BrandQuest | Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC)
S e b e n t a r

BrandQuest

Category :
Branding, Graphic Design, Entrepreneurship Training
Client :
SME Corp
Date :
2024-2025

BrandQuest Forum adalah inisiatif pengukuhan jenama oleh SME Corp. Malaysia dengan kerjasama Malaysia Design Development Centre (DDEC) untuk meningkatkan kredibiliti dan kemampanan PKS Malaysia melalui pendedahan kepada perkembangan penjenamaan terkini dalam memfokuskan identiti dan strategi bagi menembusi pasaran baru.

Program ini telah dilaksanakan dalam bentuk forum intensif selama 2 hari bertempat di Lembah Klang, khusus untuk usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia yang beroperasi dalam pelbagai sektor industri. Acara ini menampilkan panel profesional dalam bidang penjenamaan, pemasaran strategik dan Usahawan berjaya yang telah membangunkan jenama tempatan yang kukuh dan berdaya saing. Sesi forum akan dijalankan dalam bentuk ceramah inspirasi, perkongsian pengalaman industri dan dialog interaktif, yang dikendalikan oleh moderator berpengalaman.

Melalui pendekatan ini, peserta akan diberi pendedahan menyeluruh kepada strategi membina identiti jenama yang kukuh, konsisten, dan diyakini pasaran, di samping meningkatkan kebolehpasaran produk secara serantau dan global.

Secara keseluruhannya, program ini telah memberi impak besar kepada para peserta, bukan sahaja dari segi ilmu dan inspirasi, malah membuka ruang kepada idea baharu dalam memperhebat daya saing jenama tempatan di peringkat lebih tinggi.