berkualiti dan tahan lama. Jenama akan digunapakai sekurang-kurangnya 10 tahun, maka pastikan ia boleh bertahan selama itu tanpa nampak usang. Perbelanjaan kenderaan juga termasuk mengekalkan penyelenggaraan dalam keadaan yang baik. Barulah tak menelan belanja yang begitu banyak dan pengguna pun akan mengaitkan jenama anda dengan kualiti secara keseluruhan.

Reka Bentuk Laman Web

Dalam era digital baharu ini, salah satu tempat pertama dan mungkin terakhir orang akan menemui jenama anda ialah dalam talian. Rupa halaman web utama dan keseluruhan tapak web anda akan menentukan banyak perkara tentang jenama anda atau sama ada ia boleh diingati sama sekali. Kadangkala tergoda untuk melihat beberapa video tutorial dan mencuba kaedah Do-It-Yourself, tetapi dalam hal melindungi jenama anda daripada disalah anggap atau dilupakan, upahlah pereka bentuk web dan pengurusan yang profesional. Ya, memang mahal tapi berbaloi. Penjenamaan tapak web anda memerlukan banyak kemahiran dan selalunya pengguna boleh tau beza samada hendak berurusan dengan perniagaan anda mudah atau menyusahkan. Laman web yang direka dan dibina agar tampak profesional dan mudah digunakan akan menaikkan kredibiliti jenama anda.

Perbelanjaan Copywriting

Reka bentuk yang menarik bukan semata-mata cantik di pandangan mata. Ia mesti hadir bersama dengan penulisan yang menusuk kalbu atau jiwa pengguna. Di sinilah perlunya seorang penulis berpengalaman untuk memahami dan menjiwai jenama anda. Penulis ini juga patut mahir memahami kehendak pelanggan yang akan membeli jenama anda.

Jadi, jika anda mahir menulis, anda mungkin hanya cekap menulis kebaikan jenama anda tanpa dapat menjalinkan hubungan tanpa sedar dengan bakal pengguna anda. Serahkan kepada yang profesional untuk menjadi orang tengah yang mewujudkan hubungan jenama dan pengguna. Apatah lagi jika jenama anda baharu di pasaran, penulis yang berpengalaman tidak akan terus menerjah ke pihak pengguna. Mereka yang pro ini akan perlahan-lahan membina perhubungan dengan bakal pengguna supaya, pengguna juga dapat menilai dan membina kepercayaan mereka terhadap jenama anda. Ingat, penulisan bukan sekadar kata-kata, ia memainkan peranan mempengaruhi minda dan fikiran serta boleh mengubah tanggapan.

Kos Percetakan

Walaupun kandungan dalam talian menjadi semakin penting, ia masih belum menggantikan sepenuhnya nilai bahan cetakan—dan percetakan boleh menjadi mahal. Apabila anda mengajak seseorang untuk mencari maklumat di laman web anda, ia agak kurang professional berbanding dengan menyerahkan risalah atau pun kad nama fizikal kepada mereka. Memanglah maklumat banyak di talian, namun era hubungan profesionalisma masih belum berubah sepenuhnya searus dengan kemudahan berbentuk digital. Ini kerana kita masih berhubung secara fizikal dan sudah tentu masih ramai yang menjangkakan pengenalan berbentuk fizikal. Maka ini juga termasuk dalam kos demi memartabatkan dan melindungi jenama anda.

Kos Peralatan

Banyak perkara yang dinyatakan sebelum ini hanya boleh dibuat atau diakses dalam talian, dan itu memerlukan peralatan. Pencetak, kamera, monitor, komputer atau komputer riba, projektor dan banyak lagi bergantung pada syarikat khusus anda, mesti dimasukkan dalam kos untuk membangunkan dan mengekalkan jenama. Jangan lupa tentang perbelanjaan ini, dan terutamanya jangan cuba mengurangkan kos belanja jika anda mengharapkan jenama anda direka secara profesional dan diingati. Sehebat mana pun pekerja anda, tapi kualiti hasil kerja tak mengagumkan, jenama anda juga yang parah. Segala sesuatu yang dihasilkan di sekeliling dan menyumbang kepada jenama anda harus mencerminkan kualiti perniagaan yang dilampirkan.

DDEC Dalam Jenama Jangka Panjang

Penjenamaan adalah proses yang panjang dan tidak berkesudahan jika anda ingin kekal dalam perniagaan. Untuk melindungi jenama anda, pastikan ada peruntukan belanjawan kos kerja profesional agar jenama anda tahan lama. Sekiranya anda tertanya-tanya bagaimana DDEC boleh mengukuhkan jenama anda, Whatsapp kami di 019-222 3300 atau layari www.ddec.my. Kami juga berkongsi pelbagai maklumat melalui saluran media sosial di Facebook, Instagram dan YouTube melalui ddecmalaysia.

Share with:
VIEW
CLOSE