Latihan Keusahawanan | Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC)
S e b e n t a r

Perlukan latihan dalam reka bentuk jenama usahawan? DDEC boleh bantu!

Program pembangunan usahawan membantu melatih usahawan dalam meningkatkan lagi kemahiran dan mengukuhkan penjenamaan mereka untuk pasaran yang di sasarkan. Program ini juga membantu usahawan untuk berkolaborasi dengan pelbagai pengilang produk OEM serta pakar-pakar industri yang turut serta membantu usahawan dalam pembangunan produk atau jenama atau perkhidmatan yang ditawarkan. Disamping itu, program ini juga menawarkan platform jualan dan pemasaran bagi menjayakan dan meningkatkan pendapatan para usahawan.

Dengan DDEC, pembangunan usahawan boleh berlaku pada mana-mana fasa keusahawanan.

Program latihan dan keusahawanan DDEC membantu membentuk usahawan dan jenama tempatan agar setaraf dengan jenama antarabangsa.

Program Latihan

Kursus Latihan Kemahiran
Konsultasi Perniagaan
Program Pembangunan Sosioekonomi
Latihan Penjenamaan & Pembungkusan
Mobilegraphy
Kelestarian Perniagaan
Business Automation
AI Solution / Tracking / Reporting
Pemasaran Digital

Peluang Berkolaborasi

Dengan Pengilang Produk
Dengan Pakar Industri
Dengan Pelbagai Usahawan Lain

Platform Jualan & Pemasaran

Sense Of Malaysia (SOM)
Digital Billboard ( DOOH )
Ekspo (Kolaborasi MATRADE)

Usahawan PKS Penyumbang Ekonomi Negara

Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Dengan kepekaan terhadap perubahan dan kemahiran adaptasi yang diperoleh melalui pengalaman latihan dan kolaborasi ini, usahawan PKS mampu mencipta inovasi dan mencapai keunggulan kompetitif, menjadikan mereka sebagai pendorong utama pertumbuhan dan ekonomi negara.