Selamat Datang
loading...

Siapa yang tidak tertarik kepada yang cantik, menarik dan kreatif? Lebih-lebih lagi reka bentuk grafik yang ringkas tetapi mempunyai fungsi khusus dalam menyampaikan maklumat. Reka bentuk grafik yang efektif mempunyai fungsi yang khusus. Maka penghasilan reka bentuk grafik bukan semata-mata atas dasar cantik.

Tahukah anda, reka bentuk grafik bukan sekadar terhad pada rekaan logo atau pembungkusan sahaja? Ia lebih dari itu.Perkhidmatan reka bentuk grafik di DDEC boleh membantu perniagaan anda dalam pelbagai aspek. Dari pemasaran dan pengiklanan baik digital atau bercetak sehingga ke reka bentuk penerbitan yang melibatkan katalog produk atau laporan tahunan syarikat. Reka bentuk grafik yang terdapat di DDEC tidak hanya tertakluk untuk keperluan syarikat. Sekiranya anda mempunyai kempen yang memerlukan komunikasi efektif juga boleh menggunakan reka bentuk grafik yang kreatif.

Pemasaran & Pengiklanan

Setiap syarikat yang mempunyai produk perlu menjualnya dengan cara yang berkesan dan bersesuaian dengan jenamanya. Maka, pemasaran dan pengiklanannya mungkin memerlukan komponen spesifik atau gabungan beberapa komponen bagi mencapai matlamat pemasaran. Antara hasil komponen reka bentuk grafik yang DDEC boleh realisasikan adalah iklan majalan & akhbar, poster & risalah, infografik & ikon, tanda arah & pameran perdagangan, templat pemasaran emel, templat penyampaian Powerpoint, menu restoran, grafik untuk media sosial dan imej untuk laman web & blog. Penyampaian maklumat secara kreatif juga boleh disampaikan melalui pengiklanan luar iaitu mural dinding dan bahan promosi acara.

Rekaan Pembungkusan Produk

Usahawan di pelbagai fasa juga memperoleh rekaan pembungkusan produk yang menarik. Setiap satunya akan dilengkapi dengan standard yang diperlukan untuk berada di pasaran. Dari reka bentuk stiker label sehingga kepada pembungkusan kotak, pereka kreatif di DDEC boleh mereka ikut kehendak anda dan pasaran.

Reka Bentuk Antara Muka Pengguna

Apabila kita menggunakan perkhidmatan secara digital, adakalanya muka digital tersebut lengkap dengan maklumat namun tidak mesra pengguna. Keadaan ini boleh membuatkan pengguna hilang minat dan mencari maklumat di laman digital lain. DDEC boleh membantu mengemaskan reka bentuk antara muka pengguna bagi aplikasi digital agar lebih mesra pengguna, menarik serta menepati kehendak. Antara perkhidmatan DDEC dalam mereka bentuk antara muka pengguna (user interface) ialah laman sesawang, aplikasi mobile dan e-dagang.

Reka Bentuk Penerbitan

Walaupun dalam dunia digital, maklumat terperinci dalam susun atur pembacaan masih lagi dihargai. Sebagai contoh, syarikat masih perlu menyediakan laporan tahunan untuk diedarkan kepada pemegang taruh (stakeholders) dalam bentuk yang menarik dan mudah difahami atau sebagai pengusaha pelbagai produk, masih ada pelanggan yang mahu melihat katalog produk untuk menilai syarikat dan produk secara keseluruhan. DDEC juga boleh mereka bentuk susun atur buku dan surat berita (newsletter) yang konsisten dengan jenama syarikat.

Penulisan Kreatif

Reka bentuk grafik yang menarik hanya akan lengkap jika ada penceritaan dan maklumat yang boleh dibaca. Penulisan kreatif adalah asas kepada komunikasi dengan pelanggan dengan membangkit emosi serta rasa ingin tahu lebih lanjut. Namun, setiap penulisan haruslah diseimbangkan dengan reka susun atur. DDEC menawarkan penulisan kreatif untuk artikel, laman web dan media sosial.

Dapatkan Grafik Menarik Dari DDEC

Penghasilan reka bentuk grafik mengikut kehendak pelanggan dan keperluan pasaran haruslah seimbang. Namun, setiap satunya perlu menonjol dengan cara yang konsisten dengan jenama. Barulah pelanggan dan pengguna lebih tertarik terhadap produk atau tawaran daripada syarikat anda. Hubungi kami di 017-6804679 atau email kami info@ddec.my.

Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC) adalah pusat sehenti reka bentuk yang ditubuhkan untuk membantu usahawan Malaysia dalam membangunkan jenama mereka untuk pasaran Malaysia dan meningkatkan potensi mereka untuk pasaran global. DDEC ialah sebuah anak syarikat milik penuh MARA di bawah naungan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Berminat Untuk Mendapatkan Perkhidmatan DDEC?

Share with:

No Comments

Leave A Comment

VIEW
CLOSE