Selamat Datang
loading...

Reka Bentuk Gempak Tak Perlu Copywriting?

Reka bentuk dan penulisan adalah kombinasi yang penting. Ia membentuk penceritaan dalam menyampaikan mesej kepada umum dan sasaran pengguna.

Cerita pasal reka bentuk ini, ramai yang semakin sedar yang ia memainkan peranan penting sebagai pemangkin kepada perubahan. Namun selama ini, kita mungkin lebih tertarik pada reka bentuk grafik yang selalu mencuri pandangan dan perhatian terlebih dahulu kerana ia mudah ditangkap mata. Reka bentuk grafik selalunya berbentuk visual. Ia menjadi tarikan pertama yang dapat dilihat yang membuatkan otak terus memproses menarik atau tidak sesuatu produk.
Cuba lihat pula di keliling anda. Pasti ada pelbagai reka bentuk grafik yang berlumba-lumba nak menarik perhatian kan? Tapi yang mana satu yang akhirnya menangkap perhatian? Pasti ada, bukan? Namun tahu tak selain reka bentuk grafik, ada yang sama penting dalam memberi nilai tambah pada sesuatu reka bentuk grafik tersebut. Setidaknya, reka bentuk grafik tersebut mesti ada pemberitahuan mengenai produk atau promosi atau label nama. Semua jenis maklumat yang ada pada reka bentuk grafik tersebut kita sebut sebagai copywriting. Bunyi sebutannya, qo-pi. Ini yang kita nak cerita hari ini.
blog-rekabentuk-gempak-tak-perlu-copywriting-001

SEJARAH PENULISAN COPY

Asal usul copywriting ini adalah untuk memberitahu pengguna mengenai produk. Bila masa berlalu sudah makin banyak pula lambakan maklumat begini, maka copywriters perlu ubah strategi. Copywriting tentang maklumat produk kini berubah kepada bagaimana menarik perhatian pengguna dengan menggunakan kata kunci yang tepat. Ini memerlukan penelitian penggunaan produk sehingga ke lubang cacing. Maksudnya, penggunaan produk itu sesuai sehingga ke tahap maksimum tetapi munasabah.

COPYWRITER PENGGUNA PERTAMA

Selalunya apabila tiba tugas untuk mempromosikan atau menghasilkan reka bentuk grafik pada pembungkusan produk, copywriter akan diminta hasilkan copy yang menarik perhatian. Jika diberi kebebasan, boleh “ke langit” copywriting produk. Tetapi, jika betul-betul nak menarik perhatian pengguna, kata-kata atau penulisan yang tertera harus memainkan peranan bagi menggambarkan pengalaman menggunakan produk. Kebanyakan copywriter perlu menjadi pengguna pertama sesuatu produk sebelum menulis semula pengalaman mereka menggunakan produk tersebut.
Tapi menulis pengalaman bukan seperti sekadar karangan testimonial, “Pengalaman saya guna produk adalah….”. Copywriter perlu meringkaskan karangan tersebut sampailah mencapai had kata-kata yang ditetapkan. Paling banyak had kata-kata boleh jadi hanya 5 patah perkataan. Daripada 5 patah perkataan itu, ada pula yang berikan pilihan kombinasi perkataan berlainan untuk menggambarkan pengalaman yang hampir sama. Bila ada pilihan, barulah klien boleh menyesuaikan visi produk mereka dengan pengalaman penggunaan produk. Ini yang kita panggil Copywriter atau penulis kreatif. Tugas Copywriter ni tak sama macam translator atau penulis novel, tahu?

ALAH, KACANG SAJA AYAT PENDEK NI!

Kalau diikutkan proses itu nampak mudah nak hasilkan ayat pendek yang menjelaskan kebaikan produk. Tapi jangan ingat semua produk yang diserahkan ada keunikan tersendiri. Copywriter yang berpengalaman dalam menghasilkan copywriting yang berkesan, akan setuju bahawa nak sampai ke tahap minimalisma tersebut memakan masa. Selain menjadi seorang yang “naturally gifted” dalam penulisan kreatif, pengalaman serta mendapat briefing yang tepat juga sangat penting.
Pengguna hanya nampak hasil sahaja iaitu pada pembungkusan produk. Tapi nak dapatkan hasil itu memakan masa bagi banyak pihak; daripada klien, kepada creative director, kepada pereka, kepada copywriter hingga balik semula kepada klien. Kadang-kadang ada klien yang melibatkan kumpulan sasaran pasaran untuk mendapatkan maklumbalas agar produk yang dipasarkan dapat sampai ke sasaran pengguna dengan lebih tepat.
Maklum balas begini tak semestinya sesuai untuk semua jenis produk. Ada yang perlu, ada yang tidak. Terpulang kepada anda sebagai usahawan untuk menilai keberkesanan maklumbalas kumpulan pengguna pasaran. Yang pasti, copywriting memainkan peranan dalam memberi kesan kepada sasaran pengguna.
blog-rekabentuk-gempak-tak-perlu-copywriting-003

PANJANG ATAU PENDEK

Penceritaan atau penulisan yang berganding dengan reka bentuk grafik ada kalanya panjang, tetapi boleh jadi juga pendek. Panjang atau pendek, bergantung kepada penggunaan copywriting tersebut. Amalan yang biasa dilakukan adalah, copywriter akan menerima arahan lengkap bersama segala maklumat produk.
Seterusnya copywriter akan mendapatkan lebih banyak maklumat daripada pesaing, industri dan sasaran pasaran untuk memahami produk secara holistik. Jika produk tersebut mempunyai analisa pasaran, ia boleh juga menjadi rujukan kepada copywriter dalam mendapatkan maklumat tambahan.
Copywriting yang panjang lebih menjurus kepada penceritaan yang berkaitan dengan produk dan penggunaan semasa atau isu semasa. Penceritaan ini sering dimulakan dengan tajuk yang menarik perhatian umum, untuk menarik minat pembaca meneruskan pembacaan.
Copywriting yang pendek seringkali akan menjadi slogan atau tagline kepada jenama. Ia boleh menjadi penjelasan ringkas tentang sesuatu produk. Selain itu boleh juga dikaitkan dengan pengalaman, emosi, atau dikaitkan dengan isu semasa yang tular.

PUSAT REKA BENTUK SEHENTI LENGKAP

Sebagai sebuah pusat reka bentuk sehenti yang lengkap, DDEC turut menawarkan perkhidmatan copywriting. Copywriting adalah sebahagian daripada reka bentuk. Tanpa copywriting, reka bentuk yang gempak mungkin hanya boleh terkesan kepada pengguna untuk beberapa saat sahaja. Tetapi yang membawa kepada keputusan pengguna untuk membeli, copywriting adalah gandingan yang melengkapkan rekaan grafik tersebut. Maka copywriting masih penting untuk meningkatkan keberkesanan reka bentuk grafik seterusnya membawa kepada keputusan pembelian. Nak DDEC bantu anda buat copywriting power dan reka bentuk grafik yang gempak? Hubungi kami sekarang di whatsapp 017-6804679 atau layari website kami di www.ddec.my untuk maklumat lanjut. Jangan lupa follow, like dan share Facebook dan Instagram ddecmalaysia untuk mengetahui tentang aktiviti kami.

Berminat Untuk Mendapatkan Perkhidmatan DDEC?

Share with:

No Comments

Leave A Comment

VIEW
CLOSE