Siapa tak suka coklat kan? Citarasa peminat coklat yang berbeza juga telah membuatkan Aslina Aslam tertarik untuk menceburi bidang perniagaan coklat.
Bagi pengasas Azaib Holdings iaitu Puan Aslina Aslam, beliau mula berniaga ketika berumur 25 tahun lagi secara part-time semasa masih bekerja sebagai seorang banker di Standard Chartered, Pavillion. Usahawan yang berumur 38 tahun ini memulakan perniagaannya dengan memfokus kepada penghasilan produk berasaskan coklat. Ikuti cerita beliau selanjutnya dalam “Apa Kata Usahawan”.
Minat Untuk Berniaga

Bahan & Proses Berkualiti Tinggi
Pendek kata produk keluaran mereka turut mempunyai produk untuk dimakan, dan untuk industri. Mereka turut memiliki mesin freeze dry untuk pengeringan buah-buahan bagi melanjutkan tempoh penggunaannya sehingga tempoh 5 tahun. Proses ini adalah untuk mengelakkan buah daripada cepat rosak serta khusus untuk produk yang di eksport seperti buah durian.
Proses pembuatan coklat di Azaib Holdings Sdn Bhd dibantu oleh peralatan dan mesin yang canggih dengan fungsi automatik. Sebagai contoh, untuk proses produk coklat, mereka menggunakan auto chocolate coating dan turut mengaplikasikan proses pembungkusan secara automatik bagi mempercepatkan proses penghasilan produk. Penggunaan mesin yang canggih serta bahan import yang bermutu menjadi kelebihan yang dimiliki mereka di dalam menjaga kualiti produk bagi menambah kepercayaan pelanggan mereka.

Fokus Pemasaran
Reka Bentuk Pembungkusan Oleh DDEC
Kerjasama dengan DDEC bermula ketika syarikat mereka mengeluarkan produk baharu ketika itu, iaitu Malsa Bites. “Waktu itu kami menyertai program untuk mengeksport produk kami ke negara luar. Dan DDEC telah menghasilkan pembungkusan bagi Malsa Bites yang iaitu coklat berinti Halia, Ceri, Kelapa, Crunchy, Kismis, Badam, Gajus dan Strawberi.” Dengan bantuan DDEC yang menghasilkan reka bentuk pembungkusan yang cantik dan berkualiti telah membantu mereka sehingga produk mereka sampai ke Dubai. DDEC telah memberikan perkhidmatan serta kualiti yang bagus seperti yang mereka inginkan sehingga produk mereka mampu sampai ke peringkat antarabangsa.
Pengalaman Pahit & Manis

Etika Perniagaan

Perancangan Masa Depan
Nasihat Untuk Usahawan
DDEC sedia membantu
Nak jadi usahawan kini lebih mudah berbanding dahulu, kerana peluang untuk berniaga lebih banyak. Bagi mereka yang pasang cita-cita untuk jadi seorang usahawan, harus rajin menimba ilmu. Sebaik-baik ilmu adalah menimba dari pengalaman. Namun, ilmu reka bentuk untuk keusahawanan juga patut ditelaah agar jenama dan perniagaan menjadi menarik. Di DDEC, kami menawarkan pelbagai perkhidmatan yang diperlukan antaranya Pembangunan Usahawan yang meliputi aspek reka bentuk jenama yang menjadi asas kepada sesebuah perniagaan. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan penjenamaan dan latihan keusahawanan, hubungi kami di WhatsApp 017-6804679 atau dapatkan maklumat terkini di Facebook dan Instagram @ddecmalaysia.