Selamat Datang
loading...

Penjenamaan merangkumi aspek-aspek tujuan kewujudan jenama tersebut, daripada tiada langsung. Penjenamaan memerlukan maklumat untuk dijadikan asas kepada kewujudan jenama dan organisasi disebalik tabir. Kebanyakan jenama diasaskan oleh idea perniagaan atau idea untuk menyelesaikan masalah. Dari situ, wujudlah rentetan visi dan misi jenama untuk disampaikan kepada masyarakat, melalui pelbagai cara.

Penjenamaan semula, secara ringkas, memberi jenama anda ubah suai serba baharu mengikut arah aliran dalam pasaran. Sebagai pakar penjenamaan bagi usahawan Malaysia untuk menaiktarafkan keusahawanan masing-masing melalui reka bentuk, DDEC turut bersetuju dengan proses teratur dalam menghasilkan jenama yang sesuai dengan kehendak pasaran dan keinginan usahawan, organisasi atau institusi.

Penjenamaan Baharu Dari Yang Lama

Konsep ini hampir sama dengan penjenamaan semula, kecuali ada beberapa sebab wujudnya konsep ini. Antaranya syarikat atau organisasi dinaiktaraf. Contoh organisasi yang naik taraf adalah pusat pengajian. Bukan semua pusat pengajian sedia ada terus mendapat taraf Universiti. Ada yang bermula sebagai kolej, kolej universiti dan kemudian menjadi sebuah universiti. Bagaimana proses naik taraf ini berlaku? Jangan tanya DDEC pula, bukan bidang kuasa kami.

Sesebuah pusat pengajian juga diasaskan oleh sebuah visi atau tujuan asal. Penjenamaan terdahulu mungkin memadai dengan tujuan dan sasaran pasaran pada waktu itu. Dengan setiap naik taraf, pasti akan berlaku perubahan dari dalaman yang turut memerlukan wajah baharu.

Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) juga antara yang baru-baru ini melancarkan pemasyhuran logo baharu oleh kerana institut pengajian ini dinaiktaraf dari Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) ke UPTM. Oleh yang demikian, UPTM meletakkan kepercayaan kepada DDEC untuk melakarkan wajah baharu bagi UPTM.

Kupasan Strategi Jenama

Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC) menerima tugasan ini dengan penuh amanah dan memulakan tugasan dengan perbincangan strategi jenama bersama warga pengurusan UPTM. Strategi jenama merangkumi tujuan, visi, misi, persona, analisa institusi, mesej utama dan nilai-nilai utama bagi jenama tersebut.

Peringkat awal ini lebih banyak membincangkan bagaimana persepsi jenama yang ingin ditampilkan kepada pelanggan dan bagaimana jenama tersebut dihidupkan dari dalam institusi tersebut. Peringkat awal Penjenamaan melibatkan perbincangan melalui beberapa aspek yang menetapkan setiap aspek pembentukan jenama.

Sebagai pakar penjenamaan organisasi maupun PKS, DDEC mahukan hasil yang terbaik untuk organisasi atau perniagaan melalui teknik-teknik tertentu yang akan memberikan gambaran jelas bagi organisasi untuk memahami komponen jenama dan bagaimana setiap komponen mempengaruhi jenama.

Pembentukan Jenama

Sebaik sahaja organisasi atau institusi memahami kepentingan strategi jenama dan nampak jelas keperluan setiap komponen untuk meletakkan kedudukan jenama dalam pasaran, bermulalah titik permulaan membentuk jenama UPTM. Berasaskan maklumat daripada strategi jenama, logo UPTM mula dihasilkan dengan teliti.

Dengan menggunakan warna terpilih, logo UPTM mendukung lanjutan daripada wajah terdahulu iaitu menuju ke arah terbaik dan menjadi yang terbaik daripada pendidikan pengajian tinggi.

Bentuk logo UPTM apabila dilihat secara menyeluruh, menjadi sebentuk anak kunci yang membuka pintu kepada ruang dan peluang transformasi anak bangsa serta pencapaian visi dan misi institusi.

Reka Bentuk Penuh Makna oleh DDEC

Dari segi reka bentuk logo, DDEC memastikan setiap aspek rekaan tersebut membawa makna yang sinonim dengan visi dan misi institusi. Oleh itu, bagi organisasi yang ingin mendapatkan perkhidmatan penjenamaan atau penjenamaan semula organisasi mahupun perniagaan mereka, DDEC sedia membantu dari awal hingga akhir. Hubungi kami sekarang di whatsapp 019-222 3300 atau layari website kami di www.ddec.my untuk maklumat lanjut. Jangan lupa follow, like dan share Facebook dan Instagram ddecmalaysia untuk ketahui aktiviti kami. 

Share this article:


Facebook


Twitter


Youtube


Whatsapp

Berminat Untuk Mendapatkan Perkhidmatan DDEC?

HUBUNGI KAMI

SEKARANG!

Share with:
VIEW
CLOSE