Selamat Datang
loading...

SME PUTRA – Transformasi Produk Usahawan Malaysia

Sebagai pusat pembangunan reka bentuk sehenti di Malaysia yang dikenali dalam kalangan usahawan kecil dan sederhana Malaysia, DDEC diberi kepercayaan untuk menjalankan mandatnya dalam membantu usahawan terpilih dalam program SME PUTRA Transformasi Usahawan.
Program ini bertujuan membantu usahawan dengan produk pilihan masing-masing untuk mendapatkan khidmat reka bentuk pembungkusan yang menepati standard pasaran serta mengikut trend yang turut mengambil kira citarasa daripada usahawan jua. DDEC telah pun melaksanakan program ini dengan jayanya bersama 12 usahawan terpilih.
Ada di antara usahawan ini menambahbaik pembungkusan produk sedia ada, menghasilkan reka bentuk pembungkusan untuk produk baharu dan ada juga yang memerlukan rupa baharu pembungkusan produk demi menembusi pasaran yang dikehendaki.

Pelbagai Jenis Produk

Produk yang menyertai program ini terdiri daripada pelbagai jenis produk, namun semuanya adalah berasaskan makanan dan minuman. Ada produk yang sedia dimakan, produk bahan mentah yang telah diproses dan produk minuman sedia diminum.
Dengan kepelbagaian produk serta sektor pasaran untuk setiap produk, pihak DDEC berdepan dengan cabaran untuk menghasilkan reka bentuk pembungkusan yang menepati citarasa pengguna mahupun usahawan.

Reka Bentuk Baharu

Bagi segmen ini, terdapat usahawan yang memilih untuk menghasilkan produk baharu. Ini secara tidak langsung memberikan peluang bagi DDEC untuk merekakan reka bentuk pembungkusan yang baharu serta lain daripada keluaran produk lain daripada usahawan ini.
Produk Minuman Strawberi Camberry’s ini adalah rangkaian produk baharu daripada SH Agro. Logo jenama Camberry’s juga dicadangkan oleh pihak DDEC bagi melengkapkan rupa pembungkusan produk ini. Rekaan akhir produk ini dipersetujui kerana melambangkan minuman perisa strawberi yang lazat dihasilkan daripada buah strawberi Cameron Highlands.
Bagi usahawan minyak sayuran seperti CG Energy Resources, mereka bakal menembusi sektor pasaran yang lebih besar. Oleh itu mereka memerlukan reka bentuk label produk yang sesuai.
Jenama Vite dan logo produk serta reka bentuk label dihasilkan oleh DDEC untuk memberikan produk ini keseragaman dalam pasaran minyak masak sayuran. Namun, nama dan jenama produk yang dicadangkan dan diterimapakai pula menampakkan kebolehpasaran produk di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Tambah Baik Rekaan

Bagi produk-produk yang menerima sentuhan tambah baik rekaan di atas permintaan usahawan, DDEC menghasilkan reka bentuk label dan pembungkusan yang sesuai dengan trend reka bentuk terkini.

Produk Patin Tempoyak segera keluaran JamanTory ini dikenali ramai dalam kalangan peminat hidangan ini. Demi memudahkan peminat dan penggunanya, DDEC mengesyorkan agar produk dibungkus ke dalam pouch supaya berzip-lock agar mudah untuk pengguna menikmatinya dan membawanya ke mana-mana. Rekaan pada pembungkusan masih dikekalkan agar peminat masih mudah mengenali produk ini.

Produk madu ini juga ditambahbaik dengan rekaan yang lebih kemas dan lain daripada rekaan pembungkusan produk madu yang berada di pasaran.
Oleh kerana kebanyakan produk madu memaparkan sarang madu lebah sebagai latar untuk pengenalpastian produk, sentuhan tambahbaik oleh DDEC mengemaskan rekaan dengan menggunakan warna asas madu iaitu kuning dan variasinya sebagai pengenalpastian produk. Produk masih mempunyai gambaran yang jelas untuk memudahkan pengguna mengingati produk madu ini.
Untuk melihat lebih banyak lagi transformasi produk yang terlibat dengan program ini, boleh melihat dengan lebih lanjut di sini.

DDEC Membantu Usahawan Dan Produk Dengan Rekaan Menarik

Tak kira usahawan dengan produk baharu di pasaran mahupun yang telah lama bertapak, DDEC boleh membantu menambahbaik atau menghasilkan reka bentuk pembungkusan yang sesuai dengan kehendak usahawan, keperluan pengguna serta pasaran. Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan kreatif DDEC, layari www.ddec.my/perkhidmatan. Ikuti kami di media sosial ddecmalaysia di Facebook, Instagram dan YouTube.
Share this article:

Berminat Untuk Mendapatkan Perkhidmatan DDEC?

Share with:
VIEW
CLOSE