Selamat Datang
loading...

Tahukah anda seramai 437,769 usahawan baru, termasuk 131,139 syarikat dalam talian, berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada tahun 2020? Pertumbuhan ini adalah memberangsangkan memandangkan negara masih berhadapan dengan Pandemik COVID-19. Walaupun jumlah ini besar, kebanyakan usahawan masih memerlukan bantuan daripada segi bantuan dana dan bimbingan perniagaan bagi menjamin kelestarian perniagaan mereka.

Bagi menyahut keperluan usahawan Malaysia, Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC) mengambil inisiatif dengan menawarkan Pembangunan Usahawan sebagai salah satu perkhidmatan yang terdapat di syarikat kami. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah memfokus kepada reka bentuk jenama dimana DDEC akan mengatur strategi penjenamaan usahawan supaya lebih teratur dan tersusun agar ia memenuhi kehendak pasaran semasa.   Terdapat tiga modul di dalam Pembangunan Usahawan. Setiap modul mempunyai fungsi yang tersendiri bagi menepati kehendak Usahawan. Ingin tahu apakah modul-modul tersebut? Jom kita baca lebih lanjut!
Memperkasa Pembangunan Usahawan

1. PROGRAM LATIHAN

Di dalam Program Latihan, usahawan akan dilatih untuk membangunkan jenama dari mula sehingga produk usahawan sedia ke pasaran, sama ada pasaran tempatan mahupun antarabangsa. Usahawan akan didedahkan dengan beberapa proses bermula dengan pembangunan jenama dan identiti produk, sehingga ke pelaksanaan dan kesinambungan jenama mereka. Selain itu, DDEC juga akan melibatkan pakar industri sebahagian daripada modul program agar usahawan yang mengikuti latihan mendapat bimbingan yang menepati kehendak pasaran semasa. Disamping itu, usahawan berpeluang memanfaatkan bantuan dana daripada agensi-agensi kerajaan seperti MARA, TEKUN, PUNB, SME Bank dan banyak lagi!

2. PERKONGSIAN / USAHASAMA

Bagi individu yang bercita-cita ingin bergelar seorang usahawan tetapi tidak mempunyai hala tuju, jangan risau. DDEC menyediakan sebuah modul yang dinamakan Perkongsian/Usahasama. Modul ini bertujuan membantu individu yang ingin memulakan perniagaan dengan menawarkan kerjasama bersama DDEC dan pakar industri. DDEC akan bertindak sebagai agensi pelaksana dari segi penjenamaan produk, dan akan menghubungkan individu bersama pengilang atau pengeluar produk. Disamping itu, DDEC akan membimbing individu mendapatkan dana daripada agensi-agensi Kerajaan bagi membiayai cita-cita mereka. Mudahkan?

3. MANFAAT DANA USAHAWAN

Seringkali usahawan yang menerima dana daripada agensi Kerajaan, mereka sentiasa menghadapi kesukaran mencari agensi pelaksana. Kami di DDEC sedia membantu usahawahan memanfaatkan dana yang diperolehi dan merealisasikan impian mereka memiliki perniagaan dan jenama yang berjaya. Dana yang diperoleh akan dimanfaatkan ke perkhidmatan yang dikehendaki seperti pakej penjenamaan, program latihan, dan banyak lagi.

Memperkasa Pembangunan Usahawan

Bagaimana DDEC Boleh Membantu Usahawan?

Sebagai seorang usahawan, anda harus bijak merangka perniagaan dan jenama anda. Dengan mendapatkan nasihat daripada agensi betul, jenama anda akan berkembang dan bertahan lama mengikut peredaran zaman. Jadi modul apakah yang dikehendaki oleh anda? Hubungi kami di 017-6804679 atau email kami info@ddec.my.

Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC) adalah pusat sehenti reka bentuk yang ditubuhkan untuk membantu usahawan Malaysia dalam membangunkan jenama mereka untuk pasaran Malaysia dan meningkatkan potensi mereka untuk pasaran global. DDEC ialah sebuah anak syarikat milik penuh MARA di bawah naungan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Berminat Untuk Mendapatkan Perkhidmatan DDEC?

Share with:

No Comments

Leave A Comment

VIEW
CLOSE