Selamat Datang
loading...

Pengaktifan Jenama: Berbaloi Atau Berisiko

Sebut sahaja jenama terkemuka, kita sendiri akan fikir atau terkenang-kenang iklan atau pemasarannya kan? Tau tak, di sebalik iklan yang ringkas tapi mudah diingat itu, banyak usaha yang dilaburkan untuk jadikannya benar-benar berkesan. Adakalanya, konsep dari iklan akan dilanjutkan dalam pengaktifan jenama yang akan lebih banyak menghubungkan pengguna dengan jenama.

Ramai pakar pemasaran yang bersuara mengenai pengaktifan jenama ini. Ada yang mengatakan pengaktifan jenama hanyalah taktik pemasaran tradisional yang ekstrim. Ada juga yang mengatakan ia pembaziran kerana terlalu banyak aspek yang perlu diambil kira dan tidak semestinya jenama tersebut akan kekal bersama pengguna untuk jangka masa yang lama.

Pengaktifan jenama boleh dilihat sebagai tarikan untuk pengguna yang baru nak kenal dengan sesuatu jenama. Ada juga agensi pemasaran yang menggunakan pengaktifan jenama untuk mengingatkan semula konsep asal jenama walaupun sudah berada di arus digital. Apa pun, jenama yang berjaya adalah jenama yang meninggalkan kesan ke atas sasaran pengguna atau pengguna seluas semesta.

PENGAKTIFAN JENAMA YANG BERBALOI

Dalam menggunakan taktik ini untuk mengukuhkan jenama di mata pengguna, strategi pemasaran harus mengambil kira perkara utama dalam jenama, iaitu pelanggan. Tanpa pelanggan, siapa yang kenal jenama anda. Berikut adalah antara strategi yang buat pengaktifan jenama anda berbaloi untuk dilaksanakan:

Hormati Pengguna Anda

Pastikan apa sahaja aktiviti jenama yang anda ingin laksanakan, ia harus menghormati pengguna anda. Lebih-lebih lagi jika melibatkan batasan peribadi. Untuk tahu apa yang boleh menjangkau batasan peribadi pengguna anda, sebaiknya dapatkan maklumbalas daripada pengguna anda.

Memanusiakan Jenama Anda

Bukan erti kata sarungkan orang dengan kostum jenama anda. Jika sebelum ini jenama anda menjanjikan beberapa nilai-nilai murni, zahirkan nilai murni tersebut melalui individu yang faham mengenai jenama anda. Contohnya, jika pekerja jenama anda diletakkan di sebuah pusat membeli belah dengan sample produk dan interaksi antara manusia itulah yang akan memudahkan pengguna atau bakal pengguna berhubung kait dengan jenama anda. Kalau nak dibandingkan dengan papan tanda besar yang menayangkan jenama anda beserta slogan, pasti interaksi dengan manusia menjadi pilihan sasaran pengguna anda.

Berikan Kejutan Tanpa Sakit Jantung

Bayangkan anda sedang menuju ke tempat kerja melalui laluan yang sama setiap hari, tiba-tiba datang seseorang yang memberikan anda sekuntum bunga ros merah dan berlalu pergi. Apa perasaan anda? Terkejut? Teruja? Tersenyum seorang diri? Ter apa lagi? Apabila pengguna tak jangkakan perkara yang baik akan berlaku kepada mereka, dan kemudian dijamukan dengan nilai-nilai jenama, pastinya reaksi dan hubungan dengan jenama itu kekal lebih lama. Dan sudah tentunya, perasaan gembira ini akan dikongsikan dengan semua kenalan. Maka makin ramai yang akan mengaitkan jenama dengan nilai-nilai serta perasaan yang dirasai pengguna. 

PENGAKTIFAN JENAMA YANG BERISIKO

Jika tadi yang berbaloi, ini pula yang berisiko. Bagaimana pengaktifan jenama boleh menjadi risiko? Bila tidak dilaksanakan dengan lengkap atau tiada perancangan teliti untuk mengukur hasil yang berlaku selepas pengaktifan jenama.

Menganggap Pengguna Akan Beri Maklumbalas

Dalam pemasaran, tiada istilah anggapan. Jika dibiarkan pengguna untuk memberikan maklumbalas tanpa sebarang motif, memang takkan berlakulah seperti yang diinginkan. Sedangkan permintaan untuk pengguna mengisi borang tanpa sebab pun payah, apatah lagi inginkan maklumbalas daripada mereka. Pengguna hanya akan berikan maklumbalas sekiranya ada reaksi emosi berkaitan dengan jenama. Tanpa maklumbalas, anda tidak tahu keberkesanan aktiviti anda.

Melampaui Batas

Bila sesuatu jenama dikatakan melampaui batas, dalam konteks budaya Malaysia, ia boleh merangkumi batas agama, parti politik, perkauman mahupun status sosial. Percayalah, walaupun kecil perbuatan atau tidak disengajakan, jenama yang melampaui batas akan viral dan reputasi jenama hanya akan lebih memburuk apabila aktiviti pengaktifan jenama memberikan kesan negatif kepada pengguna.

Hanya Fakta Tanpa Emosi

Lainlah jika pengguna jenama anda adalah robot, aktiviti pengaktifan jenama boleh berasaskan data dan fakta. Tetapi jika pengguna jenama anda masih manusia, apa-apa aktiviti pemasaran harus menyelami emosi pengguna. Ini kerana statistik menyatakan manusia banyak membuat keputusan (termasuk membeli) tanpa sedar iaitu mengikut emosi lebih lagi daripada mengikut logik. Jika data adalah logik, dan bangkitan emosi adalah perbuatan tanpa sedar, bukan kah mempengaruhi emosi akan lebih menguntungkan untuk jangka masa panjang. Data dan logik mungkin bagus untuk laporan dan jualan jangka pendek, namun perasaan yang timbul semasa pengguna menggunakan produk berjenama anda itulah yang membuatkan mereka lebih setia dengan jenama.

PENGARUHI EMOSI DENGAN REKA BENTUK

Reka bentuk adalah antara ciri produk yang boleh menjengkelkan pengguna atau membuat pengguna teruja. Terpulang kepada jenama anda untuk dikaitkan dengan emosi yang bagaimana supaya pengguna dapat manfaat daripada jenama anda. Jika anda ingin tahu reka bentuk yang boleh membangkitkan emosi, Whatsapp di 019-222 3300 atau layari ddec.my. Bagi yang aktif di media sosial boleh ikut kami di Facebook, Instagram dan saluran YouTube, ddecmalaysia.

Share with:
VIEW
CLOSE