Selamat Datang
loading...

Herba Tradisional Warisan Sepanjang Zaman

Produk herba tradisional kini makin mendapat tempat di hati pasaran tempatan walau bersaing dengan jenama antarabangsa.

Pembuatan produk tradisional merupakan sesuatu yang dibanggakan masyarakat pada zaman dahulu. Sering kali produk yang berasaskan akar-akar kayu, dedaunan herba tertentu dan campuran rempah ratus menjadi antara pilihan untuk mendapatkan manfaat secara alami untuk kegunaan harian mahupun waktu tertentu.

Sebagai contoh, suatu ketika dahulu, kaum wanita sering menggunakan bedak sejuk di muka. Kaum wanita pada zaman dahulu yang sering menggunakan bedak sejuk didapati mempunyai kulit muka yang halus dan mulus. Selain penggunaan di muka, ada juga yang menggunakan bedak sejuk pada badan.

Mengekalkan Tradisi

Bagi pengasas Warisan Wak Kayah, Puan Nor Hasniza binti Abu Zarin, beliau mula meminati pembuatan produk herba tradisional apabila ilmu tersebut diturunkan kepadanya oleh arwah ibu mertuanya. Walaupun pembuatan produk herba tersebut sememangnya renyah kerana prosesnya yang banyak dan memerlukan kesabaran yang tinggi, usahawan yang lebih mesra dipanggil Anis Zarin ini terpanggil meneruskan amanah ini supaya tradisi ini dapat dikekalkan dan dipraktikkan sepanjang zaman tanpa mengira usia.

Beliau juga sangat meminati dengan ilmu perubatan holistik dan kini masih meneruskan peroleh ilmu dalam bidang naturopathy dan homeopathy agar ilmu alamiahnya lebih teguh. Walaupun pada asalnya beliau berasal dari bidang pelancongan, sifat berkhidmat demi kebaikan serta perubahan pada positif pelanggan sebati dengan dirinya membuatkannya sanggup meneruskan pembuatan produk herba tradisional. Puan Anis juga dapati keaslian proses pembuatan produk ini sangat unik dan harus dikekalkan agar generasi akan datang juga dapat menikmati kebaikan daripada penggunaan produk herba.

Mula Dari Rumah

Puan Anis memulakan perniagaan Warisan Wak Kayah ini hanya dengan membuat produk herba tradisional dari rumah. Beliau memulakannya dengan kecil-kecilan pada tahun 2016. Pada awal perniagaan, produk beliau tiada sebarang penjenamaan. Melalui pengalaman tersebut, beliau kemudiannya mula menjenamakan produk beliau agar lebih mudah untuk beliau menjual.

Setelah sekian lama berniaga, Warisan Wak Kayah kini telah mempunyai kilang atau premis khusus untuk menghasilkan produk herba tradisional. Berbanding di awal perniagaan, Puan Anis bekerja seorang diri, kini beliau sudah boleh menggajikan lima orang pekerja untuk membantunya dalam penghasilan produk.

Keunikan Warisan Wak Kayah

Bagi setiap produk yang ingin dijual ke pasaran, pasti memerlukan keunikan agar dapat dibezakan dengan pesaing dalam industri yang sama. Produk herba tradisional keluaran Warisan Wak Kayah masih mengekalkan cara pembuatan tradisional untuk salah satu produk mereka. Bedak sejuk keluaran jenama ini masih menggunakan kudrat manusia untuk menitikkan menjadi bebola kecil. Untuk aspek pembuatan ini, Puan Anis tidak menggunakan mesin dan sentiasa memastikan produk yang diterima oleh pelanggan adalah yang baru dihasilkan, dan bukan produk stok simpanan lama.

Herba Tradisional Warisan Sepanjang Zaman

Selain itu, setiap produk yang dihasilkan bermula dari akar kayu yang masih mentah dan belum diproses. Ada juga yang diambil daripada hasil tanaman. Untuk akar kayu yang sukar dijumpai, baru beliau akan mendapatkan daripada pihak pembekal. Bagi daun-daun herba pula, Puan Anis membeli daripada orang-orang kampong. Orang kampung menjaga tanaman mereka dan apabila sampai tempohnya, mereka akan menghantar hasil tanaman mereka sebagai bahan mentah ke kilang beliau. Ada kalanya Puan Anis menghantar pekerja untuk mengutip hasil tanaman daripada orang kampung.

Setelah bahan-bahan mentah diperolehi, bermulalah proses bahan mentah pula. Kebiasaannya, kata Puan Anis, bahan mentah akar kayu diterima dalam keadaan bertanah dan perlu dibersihkan terlebih dahulu. Kemudiannya dijemur dan dikeringkan. Sebelum mempunyai peti pemanas, Puan Anis menggunakan tenaga cahaya matahari sepenuhnya untuk proses mengeringkan bahan-bahan. Setelah kering sepenuhnya, akar kayu dan bahan lain akan dikisar halus dan proses akhir adalah dibahagikan untuk dijadikan produk keperluan.

Penjenamaan & Khidmat DDEC

Produk tanpa jenama merugikan semua pihak, termasuklah usahawan. Bagi Puan Anis, setelah beliau menjenamakan produk, barulah perniagaannya lebih mudah berkembang.  Maka, penjenamaan penting agar usahawan mudah untuk mempromosikan produk di pasaran dan pelanggan mudah untuk ingat dan sebarkan kepada rangkaian rakan mereka.

Selain penjenamaan sebagai pengenalan untuk produk, reka bentuk pembungkusan juga memainkan peranan dalam menarik perhatian pelanggan terhadap produk. Pada tahun 2020, Puan Anis telah mendapat tajaan daripada pihak UPEN di bawah kerajaan negeri Selangor untuk menambahbaik pembungkusan teh herbanya iaitu SENCEYROSE TEA. Pembungkusan produk SENCEYROSE TEA beliau telah ditambahbaik oleh pihak DDEC, iaitu pusat sehenti reka bentuk pilihan usahawan Malaysia.

Sepanjang bekerjasama dengan DDEC, Puan Anis begitu senang dengan layanan dan perkhidmatan yang diberikan. Setiap persoalannya dapat dijawab dengan mesra oleh pegawai yang dilantik untuk berurusan dengannya. Sikap peramah pegawai DDEC juga membuatkan proses kerja bagi mendapatkan hasil penambahbaikan pembungkusan produknya lancar dan mudah. Setakat ini, Puan Anis sangat berpuas hati dengan hasil penambahbaikan pembungkusan produk SENCEYROSE TEA yang sangat mengikut trend terkini.

Pahit Manis Usaha Ilmu

Tiada usahawan sentiasa bahagia sepanjang perniagaannya. Pengalaman pahit manis menjadikan seseorang usahawan lebih tekal menghadapi cabaran di masa akan datang. Bagi Puan Anis, beliau menganggap setiap pengalaman sebagai titik pengajaran yang sangat berharga, antaranya bagaimana beliau bermula dari rumah flat, berniaga dari rumah ke rumah, berniaga di tepi-tepi jalan, ditipu malah ada jua saat perniagaannya yang seharian tiada jualan langsung.

Setiap pengalaman tersebut beliau gunakan untuk memperbaiki cara dan ilmu perniagaannnya. Beliau sentiasa memandang sesuatu perkara dari sudut positif yang mana setiap perkara yang berlaku pada hari ini akan berakhir dan harus buat sehabis baik sepanjang hari. 

Puan Anis berpendapat sekiranya perniagaan adalah berasaskan ilmu yang diturunkan, beliau harus amanah dengan apa yang dipertanggungjawabkan. Setiap hari, beliau bemula dengan hati yang tenang dan beliau akan berusaha untuk capai ketenangan sebelum memulakan pekerjaan. Beliau juga menasihatkan agar usahawan usah terlalu berkira rezeki dengan lebihkan memberi agar lebih ramai dapat menikmati kesenangan dan kebaikan.

Perancangan Masa Depan

Sebagai seorang usahawan yang bersemangat tinggi, lebih lagi dalam mengekalkan tradisi lama ini, Puan Anis berazam untuk mengetengahkan produk purba ini kepada pasaran yang lebih banyak dan digunapakai dalam keadaan sekarang. Beliau yakin dengan suntikan nafas baharu, lebih ramai pelanggan akan mengenali dan mendapat manfaat daripada produk purba ini. Selain itu, Puan Anis juga ingin mempunyai cawangan Mom & Kid mall di seluruh Malaysia.

DDEC Pusat Sehenti Reka Bentuk

Apabila terjun ke dunia keusahawanan, ia memerlukan tekad dan semangat . Apabila ada tekad dan semangat, segala cabaran dan onak duri dalam dunia perniagaan pasti akan dapat ditempuh. Apa yang penting, sentiasa mencari ilmu agar jalan yang ingin ditempuh kelak akan mudah untuk dilalui. Di DDEC, kami membantu para usahawan yang ingin berjaya dengan pelbagai khidmat yang diperlukan seorang usahawan. Kami menyediakan khidmat reka bentuk yang meliputi Pembangunan Usahawan dan Pembangunan Jenama untuk membantu usahawan memberi tambah nilai pada produk dan jenama mereka. Nak DDEC bantu anda? Hubungi kami sekarang di whatsapp 017-6804679 atau layari website kami di www.ddec.my untuk maklumat lanjut. Jangan lupa follow, like dan share Facebook dan Instagram ddecmalaysia untuk mengetahui tentang aktiviti kami.

Kongsikan artikel ini:

Berminat Untuk Mendapatkan Perkhidmatan DDEC?

Share with:
VIEW
CLOSE