Selamat Datang
loading...

Ruang Jualan Yang Unik, Menarik Pandangan Ramai

Pernah tak anda masuk ke sebuah premis perniagaan atas sebab ia mempunyai reka bentuk yang menarik? Mestilah pernah kan. Semuanya bergantung kepada rekaan dalaman kedai. Malah peragaan tingkap kedai juga memainkan peranan untuk menawan pejalan kaki dari jauh dan dekat.

Bagi syarikat yang mempunyai bajet yang besar, kebarangkalian untuk melabur ke dalam reka bentuk dalaman kedai adalah tinggi. Ini kerana setiap fasa ruang jualan dari muka depan kedai sehingga ke tempat membayar, direka khusus untuk mempengaruhi pelanggan yang masuk ke premis tersebut. Reka bentuk dalaman untuk sektor peruncitan banyak berkaitan dengan psikologi pelanggan untuk mempengaruhi keputusan pembelian.

Kiosk Jualan (Tetap atau Mudah Alih)

Kiosk jualan merupakan ruang jualan bersaiz kecil dan lebih mudah untuk diselenggara oleh orang perseorangan. Terdapat dua jenis kiosk jualan yang ditawarkan oleh DDEC. Kiosk jualan tetap bersifat tetap di satu lokasi dalam persekitaran di mana ramai pejalan kaki melintasinya. Kiosk jualan mudah alih pula adalah kiosk yang boleh diubah dari satu lokasi ke lokasi yang lain, dengan mempunyai roda agar memudahkan peralihan lokasi.

Usahawan PKS dan mikro yang berminat untuk memiliki premis perniagaan sendiri boleh bermula dengan kiosk jualan dengan lokasi pilihan. Kiosk jualan biasanya boleh direka mengikut kehendak usahawan samaada bersifat kafe, jualan produk sedia digunakan atau menawarkan perkhidmatan ringkas. Di DDEC, kami menawarkan pilihan templat reka atau rekaan kiosk yang ditempah khusus. Sekiranya usahawan mempunyai kiosk jualan dan mahu menaiktaraf reka bentuk atau menukar ciri utama kiosk tersebut, DDEC boleh membantu dengan mereka bentuk yang searus dengan peredaran zaman.

Kedai atau Premis Jualan

Bagi usahawan yang mempunyai ruang kedai atau premis tersendiri, sudah tentu inginkan jenama perkhidmatan atau produk meliputi ruang tersebut. Walaupun begitu, pakar reka bentuk dalaman DDEC akan memberikan khidmat nasihat agar ruang kedai dioptimakan sebaik mungkin agar menarik perhatian pelanggan. Perhatian pelanggan bagi premis jualan bukan sekadar selesa di mata, malah keselesaan ruang adalah ciri penting bagi usahawan dan pelanggan untuk mengendalikan promosi dan penjualan produk atau perkhidmatan. Jika usahawan berminat dan mempunyai ruang muka depan, DDEC juga boleh membantu mereka peragaan tingkap yang boleh menarik perhatian pejalan kaki.

DDEC juga akan menawarkan khidmat lengkap untuk mengubahsuai premis kedai dari konsep ke pelan lantai ke skala contoh bagi memudahkan usahawan mendapat gambaran yang jelas. Bagi melengkapkan reka bentuk premis, DDEC juga menawarkan perkhidmatan reka bentuk perabot kedai mengikut tema yang dikehendaki.

Ruang Pejabat

Bagi setiap syarikat, mempunyai ruang pejabat yang tetap adalah kewajipan mengikut akta syarikat di Malaysia. Namun, ruang pejabat yang menarik akan menjadi ingatan bagi pelanggan kepada syarikat tersebut. Tujuan utama kebanyakan syarikat mengubahsuai ruang pejabat adalah untuk meningkatkan tanggapan pertama pelawat atau pelanggan, mengoptimumkan ruang kerja demi keselesaan pekerja dan menetapkan prinsip jenama syarikat secara korporat. DDEC menawarkan beberapa fasa reka bentuk mengikut kesesuaian bajet usahawan agar usahawan mendapat manfaat reka bentuk yang terbaik demi penambahbaikan perniagaan masing-masing.

DDEC Mereka Untuk Tarikan Pelanggan

Setiap perniagaan memerlukan ruang untuk menjual produk atau perkhidmatan. Sekiranya jualan secara atas talian, maka kekuatan reka bentuk bergantung kepada produk itu sendiri dan penggunaan digital mesra pengguna. Namun jika melibatkan premis jualan, pemilik perniagaan akan mengimpikan kedai yang menarik dan mudah diuruskan, walaupun saiznya berbeza-beza. Malah pemilik premis juga perlu utamakan ergonomik dan keselesaan pelanggan yang membeli daripada premis tersebut. DDEC boleh membantu memenuhi keperluan pemilik premis dan menarik pelanggan melalui reka bentuk yang praktikal dan efektif. Untuk maklumat lanjut, layari www.ddec.my dan hubungi kami melalui Whatsapp di +6019-222 3300.

Berminat Untuk Mendapatkan Perkhidmatan DDEC?

Share with:

No Comments

Leave A Comment

VIEW
CLOSE