ABMS | Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC)
S e b e n t a r

Polisi Anti-Rasuah

Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia Sdn Bhd (DDEC) komited untuk melaksanakan kod etika mengenai larangan rasuah kepada semua anggota kerja dan aktiviti organisasi dan perhubungannya dengan pihak-pihak yang berkepentingan bagi memastikan segala ruang dan peluang rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa dapat ditangani dengan cekap dan berkesan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan lain-lain akta yang berkaitan.

Dasar ini terpakai kepada semua anggota kerja DDEC dan pihak-pihak berkepentingan dalam semua urusan DDEC dan digunakan sebagai kerangka kerja dalam penetapan, penyemakan dan pencapaian objektif Anti-Rasuah.

Badan Tadbir Urus dan pihak Pengurusan DDEC komited untuk melaksanakan semua polisi dan prosedur bagi mencegah, memantau dan menghapuskan sebarang bentuk rasuah dan melaksanakan penambahbaikan berterusan melalui Sistem Pengurusan Anti-Rasuah MS ISO 37001:2016.

Melalui Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblowing), DDEC sentiasa memberi ruang kepada anggota kerja DDEC dan pihak-pihak yang berkepentingan untuk melaporkan sebarang salah laku rasuah di dalam DDEC.

DDEC komited untuk sentiasa menambahbaik keperluan-keperluan di bawah Polisi Anti-Rasuah ini dari semasa ke semasa secara bebas dan menyeluruh.

Diluluskan oleh:

RAJA MUZAFFAR BIN RAJA HASSAN

Ketua Pegawai Eksekutif DDEC
30 Januari 2024