Selamat Datang
loading...

Dalam era digital sekarang, maklumat berlalu dengan pantas. Atas sebab inilah ramai usahawan dan syarikat lebih berminat untuk menyampaikan maklumat melalui format digital. Antara kelebihannya adalah format digital lebih mudah untuk dirujuk pada bila-bila masa dan di mana jua asalkan mempunyai akses internet dan gajet mudah alih seperti telefon pintar dan juga laptop. Jika melihat kepada trend semasa juga, pengguna kini dilihat lebih banyak menghabiskan masa menggunakan telefon dan gajet mudah alih yang mana segala maklumat dapat dicapai dengan cepat dan mudah.

Maka sebagai syarikat atau usahawan, medium digital perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk membina kepercayaan pelanggan. Maklumat dalam reka bentuk digital juga mudah dikongsi sesama rakan kerana hampir semua mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun media sosial atau penghantaran mesej.

Pembangunan Laman Web

Pengguna yang banyak menghabiskan masa dalam dunia digital akan berpendapat sesebuah syarikat juga perlu mempunyai laman web untuk memudahkan mereka mendapatkan maklumat lanjut. Namun, kebanyakan syarikat mempunyai laman web tetapi tidak semua mesra pengguna. Tanpa strategi dan hala tuju yang jelas, pengguna akan berasa tidak mendapat maklumat seperti yang mereka harapkan. Dan ini akan menyebabkan mereka menutup laman web tersebut dan beralih meneruskan pencarian kepada pesaing syarikat. Sebagai syarikat atau usahawan, inilah kebimbangan yang dihadapi kerana mereka berpotensi untuk kehilangan pelanggan.

Jadi, apa kata mulakan dengan membangunkan laman web yang mesra pengguna. Mesra pengguna juga mengambil kira medium paling kerap yang digunakan oleh pengguna umum, seperti mencari maklumat menggunakan telefon. Maka, laman web syarikat atau produk haruslah sesuai dengan keperluan pengguna. Selain itu, ia merupakan bonus kepada syarikat sekiranya dapat menarik perhatian pengguna untuk melayari laman web melebihi daripada 15 saat. 

Pembangunan laman web yang ditawarkan di DDEC adalah berbentuk korporat, penjenamaan peribadi, e-dagang dan pemasaran. Sekiranya anda memilih untuk menggabungkan pembangunan laman web korporat, pemasaran dan e-dagang, anda perlu tahu yang setiap satu jenis laman web mempunyai sasaran pengguna yang berlainan.

Video Montaj

Pemahaman maklumat dalam format digital juga boleh diperolehi dalam bentuk video. Pengguna lebih menghargai dan meminati maklumat yang disampaikan dalam bentuk hiburan. Montaj video dalam web dan bentuk iklan merupakan pilihan ramai usahawan untuk berkongsi maklumat yang banyak dalam bentuk yang tersusun dan teratur.

Di DDEC, kami mempunyai pakar penyusunan dan pengubah maklumat ke bentuk montaj yang bersesuaian dengan keperluan pelanggan. Dari lambakan maklumat yg diberikan oleh anda, pasukan kreatif kami akan menyusun, mengekstrak serta membentuk storyboard agar penerangan maklumat jelas dan seperti yang dikehendaki oleh anda. Samada untuk jangka masa pendek atau panjang, setiap video montaj akan direka agar dapat digunakan secara lestari.

Play Video
Play Video

DDEC Utamakan Reka Bentuk Digital Untuk Kelestarian

Bagi sesebuah syarikat untuk berdaya saing di pasaran tempatan mahupun antarabangsa, anda perlu mengutamakan medium digital sebagai medium komunikasi maklumat dan pemasaran. Pendigitalan bukan sahaja semata-mata untuk mencapai sasaran pengguna yang lebih meluas, reka bentuk digital boleh memikat pengguna untuk melayari laman web dan malah menjadi pelanggan yang setia. Untuk maklumat lanjut, layari www.ddec.my dan hubungi kami melalui Whatsapp di +6017 680 4679.

Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC) adalah pusat sehenti reka bentuk yang ditubuhkan untuk membantu usahawan Malaysia dalam membangunkan jenama mereka untuk pasaran Malaysia dan meningkatkan potensi mereka untuk pasaran global. DDEC ialah sebuah anak syarikat milik penuh MARA di bawah naungan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Berminat Untuk Mendapatkan Perkhidmatan DDEC?

Share with:

No Comments

Leave A Comment

VIEW
CLOSE