Pencapaian | Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC) *
S e b e n t a r

PENCAPAIAN


Perkhidmatan khas kami dan pendekatan unik terhadap tingkah laku perniagaan kami telah diiktiraf dan dianugerahkan.

Pengiktirafan Malaysia Good Design Award (MGDA) 2023 daripada Majlis Reka Bentuk Malaysia (MRM)

Reka bentuk pembungkusan jenama MIS Dodol ini dibangunkan melalui sebuah program RURAL PREMIUM GATEWAY (RPG oleh KKDW).

Jenama MIS Dodol sendiri, asalnya dalam pembungkusan berbentuk ‘sachet’. Kemudian pembungkusan tersebut ditingkatkan lagi dengan kerjasama dengan DDEC.

DDEC telah mereka bentuk pembungkusan jenama MIS Dodol dalam kotak individu mengikut perisa, serta dalam bentuk gift box yang mengandungi pelbagai perisa.

Dari aspek reka bentuk, pembungkusan ini disertakan dengan ilustrasi bandar Kuala Lumpur serta sedikit latar belakang jenama sebagai simbolik produk keluaran Malaysia. Dari segi pengalaman pelanggan pula, mereka boleh memilih untuk membeli satu perisa tertentu atau pelbagai perisa.

Malaysia SDG Summit 2023 Northern Region

SUSTNET AWARD 2023

16 November 2023 - Malaysia SDG Summit 2023 Northern Region


DDEC sebagai pembekal perkhidmatan Program empowerNCER Negeri Perak di beri anugerah “Outstanding Strategic Partner” Malaysia GPM Sustainability Award di Majlis Malaysia SDG Summit 2023 Wilayah Utara, bertempat di Universiti Teknologi Petronas Seri Iskandar, Perak.

Sense of Malaysia

CONCESSIONAIRES AWARD 2023

DDEC telah menerima Anugerah Penghargaan MASB: Best Concept Outlet (retail) di atas pencapaian pembukaan Sense of Malaysia di lokasi:

Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA)
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA)
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2)
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA)

Service Design Solution

The Brand Laureate 2022 Bumiputera Best Brand Award

Tanggal 24 Februari 2022 bertempat di The Majestic Hotel Kuala Lumpur merupakan tarikh yang paling bermakna buat DDEC kerana telah dianugerahkan The Brand Laureate Bumiputera Bestbrands Award 2022 bagi sektor Services Design Solutions oleh The Brand Laureate Awards.


Kejayaan ini adalah bagi semua kakitangan yang telah bekerja keras selama ini dan menjadi pendorong untuk berusaha lebih bersemangat pada masa hadapan.


Ke Arah Reka Bentuk Inovatif & Lestari

Karnival Usahawan Desa 2019

THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS

DDEC telah menerima anugerah “THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS” Longest Non-Stop Doodle Art Drawing Total : 12 hours.


Cabaran Melukis Doodle Berterusan selama 12 Jam tanpa henti daripada jam 3.00 petang 19 Oktober 2019 sehingga jam 3.00 pagi 20 Oktober 2019 yang telah melakar sejarah dalam The Malaysia Book Of Records.


Tahniah diucapkan kepada DDEC & Doodict kerana berjaya melakar sejarah ini!