Jelajah Usahawan Johor 2023
DDEC telah diberi tanggungjawab untuk mencipta video dokumentari interaktif yang akan dipaparkan melalui pelbagai platform media sosial yang diuruskan oleh Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd dalam konteks program Jelajah Usahawan Johor 2023. Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan kepada usahawan Johor dan mempromosikan produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan kepada pengguna.
A&A Smart Concept
A&A Smart Concepts di Taman Cantik, Kulai, Johor dipimpin oleh Azharuddin bin Md Jay, dan Dr. Syazliana Astrah Mohd Idris menawarkan perkhidmatan reka bentuk hiasan dalaman dan luaran, renovasi, dan kontrak, A&A Smart Concepts juga berperanan sebagai pusat perkongsian yang melahirkan bakat-bakat muda dalam industri ini. Dengan peluang pembelajaran dan modul pembangunan perniagaan, A&A Smart Concepts memperkukuhkan kerjasama untuk memupuk kejayaan bersama.
ARXMEN
Mohd Shukri Mat Salleh, pengasas ARXMEN, membawa revolusi gaya dengan butik di Indahpura, Kulai. ARXMEN menawarkan pakaian serbaguna untuk kasual, 'travel,' kerja, dan aktiviti luar. Seorang bekas jurutera, Mohd Shukri membekalkan seluar taktikal eksklusif yang sofistikated dan padu, disertakan dengan 16 rekaan unik. Kualiti tanpa tanding yang telah menarik minat peminat gaya yang memilih keunggulan.
ATV LUBOK SAWAH
Najep Bin Yunos membawa pengalaman penerokaan ATV yang terbaik melalui CSA Recreation Wellness di Air Putih, Kampung Lubok Sawah, Pekan Nanas, Pontian. ATV Lubok Sawah menyediakan perkhidmatan sewaan ATV dengan pakej-pakej trek di persekitaran Kampung Lubok Sawah, dan turut menawarkan homestay untuk pengunjung yang ingin merasai keunikan kawasan tersebut. Kunjungi ATV Lubok Sawah di Facebook, Tiktok, dan Instagram (Atv_LubokSawah) atau hubungi melalui whatsapp untuk pengalaman luar biasa!
SOCIAL HERO FOUNDATION
Farrah Faridah Baptist, pengasas projek M.I.S.H.A, mewujudkan kebun komuniti di PPR Melana Indah Fasa 2. Inisiatif ini oleh Social Hero Foundation bertujuan mengatasi isu 'food security' dalam golongan berpendapatan rendah. Projek M.I.S.H.A, atau 'comunity farming,' membawa harapan dan kelestarian sendiri kepada masyarakat bandar. Sertai Social Hero Foundation dalam perjalanan menanam harapan dan menjaga alam sekitar bersama!
CHIKABU
Kedai Bantal Kekabu Asli Chikabu diusahakan oleh Noor Hafizah Binti Mohamed Sidek di Kampung Api-Api, Pontian, Johor. Chikabu menyediakan pelbagai saiz bantal kekabu asli dan menerima tempahan 'custom-made'. Dibuka pada tahun 2012, Chikabu bermula dari rumah dan kini memiliki kedai sendiri sejak 2018. Bantal kekabu Chikabu menggunakan seratus peratus kekabu asli tanpa campuran, menjadikannya unik dan mesra alam. Kelembutan Kekabu Asli, Sentuhan Mesra Alam oleh Chikabu Pillow!
CHUCKY CAT CAFE
Zess, pengusaha Chucky Cat Cafe di Komtar JBCC, menghadirkan pengalaman unik dengan kafe kucing yang menyediakan pelbagai baka dan barangan berkaitan. Selain jualan kopi, minuman, dan desert, Chucky Cat Cafe adalah destinasi istimewa di mana pelanggan boleh bersantai, menikmati hidangan berkualiti, dan bermain dengan kucing-kucing yang comel. Lawati Chucky Cat Cafe untuk kopi yang nikmat dan kemesraan bersama kucing yang menghiburkan!
CINTA ALAMI
Ros Alik, pemilik Cinta Alami Marketing di 140, Jalan Susur Kulai 3, Kulai, Johor, menghadirkan makanan organik yang tulen. Dengan fokus pada produk semula jadi seperti minyak zaitun, habbatus sauda, dan madu yang 100% asli, Cinta Alami juga menawarkan beras organik, biskut, dan pelbagai makanan semula jadi lain. Sertai Cinta Alami Marketing dalam pengalaman kenikmatan organik sejati!
JR GUPPY AQUATIC
Bermula dari hobi membela ikan gupi pada 2018, Mohd Fariq dan Muhammad Hazmi yang merupakan pemilik JR Guppy Aquatic, Gelang Patah, Johor menganggap diri mereka masih baru dalam bidang tersebut. Namun, siapa sangka mereka mampu memenangi tempat ketiga dalam pertandingan ikan gupi pada tahun 2019. Bisnes ikan hiasan dan akuarium mereka kini menjadi kegemaran ramai. Meskipun perjalanan penuh onak dan liku, tekad dua pemuda ini telah membuktikan kejayaan dalam dunia ikan perhiasan!
AMENDA LECKERS
Amenda Leckers, di Pasir Gudang, Johor Bahru dibangunkan oleh Faizah binti Zakaria. Impian membawa keunikan kepada dunia kuih tradisional. Dari ‘Banji Roll’ hingga kek tapak kuda, setiap kuih muih disediakan fresh to bake setiap kali pelanggan pesan. Amenda Leckers mempunyai empat belas variasi kek lapis, termasuk rasa-rasa baru seperti Nutella dan Cadbury. Temui kepelbagaian rasa dengan setiap gigitan di Amenda Leckers!
KEROPOK LEKOR PONTIAN
Perniagaan Keropok Lekor Pontian memproses dan membekal keropok lekor setiap hari di sekitar Pontian dan Johor Bahru. Pemiliknya, seorang peminat keropok lekor, mula membuat sendiri setelah mendapatkan inspirasi di Mersing. Mesin pembuatan sendiri di rumah pun menjadi perniagaan berjaya. Keropok lekor Pontian yang digoreng kembang dan berisi padat dengan rasa ikan ini boleh didapati di Pontian Besar. Rasa autentik Keropok Lekor Pontian dengan isi padat, rasa ikan yang penuh nikmat!
KOKONUTS
Fakrul & Azmil, pemilik Kokonuts Mydin Mutiara Rini, memberikan pengalaman unik air coconut shake. Bermula dari jualan rumah ke rumah, Kokonuts kini membuka kedai sendiri. Dengan kepakaran dalam pembuatan coconut shake dan diberi inovasi pelbagai perisa seperti kopi, fruit mania' dan banyak lagi. Kokonuts boleh dikunjungi secara walk in' di Mydin Mutiara Rini, Johor, atau dipesan dalam talian melalui Foodpanda dan Grabfood. Kelazatan Kokonuts menanti anda!
KUEH BAKOR
Nur Hidayu Binti Maat, pemilik Kueh Bakor By Sugarbake di Plaza Angsana, Johor menjalan bisnes pelbagai kuih bakar istimewa seperti pandan, jagung, labu, durian, cempedak, rendang daging, dan sambal ikan bilis. Kueh Bakor By Sugarbake mempertahankan rasa dan kualiti tradisional, mempunyai cita-cita agar ia menjadi satu 'trademark' buah tangan di Johor Bahru.
LAZY MONDAY
Terokai keenakan kulinari 'western' di Lazy Monday Sdn Bhd, 68° Avenue, Iskandar Puteri & Tebing Dato' Onn. Dibimbing oleh Datuk Siti Aminah, restoran ini menawarkan pelbagai burger, kopi, dan pencuci mulut. Patty burgernya juga disediakan sendiri di restoran dengan resipi tersendiri. Bagi yang sibuk, kelazatan Lazy Monday juga dinikmati dan dihantar ke pintu pelanggan melalui Grabfood. Rasai keistimewaan cita rasa di setiap hidangan!
MAIQAS
Puan Norita Binti Sudin, pengasas Cermai Qaseh Enterprise dan Rumah Rempah MaiQas di Setia Indah, Johor Bahru dahulunya adalah seorang asnaf, dan kini telah membina impian sebagai pengusaha rempah.
MARO-MARO
Rahiza Binti Rabu, pengusaha Maro-Maro Agrobiz dari Felda Bukit Ramun, Kulai, Johor, membawa inovasi ke dunia kerepek pisang tanduk. Produk 'hot' ini menjadi tumpuan utama, sementara pelbagai produk lain termasuk kerepek pisang nipah, berangan, nangka, keladi, keledek, dan ubi hadir dengan rasa yang unik. Maro-Maro Agrobiz turut menawarkan tapai, sambal, cili jeruk, kuah rojak, acar buah, dan kuih tradisional seperti rempeyek, tumpi, cakar ayam, dan kuih kapit. Produk Maro-Maro Agrobiz boleh didapati di pelbagai tempat hingga ke Singapura!
MINTE COFFEE
Mohd Suhaimi Bin Padri, pengasas MinTe Coffee di sekitar Johor Bahru, membawa kopi berkualiti tinggi kepada pelanggan melalui 'food truck' bergerak. Menawarkan produk berasaskan kopi dan minuman, serta roti bakar 'homemade' eksklusif, MinTe Coffee memperkenalkan minuman Arabica yang terkenal di kafe elit dengan harga yang lebih mesra di kampung-kampung. Ikuti kemas kini aktiviti MinTe Coffee di Facebook dan Tiktok MinTe Coffee, atau di Instagram MinTe_Coffee. Aroma Arabica Terbaik di 'Food Truck' Minte Coffee!
AURORA STALL DEALER
Mohd Hairuddin Md Sarif dan Nadzirah Binti Omar dari Mohairif Enterprise, Gelang Patah, Johor, memperkenalkan produk stall premium, mini, dan lipat yang sangat diminati dikalangan peniaga-peniaga kecil. Bermula sebagai peniaga burger, idea untuk perniagaan ini muncul ketika mencari penyelesaian kepada masalah waktu menunggu pesanan 'stall' yang lama. Inginkan stall yang menepati spesifikasi dan yang pasti cepat, Aurora Stall Dealer adalah penyedia stall pilihan anda!
PESONA CURTAIN
Pesona Curtain di Taman Impiana, Kelapa Sawit, Kulai diasaskan oleh Maisarah Sani. Pesona Curtain menerima tempahan langsir, menawarkan kelas jahitan langsir, dan menghasilkan pelbagai produk sampingan serta hiasan dalaman. Setelah sembilan belas tahun menjalankan perniagaan langsir di rumah, Maisarah Sani kini beroperasi di bawah nama Pesona Curtain secara sistematik dalam masa setahun. Temui keunikan dan elegansi di Pesona Curtain!
THE JOHOR COLLECTION
Kedai cenderahati The Johor Collection di Jalan Dhoby, Johor Bahru, ditubuhkan pada 3 Julai 2019, menggambarkan identiti unik Johor. Dicipta atas ilham Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Johor, The Johor Collection muncul dengan tujuan memperkasa nama Johor dan menyokong usahawan tempatan. 'Walk in' The Johor Collection atau terokai lebih banyak lagi laman web dan sosial media di Instagram dan Facebook The Johor Collection. Cenderahati Eksklusif Berjiwa Johor!
IP EMPIRE
Keistimewaan produk merchandise Upin dan Ipin yang original, hanya di IP Empire Trading, Arked MARA, Gelang Patah, Johor! Pemilik IP Empire Trading, Md Najib Bin Jabar mempunyai kelebihannya sendiri, iaitu kelebihan memasarkan produk merchandise di bawah logo dan di bawah Harta Intelektual (IP) Les' Copaque.
WE1
We1 Manufacturing Malaysia Sdn Bhd, di bawah kepimpinan, Mahadzir bin Abu Said, beroperasi di Kawasan Perindustrian Tebrau 2, memproduksi produk tiga dalam satu untuk kopi, teh, dan coklat. Sejak dimulai pada tahun 2013, We1 telah memenuhi permintaan meluas untuk produk ini.
ZAQUIN RESOURCES
Jelajahi dunia baru pengurusan sisa pepejal bersama Ahmad Tarmimi bin Tahang, Pengarah Urusan Zaquin Resources Sdn Bhd (Zaquin) di Taman Ekoperniagaan, Johor Bahru. Zaquin tidak sekadar menyediakan perkhidmatan pembersihan dan pelandskapan biasa, tetapi juga memperkenalkan solusi pintar, Smart Deep Collection System. Dengan konsep 'pay as you throw,' klien hanya membayar mengikut jumlah sampah yang dibuang. Tagline kami? 'The less you throw, the less you pay.' Satu langkah cerdik untuk menjaga alam sekitar!