Selamat Datang
loading...

Peluang bagi usahawan luar bandar untuk memasarkan produk di pasaran premium, bermula dengan pasaran lapangan terbang antarabangsa Malaysia.

Tidak dinafikan bahawa produk tempatan boleh didapati di negara kita, hampir di seluruh pelosok Malaysia. Namun, jika diperhatikan sebenar-benarnya, pintu masuk utama ke setiap negara adalah lapangan terbang antarabangsa.

Ramai pelancong dari luar negara yang tiba di negara kita mungkin tanpa sedar hanya mengharapkan citarasa sebenar Malaysia tatkala keluar daripada lapangan terbang dan menuju ke destinasi masing-masing. Pasaran lapangan terbang antarabangsa khususnya mempunyai ruang dan peluang bagi kedua-dua pihak, iaitu pelancong dan usahawan tempatan untuk mempromosikan dan mengenali citarasa Malaysia melalui produk-produk buatan Malaysia.

Pasaran Premium

Pasaran lapangan terbang antarabangsa di Malaysia boleh dikatakan sebagai peluang pasaran premium. Kita sedia maklum bahawa jualan produk di lapangan terbang antarabangsa adalah berlainan daripada yang terdapat di pasaran runcit atau pasaran pengguna. Kadang kala terdapat beberapa produk yang hanya boleh didapati di kedai-kedai di lapangan terbang antarabangsa.

Takrif pasaran premium lain bergantung kepada keadaan atau lokasi pusat jualan. Sebagai contoh, pusat jualan premium turut menarik perhatian pelbagai pembeli dan pengguna. Maka, pusat jualan ini juga boleh membuka peluang kepada usahawan tempatan untuk mempromosikan produk mereka mengikut kesesuaian majoriti jualan produk di kawasan tersebut.

Apabila sesuatu produk berada dalam pasaran premium, persepsi terhadap produk oleh pengguna dan pembeli turut berubah. Tahap kualiti dan kepuasan pelanggan yang tinggi akan menjadi tanda aras bagi pengguna. Dengan menjual produk di pasaran premium, usahawan secara tidak langsung perlu meningkatkan prestasi pengeluaran produk dan mengikut prosedur operasi agar produk yang dihasilkan menepati ciri-ciri produk premium.

Produk Desa, Kualiti Global

Melalui kerjasama DDEC dan MAHB, pusat jualan produk tempatan Sense of Malaysia dibuka sebagai platform bagi usahawan desa menjual dan mempromosikan produk mereka di pasaran lapangan terbang antarabangsa. Baru-baru ini, Program Rural Premium Gateway (RPG) oleh Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) baru sahaja tamat dengan seramai 59 produk usahawan desa terpilih untuk dijual di Sense of Malaysia, sebagai peluang usahawan menyertai pasaran premium di lapangan terbang antarabangsa Malaysia.

Produk yang terpilih untuk menyertai RPG telah mendapat sentuhan reka bentuk yang bertemakan keunikan Malaysia daripada DDEC, berpadanan dengan visi jenama produk masing-masing. Usahawan tempatan ini juga telah disaring agar dapat menepati kriteria peruncitan daripada MAHB dan kualiti yang memuaskan, setaraf dengan jenama antarabangsa yang turut berada di pasaran yang sama.

Sentuhan Reka Bentuk DDEC

Antara produk yang mendapat sentuhan reka bentuk DDEC untuk dijual di Sense of Malaysia adalah seperti berikut:

Namun, terdapat banyak lagi produk usahawan yang berada di Sense of Malaysia yang mempunyai reka bentuk setaraf dengan jenama produk antarabangsa atau yang telah lama berada di pasaran. Anda juga boleh layari Instagram senseofmalaysia untuk ketahui lebih lanjut produk-produk yang terdapat di sana.

Rekaan Pembungkusan Terkini, Ikut Trend Dan Tepati Kriteria Pasaran

Reka bentuk pembungkusan yang terkini, mengikut trend dan yang paling penting menepati kriteria sasaran akan lebih mudah mendapat perhatian daripada pengguna tempatan mahupun antarabangsa. Ini kerana pengguna sekarang lebih bijak menilai kualiti produk yang menepati bukan sahaja citarasa tersendiri, malah turut memudahkan pengguna untuk menggunakannya. Jika anda inginkan ciri-ciri lengkap pada rekaan pembungkusan produk anda, Whatsapp DDEC di 019-222 3300 untuk maklumat lanjut. Anda turut boleh mengikuti kami di Facebook, Instagram dan saluran Youtube, ddecmalaysia.

Share this article:

Berminat Untuk Mendapatkan Perkhidmatan DDEC?

Share with:
VIEW
CLOSE