Selamat Datang
loading...
Menjawap segala persoalan

Soalan Lazim DDEC

DDEC adalah anak syarikat milik penuh MARA yang ditubuhkan untuk membantu usahawan Malaysia memperkukuhkan imej syarikat dan penjenamaan melalui pelbagai solusi kreatif.

Profil pelanggan kami terdiri daripada usahawan Mikro, IKS dan syarikat multinasional.

Harga servis reka bentuk kami adalah tetap namun bersifat dinamik terhadap masa. Bermula serendah RM300 sejam, harga ini tertakluk kepada keperluan jangkamasa kerja sepanjang tempoh keseluruhan projek. Namun, kami percaya bahawa tanda harga bukanlah matlamat utama pelanggan. Penjenamaan yang baik dinilai dari komunikasi yang lahir dari reka bentuk itu sendiri. Dan pereka grafik kami mahir tentangnya.

Sebagai usahawan, sekurang-kurangnya anda perlu tahu keperluan utama yang diperlukan untuk perniagaan anda. Daripada keperluan ini, pihak DDEC akan fahami dan tawarkan pakej penyelesaian kreatif yang sesuai dan selaras dengan kehendak anda.

Pakej yang ditawarkan adalah mesra pelanggan. DDEC menawarkan pakej yang bersesuaian berdasarkan kemampuan dan keperluan usahawan.

Ya, studio fotografi DDEC berpengkalan di Ibu Pejabat DDEC.

Sesi penggambaran akan mengikut timeline/jadual masa/garis masa yang ditetapkan di awal perbincangan projek.

SUDAH TENTU BOLEH! DDEC akan membantu menghasilkan jenama produk yang sesuai dengan produk usahawan. Setiap jenama akan dilengkapi dengan justifikasi dan penceritaan yang menepati produk usahawan.

Anda hanya perlu meninggalkan butiran anda di bahagian Hubungi Kami dan pihak kami akan menghubungi anda dalam masa terdekat!

Tidak. Buat masa ini kami tidak menyediakan perkhidmatan ini. Kami hanya menghasilkan laman blog sekiranya pihak tuan inginkannya.

Setiap perkhidmatan yang ditawarkan oleh DDEC mempunyai garis masa yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, garis masa ini bergantung kepada kedua-dua belah pihak bagi menjayakannya.

Ya. DDEC akan membantu menguruskan projek anda daripada mula sehingga ke akhir. Namun, kami akan tetap memberikan status kemas kini dari semasa ke semasa bagi memberikan anda gambaran keseluruhan projek anda.

Sekiranya pihak tuan telah menandatangani persetujuan di awal perbincangan, pihak tuan telah bersetuju untuk membayar harga pakej tersebut, sama ada pihak tuan menggunakan keseluruhan pakej atau tidak.

DDEC menyelami kekurangan produk/perkhidmatan pihak tuan dan selepas itu kami mencadangkan solusi terbaik buat anda. Disamping itu, perkhidmatan yang kami berikan adalah mengikut tren dan piawaian semasa.

YA! Kami antara salah satu agensi di Malaysia yang menerima geran sebagai pembayaran. Kami ingin semua lapisan pelanggan dapat menikmati perkhidatan kami dan mempunyai peluang berdaya saing dengan usahawan di luar sana.

TIDAK! Kami akan memberikan perkhidmatan yang saksama kepada semua pelanggan kami. Pelanggan kami berhak mendapatkan perkidmatan yang terbaik kerana anda bukan sahaja pelanggan kami malah sebahagian daripada rakan DDEC.

VIEW
CLOSE