Program Komuniti | Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC)
S e b e n t a r

Ringkasan Program

Program Kraftera ini bermula pada tahun 2018 melalui program kerjasama antara MARA & JAKOA berkaitan hasil kraf mengkuang di Daerah Bera, Pahang yang melibatkan penduduk orang asli.


Program Kraftera ini adalah sebagai satu usaha untuk memartabatkan industri kraftangan di negara kita melalui aktiviti seni kraftangan yang dihasilkan oleh penduduk setempat.


Sehingga kini, jenama Kraftera telah dipasarkan ke seluruh Malaysia dan menerima tempahan yang banyak untuk dijadikan sebagai hadiah.


Komuniti yang terlibat adalah Orang Asli Pos Iskandar dan penduduk tempatan Daerah Bera, Pahang.

Objektif Program

Bagi mengekalkan pendapatan tukang kraf.


Memelihara Seni tradisi kraf yang semakin menghilang.


Mewujudkan produk & cenderahati yang dibuat dengan kesedaran sosial agar dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai.


Menyokong pelbagai kumpulan kurang kemampuan agar dapat mengekalkan pendapatan pada setiap peringkat.


Mengurangkan impak negatif pada persekitaran dengan membuat penghasilan yang lebih mesra alam sekitar.