Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) | Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC)
S e b e n t a r

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

Kategori :
Penjenamaan, Reka Bentuk Grafik
Pelanggan :
KTMB
Tahun :
2024

Sebagai nadi pengangkutan rel negara, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah lama menjadi sebahagian daripada perjalanan harian rakyat Malaysia. Daripada perjalanan jarak dekat hingga rentas negeri, KTMB bukan sekadar menyediakan perkhidmatan mobiliti, tetapi membentuk pengalaman dan kenangan perjalanan merentas generasi.

Melalui kerjasama ini, syarikat kami menyokong usaha KTMB dalam memperkukuh komunikasi visual dan pengalaman jenama mereka. Skop perkhidmatan yang disediakan merangkumi reka bentuk jenama, bahan kolateral, pembangunan aplikasi, reka bentuk acara dan kempen, barangan cenderamata (merchandise), serta pelbagai keperluan kreatif lain. Setiap hasil direka dengan teliti bagi memastikan identiti KTMB kekal konsisten, moden dan dekat dengan penumpang. Selain itu, kami turut menghasilkan kandungan video yang digunakan sebagai medium komunikasi dan sokongan visual bagi acara serta inisiatif berkaitan KTMB.