Walaupun trend boleh berubah, tetapkan fokus pada matlamat dan berubah ikut kesesuaian perniagaan.
Bagi En Rahimin Ahmad, pengasas kepada Kufi Store by KaryaKufi, beliau berpeluang untuk menimba ilmu perniagaan secara terus apabila rakan sekampung mengajak beliau bekerja dengannya dalam perniagaan percetakan. Pada waktu itu, beliau baru saja selesai tingkatan enam, dan seawal usia 19 tahun, beliau mula faham selok-belok perniagaan tersebut. Bermula daripada memesan barang daripada pembekal, mengambil tempahan sehingga ke proses reka bentuk dan proses mencetak.
Setelah bekerja selama lima tahun dengan rakan sekampung, tiba giliran beliau pula memulakan perniagaan sendiri. Walaupun bermula dengan perniagaan percetakan juga, beliau berpeluang merasai getir dalam membuat keputusan demi perniagaannya. Pada usia 24, En Rahimin bergelar seorang usahawan percetakan di Kuala Kangsar, Perak. Rakan kongsi beliau pada ketika itu adalah abangnya sendiri.
Jika dahulu, hadiah begini mungkin berharga tinggi dan hanya boleh didapati dari luar negara. Tetapi kini, seni hiasan ini ibarat tradisi yang diteruskan turun-temurun. Dengan adanya seni kaligrafi kufi, makin ramai yang meminatinya sebagai hiasan. Selain dijadikan hiasan rumah, seni kufi moden kini digabungkan dengan produk berfungsi seperti jam.


Hanya Penghasilan Berkualiti
Bagi menjaga kualiti dan ketahanan produk, dakwat yang digunakan untuk cetakan pada kanvas juga dipilih dengan teliti. Dakwat yang digunakan adalah jenis dakwat UV dan antara kebaikan dakwat UV adalah ia tidak luntur apabila terkena air dan menyerlahkan hasil rekaan yang dicetak pada kanvas.
Bagi En Rahimin, beliau setuju bahawa penjenamaan adalah sangat penting kepada yang menjalankan perniagaan. Walaupun seni khat Kufi Murabba’ adalah trend seni hiasan, terdapat ramai pesaing Kufi Store dalam pasaran yang sama. Maka strategi penjenamaan yang perlu ada sekarang tertakluk kepada kepekaan peniaga terhadap perubahan dalam pasaran.

Pengalaman & Pegangan

Kesungguhan Demi Kemajuan
DDEC Pilihan Usahawan Malaysia
Nak jadi usahawan kini lebih mudah berbanding dahulu, kerana peluang untuk berniaga lebih banyak. Bagi mereka yang pasang cita-cita untuk jadi seorang usahawan, harus rajin menimba ilmu. Sebaik-baik ilmu adalah menimba dari pengalaman. Namun, ilmu reka bentuk untuk keusahawanan juga patut ditelaah agar jenama dan perniagaan menjadi menarik. Di DDEC, kami menawarkan pelbagai perkhidmatan yang diperlukan antaranya Pembangunan Usahawan yang meliputi aspek reka bentuk jenama yang menjadi asas kepada sesebuah perniagaan. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan penjenamaan dan latihan keusahawanan, hubungi kami di WhatsApp 017-6804679 atau dapatkan maklumat terkini di Facebook dan Instagram @ddecmalaysia.