Selamat Datang
loading...

Menyelaras Bakat & Sumber Manusia Dengan Cekap

Pengurusan sumber manusia berkait rapat dengan bakat individu dan objektif syarikat.
Berapa lamakah dalam sehari anda bekerja di syarikat majikan tanpa rasa letih? Mungkin ramai yang nampak ini seperti masalah peribadi. Cuba fikir betul-betul. Kebanyakan pekerja meluangkan lebih banyak masa di pejabat atau kepada kerja melebihi daripada gabungan aspek lain dalam kehidupan.

Apatah lagi jika sudah banyak kali bertukar kerja, setiap pekerjaan pasti membawa sedikit kelainan dan membantu kita menjadi lebih matang. Tidak kira samada dari segi peribadi mahupun profesional, individu berbakat yang diletakkan bersesuaian dengan keperluan syarikat, memajukan anda sehingga di mana anda berada sekarang.

Mungkin bagi sesetengah individu, mereka berasa terbatas dalam bekerja, manakala ada juga individu yang seperti sentiasa ada tenaga. Sikap begini adalah tanggungjawab separa bagi individu tersebut. Lagi separuh datangnya daripada pihak sumber manusia syarikat tersebut. Setiap sumber manusia dalam syarikat perlu faham dan tahu kekuatan, bakat dan kebolehan masa hadapan setiap pekerja. Malah, sumber manusia tiada halangan untuk meneliti satu per satu.
Memanfaatkan Bakat
Semasa temuduga bakal pekerja, pakar sumber manusia pasti dapat mengenalpasti samada individu tersebut serasi atau tidak dengan budaya tempat kerja. Namun begitu, pihak sumber manusia biasanya memenuhi kehendak jabatan lain. Sekiranya calon pekerja menyatakan kekuatan dan bakat mereka dalam resume, pihak sumber manusia pun harus peka untuk memanfaatkan bakat mereka untuk kejayaan syarikat. Mengambil bekerja mengikut keperluan adalah kemestian. Tetapi terpulang juga kepada pihak sumber manusia untuk menentukan haluan kerjaya yang jelas dalam syarikat agar dapat memanfaatkan sepenuhnya potensi pekerja.
Perkembangan & Pembangunan
Menentukan haluan kerjaya dalam syarikat adalah tanggungjawab sumber manusia dan individu terbabit. Sama ada ia diluluskan atau tidak di pihak yang lebih tinggi, pokok pangkalnya, sumber manusia lebih faham keperluan semasa & masa depan syarikat. Oleh itu, melalui penilaian prestasi tahunan, pihak sumber manusia harus ambil kira kekecewaan atau inisiatif pekerja sepanjang tahun dan berbincang tentang perkembangan yang memuaskan hati syarikat dan pekerja. Sekiranya pihak sumber manusia mengambil masa terlalu lama untuk menentukan haluan kerjaya bagi pekerja, pekerja boleh saja angkat kaki dan syarikat yang kerugian bakat.
Membendung Dengan Faedah
Fungsi sumber manusia secara langsung mempengaruhi keuntungan syarikat. Tanpa bakat individu atau pekerja, syarikat tidak boleh berfungsi. Bagi syarikat, modal insan adalah sama penting dengan modal wang. Untuk memastikan setiap syarikat dapat menampung bakat individu, syarikat perlu menawarkan manfaat yang berpatutan dengan status syarikat. Namun, begitu ada sahaja manfaat yang masih dipersoalkan oleh pekerja dan mula budaya banding membandingkan manfaat antara syarikat. Selain tu, sumber manusia juga perlu menjadi pakar komunikasi dalaman syarikat. Sumber manusia adalah perantara pekerja dan polisi syarikat. Bagi setiap polisi syarikat yang dilaksanakan, setiap komunikasi menyampaikan maksud yang memanfaatkan semua pihak. Mungkin nampak mustahil, namun boleh dilakukan. Adakalanya, syarikat tidak mampu menawarkan manfaat yang menarik, tetapi dengan membentuk persekitaran kerja, lebih-lebih lagi dengan sumber manusia yang mudah dibawa berbincang bermacam perkara boleh jadi manfaat yang mengujakan untuk mana-mana pekerja sekali pun.
Penyelerasan Bakat Yang Cekap
Syarikat apa sekalipun, perlukan modal insan untuk maju ke hadapan. Bagi pekerja bebas atau freelancer, dia lah pekerja, dia jugalah sumber manusia. Untuk perniagaan mikro pula mungkin mempunyai 2-3 orang pekerja termasuk usahawan. Usahawan pula sudah tentu menjadi pusat sumber manusia yang memastikan pekerja datang dan melaksanakan kerja. Semakin besar organisasi, semakin rumit fungsi sumber manusia kerana banyak bergantung kepada polisi syarikat. Namun, secara asasnya, sumber manusia yang terbuka kepada sebarang komunikasi dan mampu membentuk haluan kerjaya pekerja akan banyak membantu pekerja setia dengan syarikat.
Share with:
VIEW
CLOSE