Selamat Datang
loading...

Video: Promo atau Korporat?

Video merupakan media komunikasi yang paling diminati ramai sekarang ini. Oleh itu, format video banyak menjadi pilihan bagi organisasi untuk menyampaikan maklumat.

Jika anda diberi pilihan untuk mempelajari sesuatu topik melalui pembelajaran melalui video, pembelajaran melalui buku atau bahan bacaan pelbagai atau pembelajaran melalui guru, mana satukah pilihan anda? Saya rasa anda akan memilih video. Betul tak?

Kebanyakan dari kita banyak menggunakan medium berskrin atau alam digital dan kita sentiasa dibebani dengan pelbagai perkara yang memerlukan perhatian kita. Jadi, jika kita nak selitkan sedikit masa untuk menguasai ilmu baharu, format video lah yang terbaik.

Format Ilmu Dan Maklumat

Berikut adalah sebab video menjadi pilihan utama dalam penyampaian maklumat.

  • Boleh memuatkan maklumat yang banyak
  • Penyampaian maklumat boleh ditayang dalam bentuk penceritaan
  • Penggunaan suara latar sebagai sokongan tambahan untuk menyampaikan maklumat penting
  • Penggunaan muzik latar sebagai penyedap kepada keseluruhan video
  • Memudahkan pemahaman maklumat tanpa perlu membayangkan bentuk rupa sesuatu
  • Pengguna boleh simpan, kongsikan dan mainkan semula bila-bila masa di peranti masing-masing
Video Sumber Maklumat Syarikat

Syarikat besar mahupun PKS kini lebih banyak menggunakan format video untuk menyampaikan maklumat dari syarikat masing-masing. Tetapi bagi yang baru nak menghasilkan video berkisarkan syarikat, mereka boleh bervisi tinggi sehingga segala maklumat nak dimasukkan dalam video tersebut.

Sebelum nak menghasilkan video, seseorang atau sepasukan patut menyenaraikan beberapa berikut:

  • Jenis Video: Vlog, Temuramah, Cara Gunakan, Promosi Produk atau Perkhidmatan, Korporat, Sejarah
  • Sasaran pengguna atau penonton
  • Tona penceritaan maklumat
  • Dengan atau tanpa suara latar

Seperkara lagi yang perlu diingatkan adalah, sekiranya video tersebut akan disiarkan di laman media sosial, pengguna digital hanya akan tertarik untuk melihat video sepenuhnya jika 3 saat pertama video tersebut dapat menarik perhatian penonton. Jadi, pastikan video yang terhasil mempunyai beberapa format yang disuaikan untuk peranti atau saluran tertentu.

Video Korporat

Kebanyakan syarikat inginkan video korporat untuk mewakili segala kisah mengenai mereka. Kandungan video korporat selalunya mempunyai maklumat mengenai syarikat secara keseluruhan. Ia boleh meliputi sejarah penubuhan syarikat, budaya korporat untuk menarik perhatian bakal-bakal pekerja untuk bekerja di syarikat tersebut atau boleh juga masukkan tanggungjawab sosial korporat yang dilaksanakan oleh syarikat.

Video korporat sebaiknya dibiarkan mengandungi maklumat mengenai jiwa syarikat itu, dan elakkan untuk menambah maklumat mempromosikan produk atau perkhidmatan syarikat terlalu banyak. Cukup sekadar mencerita apa produk yang ditawarkan dan untuk siapa produk-produk ini. Durasi video korporat selalunya tiga hingga lima minit.

Namun kini, banyak juga video korporat yang pendek sehingga menjadi beberapa siri. Teknik ini tak salah, malah memudahkan orang untuk berkongsi maklumat spesifik. Dari segi penjenamaan pula, video korporat akan banyak mengetengahkan imej korporat dan jiwa jenama syarikat supaya mudah terpahat di memori penonton.

Video Promosi

Haa…video promosi bagi syarikat boleh wujud sebagai video promosi umum iaitu mengandungi produk atau perkhidmatan syarikat dan kelebihan-kelebihan untuk pengguna. Video promosi selalunya lebih santai dan tidak terlalu formal seperti video korporat. Ada video yang hard-sell, ada yang soft-sell.

Yang hard-sell ini selalunya promosi terhad, yang mana ada durasi tertentu untuk mendapatkan produk tersebut dengan harga atau tawaran yang mengujakan. Manakala video promosi berbentuk soft-sell kini berlambak di saluran media digital. Sebab apa? Lumrah manusia tidak gemar dipaksa-paksa untuk membeli.

Maka, promosi soft-sell ini lebih menjurus kepada penceritaan mengenai produk dan bagaimana produk tersebut boleh menjadi sebahagian dalam kehidupan seharian kita. Orang kata, promosi soft-sell lebih kepada meningkatkan kesedaran pengguna mengenai kewujudan produk atau perkhidmatan. Bila dah beberapa kali menonton video promosi begini, pengguna akan lebih tertarik untuk membeli tanpa rasa terpaksa. Video promosi juga kadang-kadang berbentuk hiburan lawak, yang sengaja dibuat agar orang mudah ingat, dan ingin kongsikannya.

Hasilkan Video Anda Dengan DDEC

Sebagai pusat sehenti reka bentuk untuk usahawan Malaysia, DDEC turut menawarkan perkhidmatan videografi dan suntingan montaj. Untuk maklumat lanjut, Whatsapp kami di 019-222 3300 atau layari www.ddec.my/perkhidmatan. Anda juga boleh ikuti kami di saluran media sosial Facebook, Instagram dan YouTube, ddecmalaysia.

Share with:
VIEW
CLOSE