Sebagai pusat pembangunan reka bentuk sehenti di Malaysia yang dikenali dalam kalangan usahawan kecil dan sederhana Malaysia, DDEC diberi kepercayaan untuk menjalankan mandatnya dalam membantu usahawan terpilih dalam program SME PUTRA Transformasi Usahawan.
Program ini bertujuan membantu usahawan dengan produk pilihan masing-masing untuk mendapatkan khidmat reka bentuk pembungkusan yang menepati standard pasaran serta mengikut trend yang turut mengambil kira citarasa daripada usahawan jua. DDEC telah pun melaksanakan program ini dengan jayanya bersama 12 usahawan terpilih.
Ada di antara usahawan ini menambahbaik pembungkusan produk sedia ada, menghasilkan reka bentuk pembungkusan untuk produk baharu dan ada juga yang memerlukan rupa baharu pembungkusan produk demi menembusi pasaran yang dikehendaki.