Selamat Datang
loading...

Kesilapan Mereka Logo – Ada 9 semuanya

Dengan lambakan pereka bentuk di pasaran sekarang, mana-mana usahawan Malaysia boleh saja memilih sesiapa pun untuk merekakan logo untuk perniagaan mereka. Tapi perlu diingatkan sebagai pereka yang mengaku mereka benar-benar kreatif dan efektif, anda perlu tahu proses dan hasil yang dinanti-nantikan oleh pelanggan anda, iaitu usahawan Malaysia tersebut. Oleh itu, sebagai seorang pereka, jangan lakukan 9 kesilapan mereka logo untuk pelanggan masing-masing, kelak tak berbaloi dengan usaha yang dilakukan.

Eh, mana tau ada 9 kesalahan? Ramai pakar industri kreatif sebulat suara dengan 9 kesilapan mereka logo ini yang sering dilakukan mana-mana pereka logo baik si junior atau si senior, lebih lagi kalau mereka ini melakukannya secara freelance. Yelah, usahawan yang baru nak masuk pasaran mungkin tak banyak bajet untuk dapatkan khidmat logo professional, maka freelancer lah yang menjadi sasaran mereka. Jom kita ambil tahu apa kesilapannya.

Kesilapan 001 – Tak buat kajian.

Kajian apa? Kajilah mengenai perniagaan tersebut, visi dan misi syarikat tersebut, produk yang dihasilkan, perspektif yang diinginkan oleh pemilik syarikat. Walaupun masa yang diberikan tersangat singkat (ini perkara biasa untuk freelancer), perlu biasakan dan mulakan dengan mengkaji sedikit sebanyak mengenai asal-usul dan intipati syarikat, barulah pelanggan puas hati. Peringatan untuk usahawan yang gunakan khidmat pereka freelancer, sediakan siap-siap keperluan seperti profail syarikat yang lengkap, senarai pesaing dan inspirasi rekaan logo, supaya mudah kerja si pereka ni.

Kesilapan 002 – Mengikut trend

Nak ikut-ikut trend ni tak molek benor kalau untuk rekaan logo. Logo bagi syarikat atau perniagaan selalunya boleh bertahan bertahun-tahun tanpa nampak lapuk dek zaman. Maka, bagi si pereka, beringat la ye, tetapkan prinsip agar setiap rekaan logo yang dihasilkan sekurang-kurangnya masih relevan untuk lebih daripada 7 tahun. Barulah pelanggan atau orang awam mudah mengaitkan logo dengan perniagaan tersebut. Untuk si usahawan pula, jangan kerana rakan pesaing punya logo nampak terkini, anda nak ikut-ikut pula. Tetapkan hala tuju syarikat dan jenama yang ingin disampaikan kepada sasaran pelanggan dan masyarakat.

Kesilapan 003 – Menggunakan tipografi yang generik

Adakala logo yang dicipta hanya berbentuk perkataan yang unik, menggunakan tipografi sahaja. Sebagai pereka, jangan malas untuk mereka bentukkan salah satu huruf dalam nama logo tersebut supaya logo tersebut nampak unik. Kalau anda kata logo Google pun guna tipografik yang ringkas, perhatikan betul-betul bahawa ada perbezaan logo tersebut dengan tipografi yang hampir serupa. Haa, perkara kecil macam nilah yang membuatkan sesuatu logo menjadi unik yang sebenar-benarnya.

Kesilapan 004 – Menggunakan bentuk visual yang cliche

Bila dapat tugasan nak siapkan logo untuk pelanggan dalam masa yang singkat, pasti ada pereka yang pantas buat kerja. Tapi jangan la buat cincai ye. Asal pelanggan nak bentuk bulat, terhasillah logo bentuk bulat. Bagaimana nak bezakan dengan logo bulat lain bila macam tu? Tunjukkan sikap pro anda dan hasilkan yang betul-betul unik dan tidak lah amik permintaan pelanggan bulat-bulat. (eh tersama pulak).

Kesilapan 005 – Terlalu abstrak & rumit

Kalau tadi jangan kerap gunakan bentuk visual yang cliche, yang ini pula elakkan logo yang terlalu abstrak. Mungkin usahawan ni dah beri inspirasi yang pelbagai, tapi terpulang kepada si pereka untuk zoom in kepada intipati yang paling tepat mewakili sesuatu perniagaan atau visi usahawan tersebut. Sekali lagi diingatkan kepada usahawan, tetapkan satu atau dua inspirasi supaya pereka dapat mengolah logo anda dengan baik. Logo seharusnya berwajah ringkas, bukan rumit.

Kesilapan 006 – Perlukan warna dan kesan khas tertentu

Bila hasilkan logo, pasti pereka terus sahaja mereka melalui komputer dan perisian. Jarang dah pereka kini nak melukis pada kertas guna pensil. Kalau banyak masa boleh buat begitu. Bila dah guna komputer ni, sekurang-kurangnya pelanggan mesti nak lihat semakan pertama yang berwarna. Jadi bila hasilkan logo cuba dapatkan bentuk logo yang masih boleh berfungsi tanpa warna (hitam putih je) atau kesan khas tertentu. Jika bentuk logo di fasa ini dah cukup kukuh, warna boleh ditambah kemudian.

Kesilapan 007 – Berikan BANYAK pilihan logo

JANGAN SEKALI-KALI! Kelak nanti pening usahawan nak pilih. Lebih lagi usahawan yang mudah berubah fikiran. Mudahkan bagi usahawan memilih reka bentuk logo dengan hanya beberapa pilihan, maksimumkan kepada 3 pilihan. Pastikan berikan penerangan bentuk logo supaya usahawan faham mengapa dan apa konsep asalnya.

Kesilapan 008 – Tak boleh diubah

Ini satu perihal juga. Logo dah siap dan menarik serta tepat dengan selera usahawan, tapi pereka tak siapkan sepenuhnya untuk aplikasi pelbagai. Kalau dulu, aplikasinya hanya untuk cetakan. Tapi sekarang aplikasi logo dah menjangkau media digital atau barangan dagangan dengan logo jenama tersebut. Maka, perkara ini patut difikirkan di peringkat awal reka bentuk logo supaya, logo boleh diaplikasikan pada semua media.

Kesilapan 009 – Tak sediakan panduan jenama/logo

Haaa…ini ramai yang terlepas pandang. Perkara ini mungkin makan masa untuk siapkan, tapi jika dah ada templat untuk diisi, maklumat boleh didapati dengan mudah daripada setiap fasa menyiapkan rekaan logo. Untuk usahawan pula, sebaiknya ada panduan logo ni supaya mudah bahagian pemasaran nak menggunakan logo dengan tepat.

Jika anda inginkan reka bentuk logo yang lengkap, mulakan dengan bengkel penjenamaan supaya anda boleh lihat hala tuju jenama dan logo yang sesuai dengan jenama tersebut. Untuk maklumat lanjut, Whatsapp kami ni 019-222 3300 atau layari www.ddec.my/perkhidmatan. Kami juga berada di rangkaian media sosial Facebook, Instagram dan YouTube dengan nama ddecmalaysia.

Share with:
VIEW
CLOSE