Ke Arah Rekaan Yang BERINOVASI & LESTARI
Setiap perniagaan inginkan perbezaan. DDEC mempunyai ekosistem reka bentuk lengkap bagi membantu setiap usahawan Malaysia. Kepakaran DDEC merangkumi pembangunan usahawan, pembangunan jenama, reka bentuk grafik, reka bentuk dalaman, fotografi & videografi dan reka bentuk digital.
Siapa Kami?
DDEC berdiri teguh menyokong Visi & Misi Korporat Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Sebagai anak syarikat penuh MARA, DDEC akan seiring dengan Visi & Misi korporat MARA iaitu: Mempelopori bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan untuk meningkatkan pegangan ekuiti Bumiputera.
Info Korporat
Permulaan Kreatif DDEC
DDEC ditubuhkan melalui idea asal yang dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang terhormat, Tun Abdullah Badawi dan ia dipersetujui oleh Kabinet yang bermesyuarat pada 22 November 2006, mengarahkan Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MeCD) melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk menubuhkan Pusat Reka Bentuk Negara.
DDEC mula beroperasi pada 14 November 2007 di pejabat sementara mereka di Bangunan FITEC, yang terletak di KM 13, Jalan Batu Caves, 68100 Kuala Lumpur dan pada Februari 2008, DDEC beralih dan beroperasi di pejabat sekarang, No. 22, Jalan Kia Peng 50450 , Kuala Lumpur. Pelancaran penubuhan dan operasi diatur pada 23 Mac 2009 oleh Menteri MeCD.
Visi, Misi & Mandat
DDEC berazam untuk menjadi pusat sehenti reka bentuk terulung di Malaysia. Selain itu, DDEC komited untuk membantu usahawan Malaysia agar mampu bersaing di pasaran tempatan dan antarabangsa. Dengan menggunakan tenaga mahir yang bersesuaian, DDEC mampu menghasilkan perkhidmatan kreativiti yang mencapat matlamat usahawan. Kami juga sentiasa mewujudkan dan mengekalkan hubungan bersama pemegang taruh agar kami dapat membantu sektor-sektor lain. Oleh itu, DDEC tidak terhad kepada membantu usahawan semata-mata, malah kami sentiasa memantau keberkesanan program dan pencapaian kami supaya DDEC sentiasa memberikan yang terbaik untuk pelanggan kami.