BrandQuest 2025 | Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC)
S e b e n t a r

BrandQuest 2025

Category :
Branding, Graphic Design, Entrepreneurship Training
Client :
SME Corp
Date :
2025
29 September 2025

Majlis yang penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh Encik Rizal bin Dato' Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, serta ucapan aluan dimulakan oleh Raja Muzafar Bin Raja Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Design Development Centre - DDEC disaksikan oleh para usahawan, rakan strategik serta tetamu jemputan.


Para peserta BrandQuest 2025 telah berpeluang mendengar secara langsung pengalaman dan strategi jenama daripada barisan speaker berpengalaman. Sesi ini telah mencetuskan perbincangan yang bermakna serta memberi panduan berguna dalam memperkasakan identiti jenama di pasaran yang semakin kompetitif.


Antara barisan speaker yang telah berkongsi kepakaran mereka ialah Puan Christy Ng, Founder & CEO Christy Ng Production Services Sdn. Bhd., dengan tajuk perkongsian "Entrepreneurial Journey in Building the Christy Ng Brand". Beliau telah membawa audiens menyelami perjalanan keusahawanan dan cabaran dalam membina sebuah jenama fesyen yang kini dikenali di peringkat antarabangsa.

Turut hadir ialah Encik Lawrence Chuah, General Manager of Marketing Division, BHPetrol Malaysia, yang membawakan tajuk "Building & Sustaining Brand Love: From Transaction to Relationships". Perkongsian beliau menekankan kepentingan membina hubungan jangka panjang antara jenama dan pelanggan, melangkaui sekadar transaksi semata-mata.


Sesi ini turut diserikan dengan kehadiran Encik Muhammad Hatta Dolmat, Pereka Fesyen daripada Hatta Dolmat Design, yang berkongsi pandangan menerusi tajuk "Fashion, Craftsmanship & Strategic Brand Building". Beliau menekankan bagaimana kreativiti dan ketelitian dalam rekaan fesyen dapat digabungkan dengan strategi penjenamaan untuk memberi nilai tambah kepada industri.


Akhir sekali, Encik Mohd Fairus Zainal, Creative Director Malaysia Design Development Centre (DDEC), telah membawakan perkongsian bertajuk "The Brand Blueprint - A Practical Guide to Strategy and Identity". Beliau memberi panduan praktikal kepada para peserta dalam merangka strategi dan identiti jenama yang stabil dan lestari.

Kesemua sesi ini telah memberi impak besar kepada para peserta, bukan sahaja dari segi ilmu dan inspirasi, malah membuka ruang kepada idea baharu dalam memperhebat daya saing jenama tempatan di peringkat lebih tinggi.


30 September 2025

Hari Kedua BrandQuest 2025 menyaksikan perkongsian yang lebih mendalam daripada barisan speaker berpengalaman, yang membawa perspektif baharu dalam dunia penjenamaan dan pembangunan jenama.


Sesi dimulakan dengan perkongsian oleh Mr. Jon Chin, Founder of Cognitive Blend, melalui tajuk "Beyond Borders, Beyond Buzz - How to Build a Brand That Sells and Scales with Meaning". Beliau menekankan kepentingan membina jenama yang bukan sahaja menarik perhatian, tetapi mampu berkembang dengan nilai dan makna yang berpanjangan.


Perjalanan forum diteruskan dengan perkongsian oleh Mr. Ryan Lee, Hand Craft Designer daripada RYAN LEE, yang membawakan tajuk "Fashion, Craftsmanship & Strategic Brand Building". Beliau mengetengahkan bagaimana kehalusan seni kraf dan kreativiti fesyen dapat digabungkan dengan strategi penjenamaan untuk memberi nilai tambah kepada industri kreatif tempatan.

Sesi seterusnya disampaikan oleh Mr. Imran Abdul Jabar, Founder & Education Specialist Sifoo.com (Sifoo Art and Multimedia Sdn. Bhd.), dengan tajuk "Leveraging AI to Build a Distinct, Consistent & Market-Ready Brand Identity (Strategic Integration of AI in Branding)". Beliau mengupas peranan teknologi kecerdasan buatan dalam membentuk identiti jenama yang konsisten, unik, dan bersedia untuk pasaran masa kini.

Hari kedua forum ini telah memberikan peserta bukan sahaja ilmu dan inspirasi, tetapi juga pandangan strategik tentang bagaimana jenama boleh berkembang melangkaui sempadan, menggabungkan kreativiti, serta memanfaatkan teknologi terkini.


Kesemua sesi ini telah memberi impak besar kepada para peserta, bukan sahaja dari segi ilmu dan inspirasi, malah membuka ruang kepada idea baharu dalam memperhebat daya saing jenama tempatan di peringkat lebih tinggi.