Selamat Datang
loading...

Fotografi & Videografi Dalam Pemasaran

Apabila anda ingin membeli sesuatu produk atau melayari laman web sesebuah perniagaan, yang paling akan menarik perhatian adalah gambar yang ditonjolkan pada pembungkusan atau video promosi yang menarik, bukan? Imej yang jelas dengan warna yang menarik serta susunan video yang kreatif akan mempengaruhi minat pembeli serta akan menyebabkan pelanggan berhenti lama di dalam laman web perniagaan tersebut.

Berdasarkan keadaan semasa yang mana trend pembeli terkini lebih kepada pembelian secara atas talian maka untuk menarik perhatian pembeli, imej yang ditonjolkan atau video yang menarik adalah faktor yang paling penting.

Dalam sesebuah perniagaan, meletakkan imej dan video yang kreatif adalah perkara yang dapat membina kepercayaan pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Imej yang menarik dan kreatif bukan sahaja menjadi “eye opener” kepada sesebuah produk tetapi juga membawa identiti sesebuah jenama dan perniagaan.

Imej Sebagai Pelengkap Jenama

Di era digital ini, pengguna atau pembeli sering bergantung kepada internet untuk mendapatkan sesuatu produk yang diinginkan tanpa harus datang dan mendapatkan produk tersebut secara langsung. Namun, untuk terus membeli produk tersebut melalui atas talian, selain membaca komen dan rating yang diberikan, hal pertama yang akan menarik perhatian tentulah imej atau video yang disediakan, bukan? Ini menunjukkan, fungsi fotografi dan videografi dalam pemasaran adalah hal yang penting dalam mempromosikan sesuatu jenama, juga sebagai alat komunikasi tentang sesuatu produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Apa DDEC Tawarkan?

Banyak jenama-jenama besar di pasaran menekankan penggunaan imej melalui fotografi dan video dalam memberikan kesan pertama. Imej yang memukau dan video yang kreatif akan menarik minat pengguna dan pembeli tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Kerana itu, banyak jenama-jenama besar tidak kekok untuk melabur dalam penghasilan gambar dan video bagi melengkapkan alat pemasaran mereka. Di DDEC, kami menyediakan perkhidmatan yang dapat membantu anda. Antara perkhidmatan yang kami tawarkan adalah:

Fotografi Studio

Imej yang cantik dan memukau secara tidak langsung akan menjadi jurucakap kepada jenama anda. Di DDEC, kami menawarkan perkhidmatan fotografi di dalam studio yang merangkumi segala bentuk tema yang diperlukan. Antaranya;

Fotografi Luar Studio

Bagi mendapatkan sudut dan sinematografi yang lebih luas dan menarik, persekitaran juga memainkan peranan penting. DDEC juga menawarkan perkhidmatan fotografi luar studio yang dapat memenuhi imaginasi dan konsep yang dikehendaki pelanggan. Antara yang DDEC tawarkan adalah:

Videografi

Selain gambar dan imej statik, DDEC juga menawarkan perkhidmatan membuat video kepada para pelanggan. Antaranya kategori yang ditawarkan meliputi;

Play Video

DDEC Bantu Imej Anda

Dalam memasarkan sesebuah jenama atau produk, imej yang cantik serta video yang kreatif akan menjadi umpan yang dapat menarik perhatian pembeli. Seiring dengan perkembangan dunia digital yang menghubungkan semua hanya di hujung jari, adalah sangat penting kepada usahawan dan syarikat-syarikat di Malaysia mangambil berat akan hal mempromosi melalui imej foto dan video yang memukau. Di DDEC, pakar jenama kami sedia untuk mendengar dan memahami masalah anda dan menawarkan penyelesaian yang munasabah dan sesuai dengan bajet syarikat. Untuk maklumat lanjut, layari www.ddec.my dan hubungi kami melalui Whatsapp di +6019 222 3300.

Berminat Untuk Mendapatkan Perkhidmatan DDEC?

Share with:

No Comments

Leave A Comment

VIEW
CLOSE