Selamat Datang
loading...

Kentalkan Diri Demi Minat Berniaga

Di zaman moden ini lebih ramai menggunakan gajet atau peralatan komputer dengan lebih kerap. Dek pandemik COVID-19, komputer riba atau laptop menjadi keperluan. Bukan sahaja bagi setiap pekerja atas arahan bekerja dari rumah, malah juga untuk para pelajar yang perlu meneruskan pembelajaran dari rumah. Bila terlalu kerap menggunakan komputer riba, boleh juga berlaku kerosakan yang tidak dijangka. Malah, kerosakan pula selalu terjadi di saat kita sangat memerlukannya.

Apabila laptop juga mula menunjukkan tanda-tanda nak rosak, maka perlu lah dihantar ke tempat membaikpulih laptop atau klinik laptop seperti Klinik Laptop TJ. Di Klinik Laptop TJ, setiap pelanggan akan mendapat perkhidmatan profesional bertaraf lima bintang dan setiap barangan dan khidmat mempunyai waranti. Malah setiap bahagian gantian yang digunakan untuk membaikpulih laptop adalah berkualiti tinggi.

Selain daripada itu, Klinik Laptop TJ juga memudahkan pelanggan berkomunikasi dengan pembaik pulih atau juruteknik. Bagi setiap pelanggan yang menghantar laptop untuk dibaikpulih, pelanggan akan dimasukkan ke dalam Whatsapp group di mana mereka boleh berurusan dengan bahagian khidmat pelanggan, juruteknik dan pengurus. Komunikasi bersama pelanggan dengan jelas adalah antara kunci kepada perniagaan yang dipercayai serta akan mudah disyorkan oleh pelanggan kepada orang lain pula.
Aset Yang Bernilai
Perkara seperti ini nampak enteng bagi sesetengah pihak, namun bagi Tajuddin Bin Mohamad Ros atau lebih mesra dipanggil TJ, ia amat penting bagi mengetengahkan kualiti perkhidmatan dan penjenamaan Klinik Laptop TJ. Bagi TJ, penjenamaan penting untuk mendapatkan kepercayaan daripada pelanggan.

Penjenamaan yang kuat mampu untuk meyakinkan orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan Klinik Laptop TJ. Penjenamaan juga merupakan aset yang mempunyai nilai dan jika dipatenkan ketika perniagaan berkembang akan melindungi jenama syarikat daripada ditiru oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ia juga merupakan aset perniagaan yang dipanggil harta intelek yang dilindungi jika ianya berdaftar dengan MyIPO.
Cuba-Cuba Berniaga
Minat kepada berniaga tidak datang secara spontan, namun lebih kepada desakan untuk meneruskan kehidupan sewaktu di zaman belajar di IPTA. Di atas keterujaan ingin mencapai kejayaan dalam perniagaan, TJ telah melaburkan wang pinjaman PTPTN yang baru diterima untuk bisnes pemasaran pelbagai peringkat atau MLM.

Namun, nasib tidak menyebelahi TJ dan bisnes MLM tidak membuahkan hasil seperti yang digembar-gemburkan. Oleh kerana tidak mahu mengecewakan ibu bapa nya, TJ memilih untuk berniaga secara kecil-kecilan bersama seorang lagi rakan dengan menjual hotdog pada waktu malam dan menjualnya dari bilik ke bilik.
Dari HotDog ke LapTop
Jika bermula berniaga hotdog mungkin perniagaan seterusnya menjurus kepada bidang pemakanan. Tetapi dalam kehidupan ini perlu ada fasa susah untuk kita menghargai fasa senang. Dan di setiap pengalaman hidup itulah kita akan lebih banyak belajar tentang erti kehidupan dan lebih-lebih lagi tentang perniagaan.

Minat untuk membaikpulih laptop bermula apabila datangnya keperluan untuk cuba membaik pulih laptop sendiri yang rosak. Apabila berjaya dibaikpulih, berkenalan pula dengan seorang rakan yang ada kepakaran membaikpulih laptop, maka TJ banyak belajar daripada rakan ini tentang apa sahaja yang melibatkan baikpulih laptop.
Klinik Laptop TJ
Setiap kali TJ dapat memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada pelanggannya, maka itu akan dijadikan azam untuk meneruskan perniagaan baikpulih laptop. Namun, setiap perniagaan tidak banyak pasti akan melalui fasa susah. Tanggal tahun 2018, TJ juga tidak menyangka beliau perlu menempuhi fasa kereta ditarik, cawangan-cawangan terpaksa ditutup dan dihalau dari rumah sewa. Inilah yang dinamakan pengalaman perit yang mengajar TJ agar lebih berhati-hati dalam membuat keputusan.

Jika dah namanya peniaga, pasti kental hadapi kehidupan dan meneruskan perjuangan minat. Tarikh keramat 15 November 2020 merupakan detik yang gembira untuk TJ kerana susah payah yang dilakukan dengan berhijrah ke Bangi membuahkan hasil di mana TJ telah berjaya kembali buka Klinik Laptop TJ dengan permulaan 7 orang kakitangan. Klinik Laptop TJ adalah perusahaan perkongsian bersama isterinya dan pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan di 16B, Jalan 3/70 Seksyen 3 Bandar Baru Bangi. Pelanggan boleh juga melawat Facebook dan Instagram Klinik Laptop TJ untuk maklumat lanjut.
Tanamkan Azam
Untuk individu yang mahu mula berniaga, mulakan dengan apa yang ada di tangan. Usah bertangguh-tangguh. Buat sahaja apa yang diminati sekiranya berada diperingkat awal berniaga. Jika sudah benar-benar mahu berniaga secara serius, displin yang tinggi dan jujur adalah amat diperlukan dalam menjalankan perniagaan. Lebih ikhlas kita berikan khidmat, insya-Allah banyak urusan yang dipermudahkan. Bagi TJ pula, visinya adalah untuk memiliki 5 cawangan di Lembah Klang dan menjadi panel kepada jabatan atau pejabat agensi kerajaan dalam menyelenggara komputer yang ada di pejabat mereka.

Setiap kejayaan pasti ada cabaran yang perlu dihadapi apabila bergelar seorang usahawan. Tiada kejayaan yang dapat dicapai dengan mudah. Kuncinya adalah disiplin dan usaha selain minat yang dicambah menjadi azam. Semoga kejayaan Klinik Laptop TJ menjadi inspirasi kepada para usahawan di luar sana yang sedang dan masih bergelut dengan survival perniagaan terutama di pasca endemik ini.
Play Video
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan penjenamaan dan latihan keusahawanan, hubungi kami di whatsapp atau dapatkan maklumat terkini di Facebook dan Instagram.
Share with:
VIEW
CLOSE