Selamat Datang
loading...
Pereka Agensi

Kerjaya Pereka – Agensi, Syarikat Korporat atau Bebas

Pernah tak anda dengar kata-kata dari Steve Jobs yang berbunyi begini; The only way to do great work is to love what you do. Maksudnya mudah sangat; Anda hanya dapat hasil yang anda inginkan dengan hebat jika anda betul-betul meminati usaha itu.

Industri kreatif Malaysia masih boleh dikatakan kecil  berbanding dengan negara-negara membangun. Namun jika semakin ramai graduan atau pekerja industri ini meneruskan niat murni menyemarakkan industri ini, Malaysia juga boleh dinamakan sebagai pusat kreatif serantau jika tidak di dunia.

Pilihan Kerjaya

Ada sesetengah individu sudah memuktamadkan pilihan kerjaya masing-masing sejak masih belajar atau semasa latihan industri. Iaitu sama ada memilih untuk bekerja sebagai pereka di agensi reka bentuk, pereka untuk syarikat korporat atau pereka bebas (freelancer).

Banyak faktor yang boleh mempengaruhi keputusan ini. Tiada satu pun yang salah. Semuanya atas pilihan masing-masing dan keperluan untuk teruskan kehidupan atau gaya hidup tertentu.

Antara faktor utama yang mempengaruhi keputusan untuk kerjaya sebagai seorang pereka adalah mengidolakan tempat kerja yang menarik dan ranggi. Kebanyakan persepsi terhadap tempat kerja agensi reka bentuk adalah berasaskan movie yang dihasilkan oleh Hollywood. Namun, kena ingat. Apa yang ditayangkan dalam movie Hollywood mewakili agensi sebenar yang ada di negara tersebut. Namun, bila kembali ke realiti iaitu tempat kerja agensi di Malaysia mungkin berbeza dengan apa yang diimpikan.

Happy young Asia businessmen and businesswomen meeting brainstorming ideas about new paperwork project colleagues working together planning success strategy enjoy teamwork in small modern office.

Pereka di Agensi

Seorang pereka di sebuah agensi reka bentuk boleh dikatakan menempuh lebih banyak kepelbagaian tugasan. Setiap agensi pula ada cara tersendiri untuk memastikan projek pelanggan disiapkan dengan sempurna. Sekiranya seorang pereka muda ingin belajar lebih banyak lagi perkara dalam industri kreatif, maka mulakan dengan bekerja di sebuah agensi. Lebih-lebih lagi agensi digital masa kini, yang masih memerlukan kepakaran tradisional kreatif seperti penceritaan dalam pengiklanan, namun medianya sahaja yang berbeza.

Seorang pereka mungkin berdepan dengan beberapa projek serentak dan perlu menyiapkan setiap satunya dengan seberapa segera agar tiadalah projek yang bertimpa-timpa. Namun, kerjasama yang diperlukan daripada rakan sekerja tidak tertakluk kepada orang yang sama sahaja setiap kali. Boleh jadi lain projek, lain ahli-ahli sekutunya.

Persekitaran begini akan membantu dalam memperoleh banyak ilmu skaligus semasa menyiapkan projek atau tugasan. Perbincangan idea mungkin terhad kepada pengurus projek yang telah pun berbincang terlebih dahulu dengan pelanggan. Namun ada juga masa-masa yang memerlukan semua untuk turut serta dalam perbincangan idea untuk menyampaikan cadangan rekaan kepada pelanggan.

Multiracial group of young creative people in smart casual wear discussing business brainstorming meeting ideas mobile application software design project in modern office. Coworker teamwork concept.

Pereka di Syarikat Korporat

Sesebuah syarikat korporat mungkin akan mendapatkan perkhidmatan agensi reka bentuk untuk projek yang melibatkan beberapa kepakaran kreatif skaligus. Tetapi ada juga syarikat korporat yang menggajikan beberapa orang pereka untuk menguruskan komunikasi jenama syarikat dengan pihak luar mengikut keperluan syarikat. Pereka-pereka ini dinamakan sebagai in-house designer.

Tugasan mereka selalunya tertakluk kepada penghasilan poster, risalah, buletin syarikat, pemasaran emel dan pelbagai lagi keperluan syarikat yang berkaitan dengan komunikasi visual. Namun bagi syarikat korporat yang menghasilkan produk, pereka-pereka ini boleh jadi pakar dalam produk memperbaiki produk dan cekap menggunakan data maklumbalas daripada pengguna untuk memperhalusi naik taraf pada produk.

Jika anda minat menjadi pakar dalam hanya satu industri, mungkin menjadi  in-house designer adalah kerjaya yang tepat bagi anda.

Multiracial group of young creative people in smart casual wear discussing business shaking hands together and smiling while sitting in modern office. Partner cooperation, coworker teamwork concept.
young-asian-designer-working-office

Pereka Bebas

Untuk jadi seorang pereka bebas yang benar-benar berjaya, anda samada mempunyai lambakan pembiayaan untuk kekal relevan atau pun anda telah berjaya kuasai kedua-dua kerjaya di atas. Anda disegani di sektor korporat dan anda juga dikenali di kalangan agensi reka bentuk. Pereka bebas mungkin menjadi pilihan lebih ramai pereka muda yang berlumba-lumba untuk menjadi usahawan. Namun, hati seorang usahawan harus kental dan mampu menyelesaikan setiap masalah yang hadir dengan pantas. 

Tidak kurang juga, seorang pereka bebas harus berdisplin tinggi kerana anda akan menguruskan bisnes anda seorang diri. Yelah, melainkan anda turut menggajikan beberapa orang pekerja lain, boleh la anda berehat-rehat. Tetapi displin tetap kena ada kerana setiap bayaran daripada pelanggan anda yang berpuas hati, akan melangsungkan bisnes anda ini. Dan bagi memastikan pelanggan anda berpuas hati, anda harus tonjolkan hasil kerja yang menepati citarasa mereka dan profesionalisme sepanjang proses bekerja.

DDEC Tawarkan Pelbagai Perkhidmatan Reka Bentuk

Seperti yang diketahui, DDEC adalah pusat reka bentuk sehenti pilihan usahawan Malaysia dalam membantu mereka menyelesaikan atau menaiktaraf perniagaan mereka menggunakan reka bentuk sebagai alat pengkomersilan. Untuk maklumat lanjut, layari www.ddec.my/perkhidmatan atau ikuti kami di Facebook, Instagram dan YouTube, ddecmalaysia

Kongsikan artikel ini:

Berminat Untuk Mendapatkan Perkhidmatan DDEC?

Share with:
VIEW
CLOSE