Selamat Datang
loading...

Merdeka membawa pelbagai maksud berlainan bagi setiap individu. Antara yang selalu kita dengar adalah merdeka dari belenggu hutang, merdeka dari duniawi, merdeka dari penindasan pihak atasan, merdeka dari kesusahan dan merdeka dari kebiasaan.

Perjuangan untuk merdeka dari apa perkara sekali pun memang memerlukan kegigihan dan motivasi yang berterusan. Tanpa dua perkara ini, belum tentu dapat melepasi setiap cabaran yang bakal melintang di depan kita. Dan tanpa cabaran pula, kita takkan tahu sejauh mana kemampuan kita untuk terus berjuang untuk mencapai cita-cita.

Kemerdekaan Industri

Apa yang dimaksudkan dengan kemerdekaan industri ini? Dari segi teknikal, kita ada kebebasan untuk melaksanakan apapun impian kita sekiranya kita berkecimpung dalam sesuatu industri itu. Contohnya, industri reka bentuk di Malaysia mungkin tidak sehebat dan selama mana jika dibandingkan dengan negara lain atau benua lain. Namun, untuk kita reka cipta sesuatu yang unik pun tak susah juga.

Reka bentuk adalah antara industri yang subjektif, yang mana tiada salah atau betul dalam reka bentuk. Yang ada hanyalah standard. Standard ini menjadi tanda aras untuk kita berjaya, di peringkat kebangsaan ataupun di dunia. Standard inilah cabaran untuk kita terus maju dan membangun. Jika kita dahagakan lebih dari sekadar industri di Malaysia, tiada siapa yang menghalang untuk kita pergi lebih jauh.

Kemerdekaan Mereka Bentuk

Negara kita kaya dengan kepelbagaian. Jika kita luangkan masa untuk mengenalpasti dan menghuraikan satu persatu, pasti takkan ada masalah tiru meniru reka bentuk. Namun, masalah begini bukan sahaja berlaku di sini, malah berlaku di serata dunia. Mungkin di awal masa reka bentuk menyergah ke negara ini, ianya sangat terpalit dengan ciri-ciri budaya dan tradisi.

Setiap bangsa mempunyai reka bentuk tersendiri melalui fahaman masing-masing. Perekanya saling memahami dan menghormati antara satu sama lain. Ada juga budaya campuran yang menghasilkan reka bentuk yang lebih unik daripada yang lain. Malah, tiada siapa pula yang mengungkit asal usul reka bentuk campuran begini. Masing-masing reka, untuk tatapan semua.

Kemerdekaan Dari Kebiasaan

Sebagai seorang pereka yang sentiasa ingin memajukan diri, perjuangan untuk merdeka dari kebiasaan boleh menjadi cabaran yang positif. Positif?! Ya, jika ingin maju, takkan kita nak biarkan diri buat yang biasa-biasa je. Mesti sampai masa kita pun nak dikenali dengan idea luar biasa, betul tak?

Jadi, sebagai seorang pereka yang membantu usahawan membangunkan jenama mereka, cuba syorkan reka bentuk yang lain daripada yang lain. Sesuatu yang luar biasa, luar kotak fikirannya. Kalau kita ada sebab yang kuat mengapa reka bentuknya begitu, dan kita boleh yakinkan usahawan untuk turut menerimanya, kan untung tu? Reka bentuk dari Malaysia di produk usahawan Malaysia, tapi mungkin di pasaran antarabangsa.

Maka itulah perjuangan bagi seorang pereka yang ingin memerdekakan diri daripada takuk lama. Cabaran tetap ada tetapi yang pastinya untuk memajukan diri, prestasi usahawan Malaysia serta industri reka bentuk ini.

Reka Bentuk Memerdekaan Minda

Melalui reka bentuk yang membuka minda, sesiapa pun akan mula berfikir dengan perspektif yang berbeza. Secara tidak langsung, reka bentuk juga mempengaruhi pemikiran masyarakat. Maka itu yang dinamakan reka bentuk efektif. Di DDEC, kami berusaha bersama-sama dengan usahawan untuk menghasilkan reka bentuk jenama dan pembungkusan produk yang bukan sahaja efektif, tetapi juga menjiwai Malaysia agar Malaysia mudah dikenali di serata dunia. Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang kami tawarkan, Whatsapp kami di 019-222 3300 atau layari www.ddec.my/perkhidmatan. Anda juga boleh ikuti kami di laman media sosial Facebook, Instagram dan saluran YouTube, ddecmalaysia.

Share with:
VIEW
CLOSE