Selamat Datang
loading...

Orang Malaysia dan makan berpisah tiada. Pasti ada kafe kegemaran dan sebab-sebabnya. Siapa yang tak setuju dengan statement ni, kita tak geng. Eh gurau je. Kita semua kan satu keluarga, tak elok bermasam muka tentang apa pun. Okay, berbalik kepada topik makanan ini. Sebenarnya bukan semata pasal makanan, tetapi lebih kepada nak bincangkan cara pikat hati pelanggan di kafe.

Malaysia terkenal sebagai syurga kedai makan dan minuman. Orang putih kata, food haven gituh. Malahan, ada restoran atau kafe yang dah bertahun-tahun bertapak di negara kita. Tarikan makanan mungkin satu dua, tapi masih bertahan sampai ke hari ini, diturunkan dari satu generasi ke generasi lain

Tapi ada juga restoran, kafe atau warung makan yang jadi viral atas sebab-sebab yang tak elok. Kita bukan nak persoalkan restoran mana atau bagaimana, tapi kali ini kita nak bincangkan beberapa cara untuk pikat hati pelanggan di kafe atau restoran.

MENYAMBUT KEDATANGAN PELANGGAN

Kalau anda perasan, jika anda ke restoran atau kafe francais berjenama luar negara, akan ada seorang yang seolah menyambut kehadiran kita di situ dengan melaungkan ke seluruh kafe atau restoran. Mungkin ada yang sudah biasa, tapi ada juga pelanggan yang tak biasa. Tapi tahu tak, itu adalah protokol jenama itu untuk perkhidmatan pelanggan mereka.

Tapi, kebiasaan kita, sekadar pekerja kedai datang ke meja kita atau ke diri kita dan bertanya pesanan pun dah memadai, sebab itu adalah perkara yang biasa dilakukan. Jangan pula wujudkan kedai atau kafe tapi pelanggan tak tahu arah nak memesan di mana atau perlu duduk terus dan menunggu. Sebaiknya, jika reka bentuk kafe menarik dari luar dan di dalam talian, bila pelanggan datang, pelanggan terus dapat rasakan kehadiran mereka dihargai. Barulah pelanggan terpikat nak datang lagi.

PANTAS DAN BERADAB

Ada juga kafe yang nampak gah dari luar atau di medan media sosial, tapi hakikatnya bila dah sampai sana, lain pula ceritanya. Review berbayar mungkin? Maksudnya, kafe gah dan menarik, menu pula nampak menarik. Tapi pekerja atau pelayan pula asik muka masam. Bila ditanya soalan, jawabnya sepatah. Bila diminta sesuatu, bukan main lama nak selesaikan. Jika melibatkan sistem, mungkin ada dalam kalangan pelanggan yang memahami.

Tapi jika tidak, sekurang-kurangnya beri penjelasan tentang masalah yang dihadapi dengan secara terus terang. Namun, cara beri penjelasan jangan pula acuh tak acuh. Pada bila-bila masa, hormati pelanggan kerana pelanggan membayar untuk setiap khidmat dalam kafe. Yang paling baik adalah, pastikan layanan yang diberikan adalah murah dengan senyuman serta peribadi yang memuaskan. Pantas dan tangkas dalam memahami kehendak pelanggan pun kriteria yang bagus untuk perniagaan sebuah kafe.

KENA DENGAN SELERA TEMPATAN

Lagi satu, jika ingin mula perniagaan kafe, setidak-tidaknya pasti adakan menu norma orang tempatan. Walaupun asalnya menu makanan berasal daripada benua lain sekali pun, ubah satu atau dua menu agar kena dengan selera tempatan orang Malaysia. Setidaknya, ada juga menu yang bakal jadi kegemaran orang tempatan. Contohnya, jika resepi makanan yang dijual berasal daripada benua Afrika, olahkan agar ada sentuhan tempatan yang boleh jadi menu baharu khusus daripada kafe tersebut.

HARGA DAN SAIZ HIDANGAN

Ini pun boleh jadi isu viral jika tak padan. Maksud tak padan di sini, harganya kayangan tapi saiz hidangan sebesar ibu jari. Jika masakan gourmet oleh chef terkemuka di restoran berbintang Michelin, fahamlah. Tapi jika sebuah kafe yang berbuat begitu, ada kemungkinan pelanggan datang sekali seumur hidup sahaja. Pastikan saiz hidangan dan harga makanan bersesuaian. Jika ada menu tertentu yang perlu dijual dengan harga yang mahal, pastikan harga nya tertera dengan jelas dan nyatakan keistimewaan hidangan tersebut. Barulah pelanggan senang nak faham dan terpikat hati nak datang makan lagi.

BERSIH, HALAL & DIYAKINI

Ini antara kriteria utama juga untuk pelanggan nak masuk dan cuba menikmati hidangan di kafe anda. Kebersihan meja kerusi dan persekitaran dalam kafe pun dipandang dan diteliti oleh pelanggan tau. Walaupun ada kalanya kafe mungkin meraikan perayaan tertentu, pastikan hiasan tidak mengganggu pemandangan pelanggan secara am atau mengganggu semasa menikmati hidangan di kafe. Jika ada menu yang dipaparkan baik dalam kafe mahupun dalam buku menu, pastikan setiap bahan utama dicetak dan dipaparkan untuk mengelakkan keraguan hidangan samada halal atau tidak. Barulah pelanggan yakin untuk mendatangi kafe, malah mempromosikan di laman media sosial masing-masing.

REKAAN RUANG YANG SELESA DAN MENEPATI STANDARD

Selain daripada kriteria di atas yang boleh diaplikasikan dalam perniagaan kafe masing-masing, fungsi ruang haruslah menepati standard dan selesa untuk pekerja melaksanakan tugas dan untuk pelanggan menikmati hidangan dengan tenang dan aman. Sekiranya ada perancangan untuk mewujudkan perniagaan menjual makanan dan minuman, wujudkan bajet untuk rekaan ruang yang selesa untuk setiap inci kafe, agar ia menjadi nilai tambah kepada jenama dan bintang utama dalam kafe tersebut, iaitu menu dan perkhidmatannya. DDEC boleh membantu usahawan dengan pembangunan jenama dan rekaan ruang kedai agar perniagaan anda juga dapat memikat pelanggan dengan cara tersendiri. 

 

Untuk maklumat lanjut, Whatsapp kami di 019 222 33 00 atau layari www.ddec.myBagi peminat tegar media sosial, ikuti kami di Facebook, Instagram dan saluran YouTube, ddecmalaysia.

Share with:
VIEW
CLOSE