Selamat Datang
loading...

Usahawan Malaysia Kebanggaan Kita

Dalam setiap usaha yang kita lakukan hari demi hari, kita meletakkan fokus kepada satu objektif peribadi. Namun, selagi kita berusaha dalam rangkaian bekalan negara kita, tiada usaha yang tidak memberikan impak kepada rangkaian usahawan Malaysia. Walaupun tampak usahanya kecil, kita seharusnya berganding bahu berusaha agar usahawan Malaysia menjadi kebanggaan negara kita dalam pelbagai aspek supaya produk, jenama dan nama negara harum di mana sahaja.

Negara kita kaya dengan pelbagai bangsa, budaya dan warisan. Dari kekayaan inilah pelbagai jenis keusahawanan boleh diusahakan untuk menjadi usahawan Malaysia yang berjaya. Antaranya produk makanan, fesyen, pelancongan, supplemen kesihatan tradisi, kecantikan dan banyak lagi.

Olahan Idea Lama

Setiap pengusaha sedia maklum untuk dikenali dan bertahan lama dalam pasaran, seorang pengusaha harus sentiasa kreatif dan berfikiran kritikal. Kritikal bermaksud benar-benar meneliti segala peluang yang ditawarkan kerana terkadang ada yang hanya janji manis. Kreatif pula bermaksud terbuka untuk mengolah idea perniagaan sedia ada supaya lebih relevan dengan kehendak pasaran masa kini.

Sekiranya idea lama perniagaan masih boleh diterima oleh pasaran, maka pastikan ilmu pemasaran dan teknologi membantu mengukuhkan perniagaan supaya dapat kekal di pasaran berlegasi lamanya. Antara ilmu pemasaran yang patut setiap usahawan Malaysia ada ialah pemasaran digital atau atas talian. Ilmu ini mungkin menggentarkan bagi pengusaha generasi terdahulu, tetapi generasi Y dan seterusnya akan tetap menjadi pelanggan digital setia. Ini sahaja cara untuk menembusi sektor pasaran ini dan menarik minat mereka.

Peluang Usahawan Malaysia

Dek lambakan kilang pengusaha pelbagai produk tempatan yang berkualiti, setiap orang berpeluang untuk menjadi seorang usahawan Malaysia kebanggaan negara kita. Bagaimana? Kami cadangkan beberapa perkara berikut:

  •  Mulakan dengan menghasilkan produk tersendiri daripada resepi keluarga atau legasi.
  • Menjual produk orang lain dahulu demi memahami selok belok pengurusan perniagaan. Sebagai ejen atau dropshipper.
  • Jika mempunyai modal besar, boleh terus wujudkan kilang penghasilan produk atau usahakan kawasan pelancongan yang terbaharu di kawasan tertentu. 
  • Jadi pembekal produk tertentu seperti pembekal sabun organik, keperluan hidangan di meja seperti kain alas meja, pinggan mangkuk, dan sebagainya kepada pengusaha pelancongan tempatan yang ingin menampilkan keistimewaan kraf tempatan.
  • Berbincang dengan pengusaha kilang yang turut menghasilkan produk OEM, dan letakkan jenama masing-masing pada pilihan produk tertentu.
  • Ada juga pengusaha kilang yang boleh menghasilkan produk mengikut spesifikasi anda, supaya anda mendapat hasil produk yang unik untuk pasaran tertentu. 

Walaupun setiap pengusaha berimpian untuk mengembangkan perniagaan, namun yakinlah, dalam rangkaian bekalan yang besar, akan ada peluang untuk sesiapa sahaja meraih sedikit daripada pasaran tersebut.

Reka Bentuk dan Promosi

Bagi mempromosikan apa-apa perniagaan usahawan Malaysia, reka bentuk promosi memainkan peranan yang amat penting. Reka bentuk promosi bermula dengan jenama. Jenama yang dimaksudkan terbahagi kepada dua.

Jenama Syarikat

Setiap syarikat yang ditubuhkan dan didaftarkan harus ada jenama. Nama syarikat yang didaftarkan dan nama jenama boleh sama atau pun berlainan. Selalunya jenama syarikat lebih bersifat komersial dan mempunyai logo seiring jenama yang digunakan sebagai pengenalpastian syarikat.

Jenama Produk

Ramai yang keliru dengan jenama atau logo untuk produk. Sebaiknya bagi rangkaian produk tertentu, usahawan perlu wujudkan nama jenama dan logo bersesuaian dengan produk. Kami perjelaskan dengan senario di bawah:

En Azhan, pengusaha kelengkapan tekstil dapur seperti apron, sarung tangan ketuhar, alas periuk, alas batu lesung berasaskan kraf Malaysia. Beliau mendaftarkan syarikat dengan nama Selesa Dapur Sdn Bhd. Syarikat ini menggunakan logo berbentuk huruf SD. Namun, rangkaian produknya menggunakan logo WiK-Wear in Kitchen.

Walaupun pada dasarnya logo syarikat cukup sinonim dengan produk yang dijual, namun En Azhan tetap menggunakan logo lain untuk rangkaian produk tekstil dapur bagi membezakan syarikat dan produknya. Ini akan memudahkan En Azhan untuk menghasilkan rangkaian produk berkaitan yang masih dibawah payung kelengkapan dapur mengikut nama syarikatnya yang membekalkan kelengkapan tekstil dapur.

Reka bentuk promosi seterusnya adalah pembungkusan produk. Pembungkusan produk boleh mempunyai lebih banyak maklumat seperti jenis dan kandungan produk, nutrisi (jika produk makanan, minuman atau kesihatan), pensijilan, harga, bar kod jualan, tarikh luput, berat jualan, penceritaan produk, syarikat empunya dan saluran media sosial produk mahupun syarikat. Kesemua maklumat ini adalah wajib dan menjadi standard pada pembungkusan agar mudah untuk pengguna.

Reka bentuk promosi yang lain adalah berbentuk iklan gegantung, papan iklan, templat media sosial dan risalah syarikat atau produk berkaitan. Ada juga usahawan Malaysia yang menghasilkan video korporat serta video promosi untuk ditayangkan di laman web masing-masing.

Pembangunan dan Kejayaan Usahawan Malaysia

Usahawan Malaysia banyak yang mengakui antara cabaran yang dihadapi adalah kekangan kewangan samada modal sendiri atau dana pembangunan daripada pelabur. Namun, dana semata tidak mencukupi, kerana dunia perniagaan sentiasa memerlukan ilmu berterusan agar dapat kekal dalam pasaran.

Oleh itu, demi membangunkan setiap sektor usahawan Malaysia daripada mikro, kecil dan sederhana, setiap agensi di Malaysia harus peka dengan keperluan usahawan dan pemantauan pembangunan mereka harus diberi perhatian supaya jenama tempatan juga mendapat pengiktirafan di pasaran antarabangsa.

DDEC Pilihan Usahawan Malaysia

Dengan lambakan agensi reka bentuk di pasaran tempatan, usahawan harus bijak untuk mengenal pasti agensi reka bentuk yang benar-benar kenal dan faham keperluan usahawan tempatan agar rupa paras produk tempatan setaraf dengan jenama antarabangsa. Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan kami, Whatsapp kami di 019-222 3300 atau layari www.ddec.my. Kami juga berkongsi pelbagai maklumat melalui saluran media sosial di Facebook, Instagram dan YouTube melalui ddecmalaysia.
Share with:
VIEW
CLOSE