Selamat Datang
loading...
Bajet Media Sosial

Bajet Untuk Media Sosial – Ada Ke?

Orang kata, nak perkenalkan atau promosikan jenama buat saja di platform media sosial. Percuma, tak perlu kan bajet pun.

Itu orang yang kata. Bukan saya. Saya cuma sebut semula. Tapi, kalian setuju ke dengan kenyataan begitu? Kalau tanya saya sebagai usahawan, saya setuju dan suka bila promosi tak libatkan apa-apa kewangan. Tanyalah usahawan yang baru nak jinak ni, dalam kepala tu tak lain nak tambah duit, bukan belanja duit.

 

 Jadi bila usahawan belajar tentang promosi menggunakan media sosial pun perlukan bajet, mulalah kaget. Mana pula nak cekau bajet untuk promosi media sosial? Platform media sosial kan percuma? 

Tapi jika usahawan mempunyai mindset begitu, maka tiadalah strategi dalam promosi. Promosi yang ada strategi ini akan melibatkan implikasi kewangan kepada syarikat. Ada syarikat yang memang khususkan bajet untuk media sosial. Ada yang mengkhususkan jumlah perbelanjaan dalam bajet pemasaran yang lebih menyeluruh. Setiap syarikat berbeza pendekatannya.

 

KENAPA PERLU BAJET?

Platform media sosial memang percuma. Sesiapa pun boleh muat naik gambar dan berkongsi maklumat dengan pengguna am. Tetapi, Bagi mereka yang bijak pandai, wujudlah segmen premium yang menepati sasaran pengguna. Selain itu, pengurusan konten media sosial pun tak mudah. Perlukan pakar atau perisian automasi yang membantu pemantauan dan analisa. Semua ini berdasarkan objektif promosi di media sosial. Berikut adalah objektif paling koman untuk usahawan:

 

  1. Meningkatkan kesedaran jenama
  2. Tambah jualan
  3. Tingkatkan hubungan dengan pengguna
  4. Kembangkan sasaran jenama
  5. Tingkatkan pengguna laman sesawang   

Jika pemasaran saluran tradisional pun perlukan bajet, sama juga dengan saluran digital. Jika tak menguruskan sendiri konten media sosial, sekurang-kurangnya perlu gajikan agensi pemasaran digital untuk pantau sentimen jenama di alam maya.

BERAPA BESAR SAIZ BAJET

Seperti yang disebutkan tadi, setiap syarikat ada pendekatan berbeza. Mungkin ada yang hanya gunakan Instagram dan Facebook. Ada yang gunakan Twitter dan TikTok. Ada yang gunakan LinkedIn atau ke semua sekali. Bayangkan nak capai objektif kesedaran jenama pun letih memikirkan konten. Setiap platform pula mempunyai pengguna yang berbeza. Ada juga masa-masa tertentu untuk post. Inikan pula nak pantau sentimen dan komen-komen netizen pula. Selain pemantauan dan analisa konten, yang menjawab komen-komen netizen juga perlu mahir dalam kemahiran khidmat pelanggan. Baru lah pengguna mula sedar tentang jenama dan taat pada jenama tersebut.

 


Bila nak tingkatkan jualan pula, konten dalam media sosial pula harus berkuasa untuk mengubah pengguna kepada pelanggan, pelanggan biasa kepada pelanggan tetap dan pelanggan tetap mengesyorkan kepada kenalan. Nak hasilkan konten yang begitu pasti akan libatkan banyak pihak profesional, supaya hasilnya terjaga dari segi kualiti.

Ada juga bajet mengikut saiz operasi organisasi. 

Syarikat kecil ( kurang daripada 20 orang) – lebih kurang RM30,000

Syarikat sederhana (20 hingga 75 pekerja) – lebih kurang RM60,000

Syarikat besar (lebih daripada 75 orang pekerja) – lebih kurang RM100,000

Secara purata, kebanyakan syarikat membelanjakan sebanyak RM350 – RM500 sehari untuk media sosial. 


Tapi jangan gentar pada jumlah ini. Anda pun harus bijak gunakan apa-apa alatan dan kemudahan yang percuma untuk mula adakan bajet media sosial. 

KEGUNAAN BAJET MEDIA SOSIAL

Dah sebut tadi beberapa kegunaan utama bajet untuk media sosial, tapi di bawah ini kita senaraikan kegunaan bajet media sosial.

  1. Perkhidmatan khidmat pelanggan – untuk melayan kerenah dan komen netizen
  2. Pempengaruh (Influencers) – mengharapkan follower yang lebih ramai
  3. Penghasilan video – menggunakan pelbagai sumber, video kamera, penulis skrip atau copywriter, pereka dan penyunting video
  4. Ruang iklan berbayar – GoogleAds, FBAds, IGAds, YouTubeAds, TikTokAds, iklan rencana, Affiliate Marketing
  5. Pemantauan & analisa konten – langganan perisioan atau menggunakan khidmat pakar media sosial
  6. Latihan & pengurusan media sosial – setiap pekerja atau eksekutif media sosial perlu diberi latihan kerana situasi media sosial sentiasa berubah dan perlukan kepekaan optimum.
  7. Strategi pemasaran konten dan promosi di media sosial – memerlukan pelan yang boleh mememaksimakan setiap perbelanjaan sampai berbaloi. 

DDEC MEREKA BENTUK UNTUK MEDIA SOSIAL

Jika selama ini tanggapan anda terhadap DDEC adalah agensi reka bentuk untuk pembungkusan dan penjenamaan, DDEC juga menawarkan khidmat penjenamaan yang menyeluruh termasuk mereka bentuk untuk media sosial agar turut meningkatkan kesedaran jenama usahawan di alam maya. Untuk maklumat lanjut, Whatsapp kami di 019-222 3300 atau layari ddec.my. Bagi peminat tegar media sosial, ikuti kami di Facebook, Instagram and  YouTube, ddecmalaysia.

Share with:
VIEW
CLOSE