Selamat Datang
loading...

Mudah Juga Asas Fotografi Ye!

Seni fotografi telah menjadi salah satu hobi yang semakin digemari khususnya oleh anak-anak muda. Selain menyeronokkan, ia juga boleh dijadikan sebagai hobi sampingan untuk menghasilkan wang.

Namun begitu, ada juga yang beranggapan untuk menghasilkan foto yang bagus itu susah, kerana memerlukan kamera serta peralatan profesional lain yang pasti mahal. Tapi ramai tak tahu, dengan menggunakan kamera yang standard sahaja pun, boleh menghasilkan foto yang menakjubkan sekiranya kena dengan tekniknya.

Jadi, kepada para beginner yang ingin atau baharu berjinak-jinak dalam dunia fotografi, berikut adalah tip dan trik yang boleh anda praktikkan ketika belajar memotret. Jom kita baca:

Tip & Trik

  • 1. Ambil gambar jarak dekat
  • 2. Sentiasa berlatih
  • 3. Amati pencahayaan
  • 4. Jangan takut menggunakan flash walau siang hari
  • 5. Baca buku berkaitan fotografi
  • 6. Jangan terburu-buru ketika memotret
  • 7. Pembingkaian / framing
  • 8. Sentiasa bereksperimen
  • Berbagai faktor yang mendorong kepada kualiti dan hasil sesebuah fotografi. Salah satunya adalah teknik fotografi. Bagi yang benar-benar berminat, ada yang sanggup belajar teknik-teknik yang susah. Tapi bagi yang baru nak belajar, bolehlah pelajari teknik asas terlebih dahulu. Selain mempraktikkan 8 tips dan trik mudah di atas, ada beberapa teknik asas yang boleh pencinta fotografi pelajari dan gunakan.

    Teknik Asas Fotografi

    Zooming

    Zooming adalah sebuah teknik yang membuat objek utama terlihat jelas, sementara background terlihat kabur. Teknik ini berfungsi untuk menajamkan objek dan membuatnya kelihatan semakin menonjol.

    Panning

    Pada teknik ini objek yang bergerak akan kelihatan tajam, sementara background yang pegun kelihatan kabur. Harus mengikuti objek ketika membidik, untuk mendapatkan foto secara maksimum.

    Freezing

    Teknik ini merupakan teknik memotret benda bergerak yang menggunakan kecepatan sangat tinggi. Teknik ini seolah membekukan gerakan benda tersebut.

    Macro

    Teknik foto macro merupakan sebuah teknik memotret dalam jarak yang sangat dekat, sehingga objek terlihat sangat besar, teknik ini biasanya menggunakan teknik jenis macro.

    Siluet

    Siluet maksudnya bayangan. Seperti sebutannya foto siluet hanyalah berupa bayangan. Siluet merupakan objek yang menutupi cahaya sehingga ia diterangi dari belakang secara menyeluruh. Aturan asas dari foto siluet adalah objek mestilah terlihat benar-benar hitam. Maksudnya tidak ada langsung cahaya yang menembus masuk.

    Bulb

    Shutter yang digunakan dengan menekan shutter button selama mana yang kita kehendaki tanpa dilepaskan bergantung pada kreativiti dan subjek yang ingin dipotret.

    Senangkan nak belajar menjadi seorang jurufoto? Jom gunakan tips dan teknik-teknik ini. Semoga bermanfaat.

    DDEC juga ada menawarkan khidmat fotografi studio dan luar studio bagi anda yang mencari perkhidmatan fotografi profesional. Sila hubungi kami melalui Whatsapp di 017-6804679, atau singgah di Instagram D-Studio untuk melihat hasil kerja kami.

    Kongsikan artikel ini:

    Berminat Untuk Mendapatkan Perkhidmatan DDEC?

    Share with:
    VIEW
    CLOSE