Selamat Datang
loading...

Pembungkusan sebagai Pemasaran

Kesedaran mengenai reka bentuk dalam perniagaan kian meningkat. Ramai para usahawan sama ada mikro ataupun IKS ambil tahu bagaimana reka bentuk boleh menjadi salah satu pemangkin kepada pembangunan keusahawanan masing-masing.

Seperti yang sedia maklum dan paling banyak diwar-warkan dalam blog-blog pusat reka bentuk atau agensi reka pemasaran, pemasaran boleh berlaku melalui saluran tertentu. Contohnya seperti emel, risalah, kain rentang, papan iklan dan rangkaian televisyen, radio akhbar serta media digital.

Tapi tau tak, pemasaran ini bukan promosi semata-mata. Ada yang keliru bila sampaikan maklumat. Pemasaran lebih kepada menyedarkan pengguna mengenai kewujudan perniagaan dan produk yang ditawarkan. Pemasaran juga boleh jadi dalam bentuk pendidikan terhadap orang ramai. Dalam kes pemasaran sasaran meluas begini, memang tak semua orang akan terkesan, tetapi sekurang-kurangnya, boleh menjadi bahan bualan.

Dari Kerana Mata

Satu lagi bentuk pemasaran yang dah mula nampak meningkat di Malaysia adalah pembungkusan produk. Kalau tidak, kenapa ramai influencer media sosial buat video ‘unboxing’? Padahal, hanya buka kotak dan keluarkan isinya kan. Apa lah yang best sangat kan?

Mungkin trend ni bermula dari negara Barat. Biasalah, kebanyakan kita suka mengikut trend negara lain. Tapi, unboxing merupakan satu teknik pemasaran melalui pembungkusan. Tengok sahaja jenama-jenama produk gaya hidup yang ada di pasaran. Walaupun hanya melihat pembungkusan produk di platform digital, kita secara tak sedar pun teruja nak milikinya.

Jadi, keberkesanan pemasaran sebenarnya adalah membangkitkan emosi. Kenapa emosi? Sebab emosi lah yang akan mengganggu tumpuan kita selagi kita tidak memuaskan emosi itu. Bermacam cara ada untuk puaskan emosi, tapi yang paling berkesan adalah dengan memiliki produk. Jadi berjaga-jaga dengan pandangan mata masing-masing ye.

Kebijaksanaan vs. Kecantikan

Jika diberi pilihan, mana satu yang dipilih? Pilihan pun masing-masing dan boleh berubah. Sesungguhnya usahawan hanya boleh berusaha untuk pujuk pembeli membeli, namun pilihan terlalu subjektif.

Dalam pembungkusan, jenama boleh menjadi memori ikonik bagi si pemilik. Ini sebab pembungkusan tersebut diilhamkan dengan cara yang paling senang pengguna untuk membuka pembungkusan tersebut.

Dan bagi setiap produk seterusnya, jenama terus konsisten dengan konsep ergonomik dan mesra pengguna, maka ini secara tak langsung jadi teknik pemasaran jenama tersebut. Mungkin secara visual tidak sehebat mana, namun kepenggunaan pembungkusan memainkan peranan bagi jenama yang memilih teknik ini. Pembungkusan yang cantik tapi susah nak buka dan tutup pun apa guna kan?

Produk Yang Efektif

Kita semua faham pembungkusan produk ini bermaksud untuk menampung dan menyimpan isi kandungan produk dengan baik. Tapi rugi sangat kalau kita sempitkan pemikiran kita setakat itu sahaja. Pembungkusan produk boleh sangat dijadikan alat pemasaran bagi jenama atau kempen syarikat tersebut.

Sebab, produk pun memang dibuat untuk pengguna. Mungkin produk tersebut hanya ada satu fungsi, tapi pembungkusan produk boleh digunakan untuk pelbagai fungsi. Semuanya terpulang kepada jenama untuk menggunapakai setiap permukaan pada pembungkusan produk. Termasuk di sebelah dalam.

Jika selama ini jenama merasakan pemasarannya kurang efektif, cuba lihat dari perspektif ini pula. Setiap pengguna baharu yang membeli produk berjenama pasti akan membelek setiap inci pembungkusan, asalkan mereka tertarik pada pandangan pertama lah. Bagi pengguna yang sudah biasa dengan sesuatu jenama, tambahkan kelainan pada pembungkusan sedia ada. Dan pastikan pengguna alert dengan perubahan atau penambahan tersebut.

DDEC Ada Penyelesaian Kreatif

Jika pemasaran yang menjadi kegusaran usahawan, cuba selami pilihan menggunakan pembungkusan produk sebagai pemasaran produk mahupun jenama. Dengan reka bentuk yang bersesuaian serta lestari, boleh jadi jenama usahawan tempatan turut menjadi buah mulut pengguna dalam dan luar negeri. Jika anda terpikat dengan idea ini dan ingin mencuba kemungkinan ini, hubungi kami di Whatsapp +6019-222 3300. Layari laman web kami di www.ddec.my dan ikuti kami di laman media sosial rasmi ddecmalaysia di Facebook, Instagram dan Youtube.

Kongsikan artikel ini:

Berminat Untuk Mendapatkan Perkhidmatan DDEC?

Share with:
VIEW
CLOSE