Selamat Datang
loading...

Pembangunan Usahawan, Kelestarian Ekonomi

Keusahawanan atau perusahaan IKS telah menjadi penyumbang besar kepada kebanyakan ekonomi di negara-negara lain, baik di rantau Asia atau benua dunia.

Sejak agenda transformasi negara dilancarkan, terdapat banyak program pembangunan usahawan turut dilancarkan oleh pelbagai agensi di negara kita.

Dengan membangunkan usahawan IKS, setiap negara berpotensi menjadi sebuah negara yang maju kerana peluang yang tercipta membuka ruang untuk negara-negara saling melabur.

DARI MIKRO KE KONGLOMERAT

Tidak mustahil untuk usahawan Malaysia yang bermula dengan perniagaan kecil-kecilan, boleh berkembang dan mempunyai kepelbagaian perniagaan. Jika disusuri sejarah setiap jenama terkenal di Malaysia ni, kebanyakan taikun-taikun ini mula sebagai perniagaan kecil saja.

Asbab kegigihan mereka untuk merubah kehidupan ketika itu atau keberanian mengambil risiko, mereka juga berjaya untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang-orang terkaya di dunia.

Kalau dulu, setiap peniaga itu samada memang datang dari golongan berada atau berusaha mengumpul modal sikit-sikit untuk mengembangkan perniagaan mereka. Dan jika diteliti, orang dahulu berniga tak mudah nak pelbagaikan perniagaan atas pelbagai sebab yang hanya mereka ketahui. Namun, hari ni terdapat banyak aspek dan komponen pembangunan usahawan yang boleh kita ambil tahu dan perkasakan.

KOMPONEN PEMBANGUNAN USAHAWAN

Kalau dipecahkan suatu perniagaan yang berjaya, banyak sungguh komponennya. Dan kerajaan di kebanyakan negara turut menggunakan formula ini untuk memastikan setiap komponen boleh dilatih, dididik dan dibangunkan demi membentuk pengusaha tempatan yang berkaliber dan berdaya saing dalam apa jua arena pun.

Berikut adalah komponen asas pembangunan usahawan:

Ini pula komponen sampigan dalam memastikan kelestarian keusahawanan: 

TEGUHKAN ASAS, TERAPKAN NILAI

Untuk seseorang usahawan masa kini berjaya di arena pilihan, mereka harus berbalik kepada komponen asas.

SIFAT & SIKAP USAHAWAN
Sebagai usahawan, displin adalah sifat paling penting agar perniagaan yang dijalankan, walau sekecil mana pun, boleh berjaya. Setiap perkara yang dilakukan berulang kali, akan menjadi tabiat kepada individu tersebut. Selain itu, pelanggan yang datang membeli pasti akan berasa lebih selesa dengan penjual yang sopan, bersih serta beradab dalam menjual. Seperkara lagi, jujurlah dalam perniagaan, agar pembeli dapat melihat dan menilai sendiri apa yang dilihat, dibeli dan digunakan.

PRODUK YANG MEMENUHI KEHENDAK
Walaupun sudah ada banyak produk yang serupa di pasaran, namun permintaan masih tinggi. Maka itu merupakan peluang untuk usahawan untuk menghasilkan produk yang boleh memenuhi kehendak. Namun, pastikan produk tersebut turut bernilai di mata pelanggan dan pastikan kualiti penghasilan produk dijaga pada setiap peringkat.

MODEL PERNIAGAAN YANG TEPAT
Bagi setiap usahawan, pasti masing-masing ada perancangan dan model perniagaan. Kena ingat, bukan semua model perniagaan sesuai dengan sesiapa sahaja. Sementara masih tercari-cari model perniagaan yang sesuai dengan jiwa atau produk usahawan, teruskan menimba ilmu sampai dapat yang sesuai. Macam cari jodoh pula. Tapi, kalau sedang berniaga, teruskan perniagaan.

PELUANG PASARAN
Seperti yang disebutkan tadi, peluang pasaran masih ada walaupun terdapat lambakan produk yang sama. Kadang-kadang peluang pasaran datang dari pasaran sedia ada. Jika anda bijak menilai keadaan, anda pun boleh cipta peluang pasaran tersendiri. Usah hadkan kepada peluang pasaran tempatan atau komuniti, capai juga peluang pasaran yang lebih meluas. Cumanya, pastikan kapasiti penghasilan produk masih mampu menampung kehendak sedia ada dan yang bakal bertambah.

KETAHANAN KEUSAHAWANAN

Daya saing usahawan juga harus dipupuk dari awal pembentukan perniagaan. Ini kerana individu peniaga faham bagaimana beberapa faktor memainkan peranan penting untuk menjadikan perniagaan mereka berdaya tahan.

LATIHAN
Terkadang sebagai usahawan, kita terlepas pandang bab ni. Yelah, sibuk mendapatkan jualan, kejar bayaran dari pelanggan, dikejar bayaran oleh pembekal. Ada adegan kejar mengejar pula ye. Ditambah pula dengan melayan kerenah pelanggan lagi. Terlalu banyak aspek perniagaan yang perlukan perhatian. Jadi, sertailah kelas-kelas dan latihan yang berkaitan supaya kita dapat tackle satu-satu masalah dalam perniagaan kita. Ada kalanya, ujian-ujian kecil pun boleh kita jadikan sebagai latihan untuk hadapi masalah yang lebih besar. 

REKA BENTUK
Reka bentuk bagi usahawan merangkumi logo syarikat, logo produk, jenama dan penjenamaan. Jika diteliti dan dibandingkan dengan syarikat gergasi sedia ada, reka bentuk boleh berubah-ubah. Namun, pastikan sesuatu syarikat yang aktif menggunakan jenama yang sama untuk 3-5 tahun supaya pengguna atau pelanggan dapat kenal pasti dengan mudah. Mereka bentuk jenama dan logo juga melibatkan pelaburan yang tinggi. Maka, bila sudah pasti dengan perniagaan, pastikan juga jenama dan logo anda kekal untuk jangka masa yang panjang.

IDENTITI

Identiti sini bermaksud, watak yang ingin kita ketengahkan kepada pelanggan, rakan kongsi, pesaing dan industri. Samada kita orang yang tegas mahupun happy-go-lucky, itu semua terserah kepada pemilik perniagaan untuk jadikan sebagai salah satu prinsip dalam perniagaannya. Identiti juga boleh mempengaruhi jenama syarikat yang tersulam dengan prinsip-prinsip si usahawan. 

RISIKO BERMANFAAT

Dalam apa jua yang kita lakukan, pasti ada risiko tersendiri. Sama saja dalam perniagaan pun. Contoh risiko bermanfaat adalah membuat pinjaman perniagaan untuk melaksanakan kempen jualan yang boleh bawa pulangan berganda. Buat pinjaman adalah risiko, tapi peniaga yang berdisiplin hanya menggunakannya untuk manfaat syarikat. Ada banyak lagi risiko bermanfaat yang boleh diterapkan dalam perniagaan untuk memastikan kelangsungan jenama dan syarikat di industri masing-masing.

PEMBANGUNAN USAHAWAN, MANDAT DDEC

Sebagai salah satu agensi yang diberi mandat dalam membantu usahawan mencapai sasaran menggunakan reka bentuk, DDEC turut membantu usahawan dengan menawarkan latihan dan seminar agar usahawan lebih berpengetahuan dalam menyusun strategi perniagaan masing-masing dengan bantuan pelbagai jenis reka bentuk. Hubungi kami sekarang di whatsapp 019-222 3300 atau layari website kami di www.ddec.my untuk maklumat lanjut. Jangan lupa follow, like dan share Facebook dan Instagram ddecmalaysia untuk mengetahui tentang aktiviti kami.

Berminat Untuk Mendapatkan Perkhidmatan DDEC?

Share with:

No Comments

Leave A Comment

VIEW
CLOSE