Soalan Lazim | Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC)
S e b e n t a r
1. Siapakah DDEC?
DDEC adalah anak syarikat milik penuh MARA yang ditubuhkan untuk membantu usahawan Malaysia memperkukuhkan imej syarikat dan penjenamaan melalui pelbagai solusi kreatif.

2. Adakah DDEC menerima geran sebagai pembayaran?

YA! Kami antara salah satu agensi di Malaysia yang menerima geran sebagai pembayaran. Kami ingin semua lapisan pelanggan dapat menikmati perkhidatan kami dan mempunyai peluang berdaya saing dengan usahawan di luar sana.

3. Adakah DDEC memberi Geran kepada Usahawan?

Tidak. DDEC tidak menawarkan apa-apa geran pada usahawan, akan tetapi DDEC boleh memberikan beberapa cadangan dan nasihat untuk pemilihan pihak yang menawarkan Geran kepada para usahawan.

4. Siapakah tergolong dalam usahawan Malaysia?

Profil pelanggan kami terdiri daripada usahawan Mikro, IKS dan syarikat multinasional.

5. Adakah servis yang ditawarkan oleh DDEC mahal?

Harga servis reka bentuk kami adalah tetap namun bersifat dinamik terhadap masa. Bermula serendah RM300 sejam, harga ini tertakluk kepada keperluan jangkamasa kerja sepanjang tempoh keseluruhan projek. Namun, kami percaya bahawa tanda harga bukanlah matlamat utama pelanggan. Penjenamaan yang baik dinilai dari komunikasi yang lahir dari reka bentuk itu sendiri. Dan pereka grafik kami mahir tentangnya.

6. Sebagai seorang usahawan, apakah yang perlu saya ada terlebih dahulu sebelum datang ke DDEC?

Sebagai usahawan, sekurang-kurangnya anda perlu tahu keperluan utama yang diperlukan untuk perniagaan anda. Daripada keperluan ini, pihak DDEC akan fahami dan tawarkan pakej penyelesaian kreatif yang sesuai dan selaras dengan kehendak anda.

7. Adakah pakej perkhidmatan yang ditawarkan tetap atau boleh diubah mengikut kesesuaian projek?

Pakej yang ditawarkan adalah mesra pelanggan. DDEC menawarkan pakej yang bersesuaian berdasarkan kemampuan dan keperluan usahawan.

8. Adakah lokasi studio fotografi sama dengan ibu pejabat DDEC?

Ya, studio fotografi DDEC berpengkalan di Ibu Pejabat DDEC.

9. Jika tidak, adakah proses penghasilan mengambil masa yang lama?

Sesi penggambaran akan mengikut timeline/jadual masa/garis masa yang ditetapkan di awal perbincangan projek.

10. Saya sudah mempunyai jenama syarikat. Bolehkah DDEC membantu menghasilkan jenama produk?

SUDAH TENTU BOLEH! DDEC akan membantu menghasilkan jenama produk yang sesuai dengan produk usahawan. Setiap jenama akan dilengkapi dengan justifikasi dan penceritaan yang menepati produk usahawan.

11. Jika saya berminat untuk mendapatkan perkhidmatan pembuatan montaj, apakah yang perlu saya sediakan?

Anda hanya perlu meninggalkan butiran anda di bahagian Hubungi Kami dan pihak kami akan menghubungi anda dalam masa terdekat!

12. Sekiranya saya bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan penghasilan web, adakah pengisian blog juga disediakan oleh pihak DDEC?

Tidak. Buat masa ini kami tidak menyediakan perkhidmatan ini. Kami hanya menghasilkan laman blog sekiranya pihak tuan inginkannya.

13. Berapa lamakah proses untuk saya mendapatkan hasil daripada perkhidmatan yang dipilih?

Setiap perkhidmatan yang ditawarkan oleh DDEC mempunyai garis masa yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, garis masa ini bergantung kepada kedua-dua belah pihak bagi menjayakannya.

14. Boleh atau tidak syarikat saya hanya menggunakan dan membayar sebahagian daripada pakej lengkap yang ditawarkan?

Sekiranya pihak tuan telah menandatangani persetujuan di awal perbincangan, pihak tuan telah bersetuju untuk membayar harga pakej tersebut, sama ada pihak tuan menggunakan keseluruhan pakej atau tidak.

15. Apakah yang membezakan DDEC dengan agensi reka bentuk lain?

DDEC menyelami kekurangan produk/perkhidmatan pihak tuan dan selepas itu kami mencadangkan solusi terbaik buat anda. Disamping itu, perkhidmatan yang kami berikan adalah mengikut tren dan piawaian semasa.