TERMA DAN SYARAT PENDAFTARAN

Vendor hendaklah terlebih dahulu membaca dan memahami terma dan syarat yang dinyatakan di bawah ini sebelum meneruskan pengisian borang pendaftaran.

1. Berdaftar dengan Suruhanajaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pejabat Pendaftar Pembangunan Koperasi, yang mana berkenaan.

2. Pendaftaran hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman Vendor Development Programe yang terdapat dalam laman web rasmi DDEC.

3. Pemohon hanya dibenarkan memohon tidak lebih dari dua (2) Bidang Utama dan tiga (3) Sub-Bidang untuk setiap bidang utama serta nyatakan secara khusus Aktiviti yang dipohon. Keutamaan Bidang yang dipohon MESTILAH berdasarkan perniagaan teras Syarikat (Core Business).

4. Setiap permohonan dikenakan Bayaran Pemprosesan sebanyak RM 150.00 (termasuk GST 0% dan tidak dikembalikan).

5. Dengan mengemukakan dokumen seperti yang dikehendaki, anda bersetuju bahawa Pusat Pembanguan Reka Bentuk Malaysia Sdn Bhd (DDEC) boleh mengumpul, mengguna dan menzahirkan data peribadi anda, seperti yang telah diberikan dalam sistem untuk tujuan pernilaian dan pengesahan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Pendaftaran sebagai Kontraktor

i) Mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) yang sah dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

ii) Mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang sah dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) ; dan

iii) Mempunyai Sijil Taraf Bumi (STB) yang sah dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) (sekiranya ada)

Pendaftaran sebagai Kontraktor Khas

i) Pendaftaran yang sah dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) ; dan

ii) Pendaftaran yang sah dengan mana-mana Agensi Kerajaan/Badan Profesional yang berkaitan.

Pendaftaran Sebagai Perunding

i) Pendaftaran yang sah dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) ; dan

ii) Pendaftaran yang sah dengan mana-mana Agensi Kerajaan/Badan Profesional yang berkaitan.

Pendaftaran Sebagai Pembekal

i) Pendaftaran yang sah dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) ; dan

ii) Pendaftaran yang sah dengan mana-mana Agensi Kerajaan/Badan Profesional yang berkaitan.

Pendaftaran Sebagai Peguamcara

i) Mempunyai rakan kongsi minimum dua (2) orang

ii) Mempunyai Perakuan Tahunan untuk Menjalankan Amalan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi dan yang dikeluarkan oleh Majlis Peguam Malaysia

iii) Mempunyai sekurang-kurangnya empat (4) tahun pengalaman dalam amalan guaman.

iv)Mempunyai insuran perlindungan professional (minima gantirugi berjumlah RM1.0 juta dalam agregat) ; dan

v) Tidak mewakili mana-mana pihak bagi menentang DDEC

Pendaftaran Sebagai Perkhidmatan Kawalan Keselamatan

i) Pendaftaran yang sah dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM)

ii) Pendaftaran yang sah dengan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN)

iii) Pendaftaran yang sah dengan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) ; dan

iv) Mempunyai insuran perlindungan professional (minima gantirugi berjumlah RM1.0 juta dalam agregat).

© , Malaysia Design Development Center (DDEC)